" 𝐈 𝐝𝐨𝐧’𝐭 𝐦𝐢𝐧𝐝 𝐢𝐟 𝐈’𝐦 𝐟𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧
𝐈 𝐝𝐨𝐧’𝐭 𝐦𝐢𝐧𝐝 𝐢𝐟 𝐈 𝐛𝐞𝐜𝐨𝐦𝐞 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐭𝐚𝐧𝐭 𝐩𝐥𝐚𝐜𝐞
𝐍𝐨𝐰 𝐭𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐢𝐬 𝐧𝐨 “𝐮𝐬”
𝐃𝐨𝐧’𝐭 𝐜𝐫𝐲, 𝐝𝐨𝐧’𝐭 𝐜𝐫𝐲
𝐈𝐟 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐝𝐚𝐲, 𝐰𝐡𝐞𝐧 𝐲𝐨𝐮 𝐥𝐨𝐨𝐤 𝐛𝐚𝐜𝐤 𝐨𝐧 𝐮𝐬
𝐈𝐟 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐦𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐦𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐰𝐚𝐫𝐦
𝐓𝐡𝐚𝐭’𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐭𝐭𝐞𝐫𝐬 "*⑅*❀⑅*❀⑅*❀⑅*❀⑅*❀⑅*
"J-J-Jongin."
Tangan Eunbin cuba mencapai tangan Jongin yang tidak jauh darinya. Bunyi siren ambulans, jeritan daripada pihak berkuasa untuk orang awam menjauhi mereka berdua mula kedengaran.
"J-J-Jangan ting-tinggalkan s-saya..." kata Eunbin.
Kemudiannya, semuanya menjadi kelam. Gelap.
***
"Appa, Baek nak cakap sikit." kata Baekhyun. Dia yang bertugas sebagai doktor ni salah satu hospital terkemuka di Korea itu memandang bapanya dengan ekspresi muka yang serius.
Sebaik sahaja dia mendapat tahu berita tentang kemalangan adiknya, Eunbin dan juga tunangnya, Jongin, dia terus menggesa untuk merawatnya kedua-duanya.
Encik Byun hanya menuruti kata Baekhyun lalu masuk ke dalam bilik milik anak sulungnya itu.
"Appa, Baek minta maaf. Baek tak dapat selamatkan Eunbin." kata Baekhyun.
"B-B-Baekh-yun..." kata Encik Byun.
"Eunbin, dia mengalami amnesia retrogred. Pihak hospital dah tanya dia soalan berkaitan kemalangan dan dia tak ingat apa yang berlaku. Dia cuma ingat kita dan juga... Jongin." kata Baekhyun.
"Terima kasih Baekhyun. Nasib baik lah kamu ada." kata Encik Byun.
"Oh ya. Appa, Jongin... Macam mana?" soal Baekhyun.
***
"Eunbin, saya... pergi dulu. Saya tau awak mungkin akan lupakan saya. Tak apa, saya faham." kata Jongin.
Eunbin melihat sekelilingnya. Semuanya putih. Dia melihat Jongin yang berada tidak jauh daripadanya.
"Eunbin, saya nak awak ingat saya sentiasa. Tapi... saya tamak kan? Tak apa, saya faham. Saya sayang awak Eunbin." kata Jongin.
Jongin berjalan mendekatinya manakala Eunbin tidak mampu menggerakkan anggotanya. Seperti dia diikat oleh tali halimunan. Tangan kekar milik Jongin mengelus lembut pipi Eunbin.
"Ini bukan tempat awak sayang. Pergi dari sini. Masih ramai yang perlukan awak. S-S-Sa... Saya pergi dulu. Janji pada saya, awak akan jaga diri awak. Jangan menangis sebab saya. Saya akan rasa sedih, tersiksa sebab terpaksa tinggalkan awak." kata Jongin.
Eunbin membuka matanya. Cahaya daripada lampu yang terus memasuki matanya menyebabkan dia menutup matanya kembali.
"Eunbin.. syukur lah kamu dah sedar." kata Puan Kim.
"Omma, mana Jongin?" soal Eunbin.
*⑅*❀⑅*❀⑅*❀⑅*❀⑅*❀⑅*
Kim__Kaika SuamikuCapang61 iamladyoohsehun lilbaekjunhyewon hai
YOU ARE READING
[AAAF#5] I'll Be There
Short Story"I'll always be there, Byun Eunbin" Kim Jongin, Byun Eunbin @zkdlin @kim__kaika