1- new school

83 10 12
                                    

//Baekseok High School, Seoul, Korea//

Dia berjalan masuk ke dalam kelas bersama pandangan kosong.

Kelas masih kosong, aman sikit nak tidur

Dia letakkan begnya dan berjalan ke arah lokernya di belakang kelas.

Disebabkan otaknya yang bijak dia terlanggar meja yang terdapat dalam kelas itu.

Dah kelas gelap bukalah lampu wahai si bijak ;-;

" akh appo, aduh namjoon asal bengap sangat ni? "

Dia berjalan ke tempat suis lampu dan buka semua lampu termasuk kipas.

Beberapa pelajar masuk ke dalam kelas membuatkan dia terkejut. Tapi dia cover

" yo namjoon, awal sampai " tegur salah seorang dari mereka. Dia sekadar senyum.

Terkejut abuja.

Dia, Kim Namjoon pelajar cemerlang sekolah. Sentiasa mendapat top 3 dalam setiap peperiksaan.

" namjoon kau dah siap sains tak? Bagi sini jap buku kau " baru sahaja dia melabuhkan punggungnya sudah ada malaun yang datang ingin meniru jawapannya. Dia menayangkan poker face.

Penatlah jadi budak pandai ni fuh fuh *fliphair*

" cubalah jawab sendiri, sekarang kita n- "

" heh banyak cakaplah, bagi je lah. Susah sangat ke? Aku tanya elok-elok kan " potong pelajar itu dengan raut wajah bengang. Orang tanya lain dia jawab lain.

Namjoon yang berasa malas ingin berbahas menghulurkan juga buku latihan sainsnya kepada Kim Taehyung.

Dia adalah salah seorang pelajar paling bermasalah. Tak pernah berhenti dari pergi ke bilik guru displin. Ada sahaja masalah yang dia timbulkan.

Saya tahu ini clisé, tapi Taehyung sangat sesuai dengan watak ini.

" macam ni kan bagus, sayang kau " ucap Taehyung sebelum menggosok rambut Namjoon. Namjoon tayang wajah tanpa perasan.

Disebabkan kelas mula bising dengan nyalak- tak salah salah. Bising dengan suara manusia dia pun sumbat earphone dan layan lagu sebelum matanya perlahan-lahan terlelap.

Suasana di dalam kelas itu cukup bising walaupun hari masih awal. Taehyung dan beberapa kawannya tidak berhenti daripada mengacau pelajar lain.

Pak

" kau kenapa? " earphone ditarik keluar dari cuping telinga. Wajah riang deskmatenya menyapa pandangannya.

" nah aku ada hadiah untuk kau " kata pelajar itu sambil menghulurkan sehelai sampul surat berwarna coklat. Namjoon memandang sampul tersebut dan wajah rakannya silih ganti dengan dahi berkerut.

" apa ni? Tiba-tiba bagi sampul surat " kata Namjoon tanpa mengambil sampul surat yang dihulurkan rakannya itu.

" alah hadiah untuk kau sebab kau dah tolong aku cari kerja dan aku beli ni guna gaji pertama aku " terang rakannya sambil meletakkan sampul tersebut di atas meja Namjoon.

" hoseok, kau tak payahlah bagi hadiah bagai. Sepatutnya kau simpan. Boleh guna un- "

" kau ni kuat bebel eh? Ambil jelah, aku ikhlas ok "

Namjoon memerhati rakannya dan kemudian beralih kepada sampul surat di hadapannya. Kenapalah Hoseok membazir duit gajinya belikan dia hadiah ni semua. Tapi hadiah apa yang Hoseok bagi? Kenapa dalam sampul surat?

[𝙲] 𝙻𝙾𝚅𝙴Where stories live. Discover now