BAB 6 : PANGGILAN MISTERI

1.2K 40 5
                                    

"Boleh, cikgu explain pasal mereka?" tanya Previn.

"Baiklah, saya memang rapat dengan mereka. Sebenarnya Syahmi, Irdina, Nadjmi, Gabriel dan Aina merupakan sahabat yang paling rapat di SMKPBP(3). Kelima-lima pelajar ni sangat pandai dan juga cerdik tetapi mereka sering buat hal di sekolah."

"Buat hal, apa maksud cikgu?" tanya Sarah.

"Maksud saya mereka suka sangat ponteng kelas, buli pelajar, suka buat kacau dan lain-lain lagi. So, sebagai guru tingkatan sayalah yang selalu menyelesaikan masalah mereka. Saya juga sering menegur mereka tetapi seorang pun tak akan dengar nasihat saya," jawab Pn Shelly dengan nada yang sedih.

"Ada apa-apa nak tambah lagi ke cikgu?" tanya Sarah.

"Mereka berlima ni selalu akan mendapat top five dalam kelas mereka. Entahlah macam mana mereka boleh skor markah yang tinggi dalam peperiksaan."

"Mungkin mereka tiru kot," jawab Sarah.

"Kami pun syak cam tu, tapi kami pun pernah asingkan mereka di kelas yang berlainan ketika peperiksaan. Mereka tetap mendapat markah yang sangat tinggi berbanding dengan pelajar yang lain. Oleh itu sebagai seorang guru tingkatan saya yang selalu selamatkan mereka daripada masalah disiplin."

"Kenapa cikgu yang selalu selamatkan mereka?" tanya Previn.

"Saya selamatkan mereka kerana saya tidak mahu pelajar saya yang pandai mempunyai laporan disiplin yang teruk dan mereka juga akan menghadapi kesusahan untuk memohon scholarships bagi menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Lagi pun saya tidak mahu nama kelas pertama tercemar."

"Ooo, pasal tulah Encik Rama tak begitu kenal dengan mereka pasal cikgu yang selesaikan semua masalah mereka," Sarah membuat andaian.

"Itu memang betul, pasal tulah mereka rapat dengan saya," jawab Pn Shelly.

"Cikgu, ada tak baca berita terkini tentang kematian Syahmi, Irdina dan juga Nadjmi? Cikgu kenal tak sesiapa yang berdendam dengan mereka berlima?" tanya Previn.

"Hmmm, itu susah sangat nak cakap sebab mereka ni suka sangat cari pasal dengan semua pelajar mahupun guru. Tak kiralah lelaki ke perempuan."

"Cuba cikgu fikir dengan betul-betul. Ada tak apa-apa insiden yang pernah berlaku kepada mereka di sekolah menengah?" tanya Sarah sekali lagi.

"Ahh, tak silap saya pada akhir bulan Ogos seorang pelajar perempuan yang bernama Hannah masuk ke sekolah tersebut. Hannah ialah seorang anak yatim piatu yang tinggal di sebuah rumah jagaan. Dia tu seorang pengawas sekolah yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berazam tinggi."

"So,apa yang dia buat?"

"Guru pengawas sangat sayang padanya, oleh tu dia dilantik untuk memegang jawatan sebagai ketua pengawas ketika di tingkatan lima. Pada masa inilah, berlaku banyak persengketaan antara lima orang pelajar tersebut dengan Hannah."

"So, Hannah selalu akan melaporkan apa-apa yang dilakukan oleh lima orang pelajar tersebut kepada guru disiplin. Walaupun mereka belajar di kelas yang sama tetapi mereka tidak pernah bercakap dengan Hannah."

"Malah, sejak kehadiran Hannah dialah yang selalu akan mendapat tempat pertama di dalam kelas tersebut, ini menyebabkan mereka berlima berasa geram dengannya.

"Apa yang mereka buat kepada Hannah sebagai balasan?"

"Biasalah, mereka sering memfitnah Hannah dan juga pernah menumbuk muka Hannah sehingga berdarah. Nasib baiklah semua masalah tersebut dapat diselesaikan."

"Then apa yang berlaku cikgu?"

"Setelah banyak betul masalah berlaku, akhirnya saya dan Hannah berjaya mengubah sikap mereka. Malah, mereka juga sudi untuk berkawan dengan Hannah," ini merupakan insiden yang masih bermain-main di dalam gawang minda saya jawab Pn Shelly.

KEJAMWhere stories live. Discover now