BAB 2

18 1 0
                                    


Mentari yang terik memancar wajahku. Silauan dan kepanasan pancaran tersebut menyebabkan aku terjaga. Mataku terkebil-kebil, sambil belakang telapak tangan kiriku mengelap pelu yang dirembeskan di dahiku ini.

Aku mencapai telefon bimbit. Jam menunjukkan jam 1.30 minit petang. Dalam masa setengah jam lagi akan bermulanya taklimat kursus.

"Wei, Safwan. Bangun. Kejap lagi ada taklimat," kataku sambil memandangnya.

Dia mencelikkan mata. Satu nafas yang kuat dilepaskan olehnya. Dia mengambil telefon bimbitnya. Dengan sekilas, dia bangun dan keluar dari bilik. Aku juga turut melakukan hal yang sama.

Usai solat berjemaah, kami berdua tanpa berlengah terus menuju ke fakulti kami. Kelihatan ramai pelajar yang baru masuk turut mengekori kami dari belakang, sambil mengenakan kemeja dan bertai. Aku? Aku lain. Aku malas nak pakai. Jadi, aku mengenakan baju biasa dan berseluar jean biru.

"Eh, kau kenapa tak pakai baju kemeja? Selamba je pakai baju biasa," tegur Safwan yang berjalan di sebelah aku.

Aku menjeling ke arahnya. Kornea mataku dapat melihat dengan jelas peluh yang mengalir di pipinya.

"Merepeklah petang-petang pakai baju kemeja. Panas. Cuba jadi cerdik sedikit."

Dia membalas renunganku dengan bibir mengerot ke kanan.

"Kita baru kenal. Tapi, kau ni suka hati je nak cakap apa yang kau suka."

Aku mengangguk dan tersengih.

"Selamat berkenalan, Safwan."

Dia menggelengkan kepala.

Apabila berada kaki bukit, kami berdua menelan air liur. Matahari ini ibarat mempanggang kami. Cukup masa, masak dak empuk untuk dimakan. Di samping itu, terdapat ramai lelaki dan perempuan yang menaiki tangga ni sambil merungut. Entah kenapa tangga ni begitu sesak ibarat jalan raya?

Aku melangkah sahaja ke hadapan. Safwan pula mengekori aku dari belakang. Siapalah arkitek untuk fakulti ni? Menyusahkan orang. Reti ke tidak buat bangunan? Cubalah gantikan tangga berbatu ni dengan tangga automatik. Kan senang.

Telinga aku pula hanya menerima masuk segala jenis oktaf bunyi yang dimainkan di kawasan ini. Burung berkicauan, manusia, dan kereta. Namun, aku dapat menangkap bisikkan orang yang berada di atas aku.

"Itu bukan ke pemenang pertandingan Al-Khawarizmi tahun lepas? Dia dekat sini?"

Pemenang pertandingan Al-Khawarizmi? Pertandingan apa pula ni?

"Itulah dia. Tempat ketiga peringkat negara," sampuk kawannya yang berada di sebelahnya.

Peringkat ketiga dalam negara? Boleh tahan. Tapi, pertandingan apa? Dan lagi, apa hal budak depan ni turut berdiri di sebelah kanan? Dia tak tahu ke peraturan menaiki tangga? Setiap orang kena beratur bila menaiki tangga, kalau tak akan bertembung dengan orang yang akan turun dari puncak bukit.

"Habis la pertandingan pengaturcaraan tahun ni. Mesti budak ni menang lagi."

....

Ah, pertandingan pengaturcaraan rupanya. Aku merenung dengan lebih tinggi, siapa yang dimaksudkan?

Apabila aku sampai di puncak, orang ramai berpusu-pusu pergi ke dewan yang ditetapkan. Aku memandang ke belakang. Safwan kelihatan termengah-mengah.

"Kau ni, ok ke tidak?" Tanyaku sambil menyeluk sakuku sendiri.

"Penat la Zakwan. Kau kenapa masih boleh bernafas macam biasa lagi?"

0%Onde as histórias ganham vida. Descobre agora