Tika kau pendam, ia benar sakit.
Sama ada diam, atau kau tahan.
Namun gagal tak tertahan
Namun juga bukan mudah untuk melepaskan.Keras terbuku bait perit dukumpul satu.
Tangisan, rengekan, esakan.
Sebati segala fitnah, cacian juga hinaan.
Namun tetap kau pikul, kau gengam, kau peluk.
Masih tertahan?Hakikat insan bukan pilihan.
Lain orang lain cerita
Lain manusia lain kisahnya.
Apa pun kau masih insan.
Apa jua nya berakhir seorang.Kau fikir kau kuat namun kau bertemankan tangisan.
Bila difikir sudah cukup cekal, tetap sahaja lengan itu mengesat mata.
Kononnya paling tabah, tapi sering sahaja pipimu basah.Sejak itu kau sedar.
Matamu akhirnya terbuka. Tidak lagi buta.
Matamu kini dihadapan. Bukan sebaliknya.
Hari ini kau lihat, sejurus kata putus kau ungkap.
Saat ini kau tahu kau hanya insan dan bukan sekadar insan.
Kerana bumi berputar, hari dimamah waktu.
Kerana akhirnya kau sedar, lalu ungkapkan kata putus.