DR. TAUFIQ melangkah keluar dari bilik pembedahan setelah 3 jam bertarung menyelamatkan nyawa pesakitnya. Penatnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Nasib baiklah pesakitnya selamat. Jika tidak,terasa sia-sia jugalah dengan masa yang lama diambil. Namun,Dr. Taufiq tidak mengeluh. Kerna dia tahu semuanya ini ketentuan Allah. Jika ditakdirkan pesakit itu mati,berusaha sehingga esok hari juga tidak berhasil.
Sedang Dr. Taufiq melepaskan lelah di sebuah kerusi berdekatan dengan bilik pembedahan,suara seseorang yang amat dikenalinya menegurnya.
"Assalamualaikum, Fiq",
Dr. Taufiq memandang dan memberikan senyuman yang manis kepadanya. "Waalaikumussalam,Mia. Duduklah",
"It's okay. Mia tak lama pun. Kejap lagi ada appoiment dengan patient. Mia datang nak jumpa dengan Fiq. Mia nak minta maaf. Mia tahu Mia salah dengan Fiq. Mia kurang ajar dengan Fiq sampai Fiq terasa. Mia tak sengaja. I just want to be alone before. Fiq, I'm sorry. Fiq marahkan Mia lagi ke?"ucap Dr. Mia Adriana.
Dr. Taufiq melemparkan senyuman manis kepada Dr. Mia Adriana, menandakan bahawa dia tidak marah. Dia memandang ke hadapan semula.
"Takpe. Fiq maafkan. Fiq juga salah. Fiq tak marah pun. Tak sepatutnya Fiq masuk campur dalam personal Mia. Fiq juga minta maaf. Kosong-kosong,okay",
Dr. Mia Adriana tersenyum lega sambil mengangguk.
"Kosong-kosong. Maksudnya kita dah jadi kawan balik kan",
Kata Dr. Mia Adriana dibalas dengan anggukan. Dr. Mia Adriana tersenyum.
SEJAMBAK bunga ros merah dan ros putih yang berada di atas meja kerjanya dipandang dengan penuh tanda tanya. Siapa pula yang memberinya bunga? Nak kata daripada tunang atau suami,boyfriend jauh sekali mahu ada? Takkan daripada secret admire kut? Hmm,laku jugak aku ni ye. Dr. Mia Adriana tergelak sendiri.
Dr. Mia Adriana mendekati meja itu. Tangannya mengambil bunga itu. Punggungnya dilabuhkan di kerusi empuk di meja itu. Bunga itu dihidu. Hmm,wanginya💐. Dr. Mia Adriana menyedari ada terselit kad di celah bunga yang banyak itu. Kad itu pantas diambil lalu membuka dan membaca.
To my girl,
MIA ADRIANA...Bunga tanda terima kasih Adam kepada Mia yang sudi merawat dan menjaga Adam ketika sakit. Thanks for being my best friends. Harap Mia suka hadiah bunga daripada Adam ni.Gook luck for today💖
From your man,
Adam Haikal..."Hai,macam tahu-tahu je aku suka bunga. So sweet. My girl. Your man. Sounds interesting. I love it",
Dr. Mia Adriana meletakkan kad itu ke atas meja dengan perasaan gembira. Dia juga berasa terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh jejaka kacak itu. Dr. Mia Adriana menyandarkan dirinya ke penyandar kerusi empuk itu. Bunga itu terus dihidu dan dihidu...Ah,wanginya.
BEG tangan berjenama LV dicampak ke atas katil dengan perasaan sebal. Sakitnya hati hanya tuhan yang tahu. Pedih hatinya apabila dengan matanya sendiri melihat tunangnya yang disayangi itu menghantar bunga kepada gadis lain. Terasa segala usaha,pengorbanan dan masanya yang dihabiskan untuk Adam itu sia-sia sahaja apabila lelaki itu langsung tidak menghargainya.
Rania terduduk di birai katil. Air mata yang mengalir deras seperti hujan itu langsung tidak dihiraukan. Hatinya bagaikan disiat-siat. Rasa sakit itu makin mendalam.
YOU ARE READING
Menghitung Hari{HOLD ON}
RomanceMengisahkan Adam Haikal, penghidap penyakit kanser hati yang jatuh cinta dengan seorang doktor yang bernama Dr. Mia Adriana. Namun,disebabkan keadaanya menyebabkan Adam Haikal terpaksa memendam sahaja perasaannya. Tanpa pengetahuan Adam Haikal juga...