RDDM 37

897 47 1
                                    

*****

"kau buat apa kat sini?" tempelak Daun. Yang lain diam membisu. Serius aku tak faham dengan situasi sekarang

"Amar dengar dulu..."

"aku tak rasa aku nak dengar apa yang kau nak cakap" cepat cepat Daun membidas apa yang Kimi nak cakap.

"kau salah faham mar. Ayra bagi saya explain dulu" Kimi cuba mendekati Ayra. Tapi Daun dah tolak Ayra ke belakang dia.

"kau jangan nak hasut adik aku lagi." Muka Daun dah merah habis. Al maklumlah dia putih melepak. Jelas ketara merah dia. Macam Thanos lak. Thanos? Kau biar betul Reza?

"asal wyeh?" tanya Ludas kepada ku. Kau tanya aku buat apa? Mana lah aku tau sengal. Aku hanya mengangkat bahu sahaja tanda tidak mengerti. Kami kembali fokus kepada drama yang terjadi ni.

"Amar aku silap. Aku tahu aku silap. Aku memang silap masa tu. Tolong lah amar bagi aku explain dulu." Dr Kimi memandang ke arah Ayra pula. "Awak tolong awak. Bagi saya jelaskan apa yang dah jadi." Rayu Dr kimi.

Amar bertindak berani dengan menolak Dr Kimi ke belakang. Bukan perlahan dia buat, kuat pulak tu sampai Dr Kimi jatuh dekat tengah tengah kedai ni. Amar nak ke depan lagi tapi sempat aku paut lengan dia.

"Daun dah Daun." Jelas dada Daun turun naik dengan laju sekali. Waktu tu aku sedar yang ada something terjadi sampai Daun jadi macam ni. Daun jarang mengamuk.

Last sekali aku jumpa dia mengamuk time lawan hoki dekat Bukit Serindit. Ada budak lawan tu terpukul kaki dia dengan kayu hoki, habis budak tu dia kerjakan sampai dua dua masuk ambulance pergi Hospital Besar Melaka.

"mengucap wyeh" Ludas pula berkata kepada Daun. Kent dengan Gunung senyap sebab dia duaorang tu tak pandai nak gaduh gaduh ni. Korak pulak setia jaga Ayra di tepinya

"Amar aku minta maaf. Tolonglah dengar dulu. Aku merayu dekat kau. Lepastu kau nak buat apa dekat aku, aku tak kesah" Kata Dr kimi sambil merapatkan kedua belah tangan dia.

Daun tenang sedikit selepas aku dengan Ludas tolong hentikan pergaduhan ni.

"kau keluar sekarang" Arah Daun dengan suara tegas dia

*****

"kau cakap apa yang kau nak cakap" Arah Daun dengan senada sahaja.

Bila semua dah sampai parking lots ni senyap je sebab takut dengan Daun. Gunung dengan Kent adalah bertanya dekat Ayra tapi Ayra senyap je. Aku pun tak nak keruhkan lagi keadaan.

"Amar, malam tu aku tak sengaja mar. Malam tu aku tak sedar pun apa yang aku dah buat. Aku silap Mar. Aku tak ada niat pun nak sentuh Ayra yang aku anggap macam adik aku sendiri ni Mar"

Aku dengan Ludas dah berpandangan. Dua dua tayang muka terkejut

Sentuh? Adik?

"eh kalau ikutkan hati aku bila dengar adik aku mengadu dekat aku, aku nak bunuh jer kau tahu. Masa tu aku nak cari kau sampai ke lubang cacing sekalipun sebab orang macam kau ni sama je macam binatang. Anggap adik konon padahal kau nak kat adik aku ni dengan cara kotor kan."

SubhanAllah apa dah jadi ni? Kenapa Ayra sorokkan daripada aku.

"Kau hina dekat pandangan aku sekarang ni. Tah apa yang keluarga kau hasut dekat mak aku sampai mak aku bagi adik aku tinggal dengan kauorang. Tapi apa yang dia dapat? Ha? Cuba kau cerita apa yang dia dapat? Kau nak gadaikan maruah adik aku!"

Esakkan halus dari Ayra jelas kedengaran di telinga aku.

"shhhhh Ayra dah eh. Shhhh" Bisik Korak kepada Ayra. Serius aku blank tak tahu nak cakap apa?

Banyaknya yang dia sembunyikan daripada aku.

Patutlah dia boleh dapat bilik VVIP yang aku jaga dekat hospital dulu. Setahu aku bilik tu susah nak dapat. Rupanya ada udang di sebalik mee.

Aku cuba buang perasaan aku yang kecewa dengan sikap dia masa tu. Sekarang ni better selesaikan satu satu masalah dulu.

Aku menarik pergelangan tangan kanan Ayra dan letakkan dia tangan aku yang bersimen dan berbalut tu. Pada tangan yang kiri juga aku buat pekara yang sama. Lama kelamaan dia memaut dengan erat sekali sambil menangis semahu mahunya.

"Aku tak sedar Ammar! Aku tak sedar yang aku sendiri yang letakkan ubat tu dalam makanan dia Ammar!"

"Apa yang kau sedarnya!" Dua dua saling menempik. Mujur dekat parking lot ni tak ramai orang. Yang ada orang yang lalu lalang cepat cepat buat urusan sendiri sebab takut dengan situasi sekarang ni.

"Aku mabuk masa tu! Kau faham tak aku mabuk! Aku minum air haram tu!" Jelas Dr Kimi. Daun menghelakan nafas yang berat sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

"Kau tak ubah macam binatang... Kau tak ada bezalah dengan binatang!"

"tak mar... Aku nak berubah Mar. Aku nak berubah." Untuk kali pertama dalam sejarah hidup aku, aku nampak Dr Kimi menangis. Tapi takdelah sampai merugu macam kiah propa gitu.

Sempat eh kau Reza nak bergurau bagai ni... hhehehehe

"Baru dua hari tau dia duduk dengan keluarga kau. Baru dua hari dia datang negara ni sebab nak cari darah daging dia sendiri. Tapi kau.... kau dah tunjuk perangai syaitan kau depan dia. Kau memang nak kena ajar"

Dushhh

Tanpa menunggu balasan daripada Dr Kimi, Daun dah hadiahkan penumbuk. Bukan sekali, tapi berkali kali.

"Daun dah la" Kata Kent yang kesiankan Dr Kimi yang tengah bergelut untuk selamatkan diri tu. Tapi Suara Kent tu ibaratkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. "Daun wyeh kau nak dia..."

Kata kata Kent terpotong bila Korak menarik Kent ke belakang. Korak menunjukkan isyarat jangan masuk campur. Semua hanya memerhati je

"bukan macam ni lah cara nak selesaikan masalah" tambah Kent lagi. Tapi semua hanya diam. "Reza, buatlah something" Kata Kent kepada ku.

"Dia layak terima semua ni" Balasku tanpa memandang kearah Kent. Kent mula senyap

"ni je cara nak ajar dia" Tambah Ludas pula. Selepas mendengar ayat Ludas, Kent mengangguk tanda setuju. Dia mengundur setapak ke belakang.

Selepas lebih kurang seminit lebih, Daun bangun sambil tercungap cungap

"kau jangan tunjuk muka kau depan aku dengan depan muka orang yang aku kenal. Kalau tak lagi teruk aku kerjakan." Seraya dengan itu, daun bergerak pergi meninggalkan Dr Kimi yang mengerang kesakitan di atas lantai itu.

Kitaorang pun apa lagi, angkat kakilah. Taknak duduk lama lama dekat sini.

"kalau dia bagitau polis macam mana?" Soal gunung kepada Korak.

"Rilek Jian, aku polis" kata Ludas sambil menepuk nepuk bahu gunung dan berlalu meninggalkan gunung dengan kent yang terpinga pinga.

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now