Jungwoo bangun dari katil dan ambil Junghae untuk menyusukan lagi kerana doktor cakap bayi kuat minum susu.
Dia duduk tepi katil dan angkat sedikit baju lalu anaknya mula menyusu dengan laju sedangkan Junghae dah minum tanpa henti berapa minit lalu.
Minyoo dan Taeil masuk kedalam bilik untuk lihat keadaan Jungwoo sama ada dia baik-baik saja.
Jungwoo cepat-cepat tutup badan dengan tuala kerana Taeil ada, kalau cuma ada perempuan dia tak kisah.
"Jungwoo, penat tak jaga Junghae?" Minyoo duduk di kerusi manakala Taeil pula berdiri disebelahnya.
"Takdelah penat sangat sebab dia tak banyak meragam. Cuma biasalah bayi kena banyak menyusu lagi-lagi saiz dia agak besar dari budak lain" Jungwoo sendawakan Junghae sebelum tepuk badannya untuk tidurkan semula.
"Eh, dah daftar kelahiran dia dekat pejabat pendaftaran negara belum? " Soal Taeil dan duduk di kerusi lain kerana kaki dah tak larat berdiri lagi.
"Daddy dah pergi dengan eomma sebagai teman. Tapi, disebabkan dia ni.. anak tak sah taraf. Daddy taknak isi bahagian ayah dia. Kemudian eomma yang tolong tuliskan, nama ayah dia Kim Hanbin berdasarkan siasatan polis"
Jungwoo menepuk badannya lagi sebelum serahkan kepada Minyoo kerana dia teringin mahu mendukung cucu tirinya.
"Nama depan Junghae pula? Ikut nama daddy atau tak guna tu? " Soal Minyoo dan Jungwoo pandang mereka kerana sedih.
"Lee Junghae, daddy yang bagi sebab tak mahu teringatkan tak guna tu"
Balasnya lagi dan mereka hanya mengganguk faham dan tak mahu tanya perkara yang boleh mengguris hati Jungwoo kerana dia masih lagi agak trauma dengan semua yang berlaku.
"Junghae ni agak gemuk lah. Jungwoo makan apa masa mengandungkan dia dulu? " Taeil mencubit pipinya dengan perlahan sebab tak mahu terbangunkan anak saudara dia yang comel.
Jungwoo hanya tersenyum malu dan menundukkan kepala cuba sembunyikan sesuatu tapi mereka asyik desak untuk beritahu saja.
"Jungwoo kadang ada request sesuatu dengan eomma dan daddy. Tapi syukurlah mereka faham dan sanggup cari walaupun agak susah payah" Dia senyum lagi dan mereka menggaru kepala Jungwoo tak cakap habis.
"Jungwoo nak makan durian tapi berapa ulas je sebab teringin. Kemudian daddy belikan buah naga, lepastu banyak lagi yang diorang bagi. Jungwoo jadi kuat makan semasa mengandungkan si bambam ni, tengah malam mesti ada nasi lagi dalam rice cooker dan makanlah dengan apa-apapun"
"Tapi kan, badan kamu ni masih kurus lepas beranak. Mesti daddy ada bawa kamu pergi taman ni" Ujar Minyoo sambil ketawa. Taeil beri semula Junghae kepadanya kerana dia mula menangis mahukan ibunya disisi.
"Tahu-tahu je, daddy bawa kadang je kemudian Lucas oppa atau Kun oppa yang bawa sebab kalau dah nak bersalin katanya bagus untuk senang bersalin tapi si Junghae takde pun" Jungwoo menggaru kepala dan menghalau serangga yang cuba hinggap di muka Junghae.
"Itu sebab anak awak besar dari bayi lain. Memanglah, kalau kecil molek macam yang lain tu yang pelik, mungkin belum minta maaf dengan orang yang dia sakitkan hati sebelum bersalin" Balas Taeil kerana terbanyak baca kes semasa orang mengandung.
"Kenapa ramai yang tak melawat kami lagi? Diorang bencikan Junghae ke sebab dia lahir tanpa ayah? " Airmata Jungwoo mula mengalir dan jatuh ke baju yang dipakai.
"Eh, takdelah. Mereka cuma sibuk je dengan kerja masing-masing kebelakangan ni. Nanti mommy pesan suruh datang melawat kamu ya? " Minyoo pegang mukanya sebelum peluknya untuk tenangkan.
"Mommy tak tipu kan? Macam mana kalau diorang memang tak suka dengan kami? " Jungwoo terlalu banyak fikir sedangkan mereka semua sibuk, kalau datang pun hanya sekejap dan terus pergi ke tempat lain.
"Buat apa kami nak tipu awak? Apa yang kami dapat dengan menipu awak? Takde apa-apa pun dan mereka semua memang sibuk" Balas Taeil dan Jungwoo tidak buruk sangka lagi.
Seseorang jururawat masuk kedalam wad ketika mereka sedang berborak.
"Puan, saya nak ambil bayi semula" Dia menghampiri katil dan Jungwoo bagi dengan rela hati.
Sebelum mereka beredar, Jungwoo sebab mencium mukanya dan barulah jururawat itu bawa Junghae balik ke bilik bayi.
"Kami pun dah nak balik ni, jaga diri baik-baik. Kalau ada hal, telefon je kami semua nanti. Daddy dah belikan telefon baru kan sebab hilang sebelum ni? " Minyoo bangun dari kerusi dan peluk kerana mahu balik rumah.
"Tiada apa-apa lah, terima kasih sebab melawat kami" Jungwoo membalas pelukan dengan lama dan barulah dia lepaskan."Daddy suruh bagi duit ni kat Jungwoo kalau ada apa-apa barang yang nak dibeli." Taeil pegang tangannya dan bagi duit dalam sampul surat.
"Tak payah lah, duit yang ada sebelum ni belum habis lagi" Jungwoo menolak dan beri semula kepadanya tapi Taeil tetap berkeras.
"Simpan lah sebagai duit kecemasan ni. " Minyoo memujuk dan dia hanya terima kerana dia terfikirkan tentang anaknya.
Minyoo mencium dahi Jungwoo lagi dan Taeil melambai kepada dia sebelum keluar bilik.
Jungwoo juga melambai dan baring semula. Dia ambil telefon di atas meja dan buka galeri untuk melihat gambar yang ditangkap.
Jungwoo tengok gambar Junghae yang ditangkap oleh diri sendiri. Walaupun cuma berpisah sekejap tapi dia dah rindu dengan anak lelakinya yang sekarang makin berat.
"Eomma minta maaf sebab pernah cuba bunuh kamu masa dalam perut. Eomma makan nenas muda, makan ubat terlebih tak ikut dos yang ditetapkan dan sengaja jatuhkan diri tapi kamu tetap kuat. Sekarang eomma faham dan sedar yang kamu adalah anugerah paling tak ternilai yang diberikan kepada diri eomma"
-TBC
semakin lama, aku tak sabar nak tunggu dua anak buah aku lahir. kakak no3 sekarang 3bulan, kakak no4 pula 5 bulan.
Baru aku tahu, kata orang-tua tua dulu. Ibu-ibu yang mengandung kena beli kain batik dan kena saling bertukar takut salah seorang susah bersalin.
Bunyi macam agak tak masuk akal dan tahyul kan? Tapi tulah cakap orang tua dulu.
Makcik-makcik aku pun sama, dulu mengandung serentak semua beli kain kain.
Ingat, kain batik bukan kain pelekat. Kain pelekat tu orang lelaki yang pakai 😂
Kalau 'S' kata dia mengandung, aku tak rasa dia kena beli kain batik tapi aku rasa dia patut beli tali gantung terus 😂
YOU ARE READING
[S3] Keluarga Lee - NCT
FanfictionNampaknya Keluarga Lee masih lagi mempunyai cerita kerana bilangan ahli keluarga yang makin bertambah. Apakah yang berlaku? Semuanya akan terbongkar setelah membaca Keluarga Lee Musim ke 3!