Malam ni Lisa tidak dapat tidur. Walaupun penat seharian berkerja. Namun matanya masih membulat merenung siling biliknya.
Biasanya tidur Lisa Lena walaupun banyak memerah otak tapi Lisa masih boleh tidur dgn tenang.
Semenjak memulakan kerja di pejabat fikiran Lisa banyak tergangu memikirkan masa- masa akan datang nya.
Lisa teringatkan kejadian tadi.Lisa meramas- ramas jari jemarinya sambil berfikir bagai mana nasibnya esok Hari.
" apa yg nak jadi agaknya esok?"
" masih marah Ke tuan muda dngan aku? "
" macam mana kalau dia masih marah? "
"Habis.... Habis..... Lah...... " Lisa mengigit kukunya sambil membebel sendiri.
" kalau dia buang aku macam mana? "
" macam mana aku nak cari makan? "
" kat mana aku nak kerja?"
"Sekarang ni bukan senang nak cari kerja? "
"Dah lah aku sebatang Kara. Tak Ada siapa- siapa"
" mama, papa tolong Lisa.. "
Bebel Lisa lagi seorg diri. Sambil memicit- micit kepalanya yg sakit.
Lisa terbayangkan wajah Mr. Daniel yg begitu bengis, yg merenung tajam kepadanya.
Tiba- tiba Mata Lisa dibasahi dngan air Mata. Lisa berasa takut dan tertekan, akhirnya Lisa menangis teresak- esak bersendirian. Sehinggalah Lisa terlelap kerana kepenatan.
Pagi ini Lisa bersiap untuk pergi ke pejabat. Lisa duduk di meja makan untuk bersarapan. Lisa mencapai sekeping roti bakar lalu menyuapkan kedalam molotnya.
Makannya terhenti, fikirannya mula melayang memikirkan lagi nasibnya nanti.
Lisa takut untuk berhadapan dengan Mr Daniel, kerana terlalu takut akan di buang kerja.
" aku misti kuat, aku tak boleh macam ni. "
" sampai bila aku nak takut"
" aku kena terima, apa saja yang akan berlaku nanti "
" aku tak boleh berterusan takut macam Ni"
" apa- apa akan berlaku aku kena terima dengan tenang. "
Bebel Lisa. Tiba- tiba semangatnya datang. Lisa melihat Jam di tangan sudah sudah menginjak pukul 7.00 pg dia harus cepat takut terlewat Ke tempat kerja.
Lisa tergopoh gapah berlari menuju Ke bustop kerana dia takut lewat untuk pergi Ke pejabat.
