Tenaganya semakin lama semakin berkurang kerana berlari.Hingga kan dia terjatuh ke atas tanah.Mujur sekumpulan lelaki itu masih jauh darinya.Segera dia bangkit kembali dan terus berlari.Dalam fikirannya hanya satu.Dia perlu selamatkan dirinya dari dijual.Dengan siapa dia mahu meminta pertolongan?.Dia memejam matanya sambil berlari.Kemudian matanya dibuka kembali.Air jernih sudah pun mengalir dipipinya. Takut di hati hanya tuhan sahaja yang tahu.
"Dua puluh lima juta boleh?" soal seseorang sambil mengurut urut dagunya.
"Huish!!boleh la tu..ermm..bila nk beli ni?tak sabar pulak aku!" katanya sambil kedua dua tapak tangannya digosok.Duit tu.
Amira yang sedari tadi diatas hendak menuruni anak tangga terdengar perbualan ayahnya dengan beberapa orang tua.Air matanya mula turun ke pipi.Ayahnya mahu menjualnya?.Dia harus lari dari sini.
Larian masih diteruskan lagi.Biarlah kaki nya sakit asalkan maruahnya tidak tergadai.Harith!!.Hanya nama itu didalam fikirannya sekarang.
Tiba tiba tangannya ditarik ke lorong kecil dan sempit.Mulutnya ditutup menyebabkan dia tidak boleh menjerit.
"Shhh..ini saya Harith!" mendengar nama itu dia menoleh melihat kearah muka lelaki itu.Dia melepaskan nafas lega.Lelaki lelaki tadi sudah pun kehilangan jejaknya.
"Aku takut!" dia terduduk sambil memeluk dirinya sendiri.Badannya menggeletar.Harith yang melihat terus memeluknya,diusap usap rambut milik gadis itu.
Air di dalam jag dituang.Cawan yang sudah berisi air yang hangat di berikan kepada Amira.
"Hmm..aku dah tanya mak aku pasal nak tumpangkan si Amira ni tidoq dekat sini.Dan mak aku benarkan..." mendengar ucapan itu Harith hanya mengangguk.Dia melihat ke arah Amira yang hanya memandang kosong ke arah air yang dipegang.
"Awak!"
Amira yang tersedar dirinya dipanggil terus menoleh ke arah Harith.
"Malam ni awak bermalam dekat rumah Hisyam.." Hisyam merupakan jiran Harith yang hanya selang beberapa rumah dengan rumah Harith.Hisyam memang seorang yang peramah.
Amira hanya mengangguk.
"Mira..kalau ada apa apa hang boleh minta dekat mak aku ataupun dekat aku ..in sha allah aku boleh tolong hang." matanya menatap wajah gadis itu dengan tatapan simpati.Muka gadis itu kelihatan lelah.Dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi kepada gadis itu.Bila ditanya kepada Harith tidak pula lelaki itu menjawab.Mungkin Harith juga tidak tahu apa sebabnya.
"Ok lah..saya pergi dulu ye?Hisyam!kau jangan nak mengorat si Amira ni pula ,kalau kau cuba nak mengorat dia aku suruh mak kau ketuk kepala kau dengan kuali kat dapur tu." katanya sekadar bergurau.Hisyam yang mendengar terus ketawa.
"Macam tahu tahu ja hang ni!ahli nujum ka?" satu jelingan diberi.Lama lama mereka ketawa.Amira yang melihat hanya diam.
"Ok lah..aku pergi du--" baru saja dia hendak melangkah keluar Amira sudah menarik lengan bajunya.Harith terus menoleh ke arah Amira begitu juga Hisyam. Mereka saling berpandangan sesama sendiri.
"T--thanks" air matanya mengalir lagi membuatkan Hisyam dan Harith saling berpandangan tapi tak lama selepas itu mereka tersenyum.Harith terus mengusap kepala milik Amira.Hisyam yang melihat keadaan itu mula tersengih.Kemudiannya dia berdehem agar menyedari dua insan dihadapannya kini.
Harith hanya tersenyum menahan malu begitu juga Amira.
"Saya pergi dulu la eyh?"
"Hmmh..dah macam suami isteri dah aku tengok." mendengar perkataan itu membuat kan Harith tersengih.
"Bakal nak jadi suami isteri la..." kata kata itu membuatkan Amira tertunduk.Harith pula hanya tersenyum.Hisyam sudah mencebik,menyampah dengan sikap Harith itu,tapi sikap itu lah akan membuatkan hubungan mereka akrab.
Harith sudah melambaikan tangannya dari jauh.Amira pula hanya tersenyum.
"Jom masuk,bilik hang kat atas ..hang nak mandi hang pi la naik atas ,baju hang jangan risau hang masuk bilik kat tepi bilik air tu,ada baju akak aku" Amira hanya mengangguk.
Sorry la..bab ni pendek sikit..author x ada idea..gome'n(perkataan *gome'n* tu abaikan ja)
YOU ARE READING
BEZA ANTARA KITA?
Teen FictionKehidupan yang memeritkan bagi Amira membuat kan Amira menjadi pendiam dan lebih suka menyendiri.. difikirannya hanya dia mahu menyendiri Harith merupakan murid pindahan yang tertarik hendak mendekati seorang gadis yang bernama Amira!kehidupannya...