A52

5.2K 615 55
                                    

DAH hampir dua minggu berlalu. Sejak kejadian Maryam tolong rawatkan luka Irfan, mereka dah tak bertembung langsung. Tak tahulah kalau ada bertembung, tapi dia yang tak perasan ke macam mana, tapi memang tak nampaklah wajah Irfan. Entah dah surut ke belum lebam biru di mata lelaki itu.

Maryam pandang luar tingkap. Kelas 5-5 yang terletak di blok sebelah dia pandang kosong. Dalam diam, dia mencari Irfan. Cikgu takde. Cikgu mesyuarat. Jadi, takde masalah.

Mata Maryam terkelip-kelip sebelum laju kepala menggeleng. Apa benda dia tengah buat ni? Cari Irfan? Buat apa? Pfft. Buang tebiat. Sudahnya, Aisyah yang sibuk bersembang dengan Hawwa dan Kalilah dia pandang.

Bosan. Entah siapa lelaki bernama Hares yang mereka bualkan ini pun dia tak tahu.

Maryam helakan nafas lemah. Daripada dia kebosanan tak buat apa-apa ni, baik dia cari kerja. Tanpa lengah, dia terus keluarkan dua buah buku rosak yang diambil dari perpustakaan masa rehat tadi dari dalam laci meja. Barang-barang keperluan untuk membaiki buku pun dia keluarkan sekali.

"Eh, eh! Kejap! Kau nak buat apa ni?" Aisyah memegang kejap tangannya yang baru sahaja nak bergerak melakukan kerja.

Tak sempat Maryam nak membalas, laju sahaja tangan Aisyah, Hawwa dan Kalilah merampas barang-barang di atas mejanya. Semuanya berlaku sepantas kilat tanpa sempat dia nak menghalang. Tengok-tengok, di atas mejanya hanya ada pencil box miliknya sahaja.

Aisyah yang tengah tayang senyum senget dia pandang. Sekali lagi, keluhan lemah keluar dari mulut. Tangan dibawa menongkat kepala.

"Aku bosan lah." Luah Maryam.

"Engkau memang bosan pun." Selamba Aisyah berkata. Jelingan tajam Maryam langsung dia buat bodoh aje. Hawwa dan Kalilah dah ketawa kecil.

"Aku nak tidur lah. Nanti, bila cikgu dah masuk, korang kejut aku ya?" Pesan Maryam. Dia dah siap-siap nak sandarkan kepala pada lengannya tapi sekali lagi Aisyah menghalang.

"Sebab tu aku kata kau ni bosan. Janganlah tidur! Meh borak dengan kitorang." Aisyah tarik tangan Maryam.

Maryam julingkan mata ke atas. "Maksud kau, bergossip dengan korang?"

Hawwa dan Kalilah mengangguk laju sebagai jawapan ya. Aisyah aje yang menggeleng.

"Bukan gossip tapi, mengumpul maklumat." Sengih satu kali di akhir kata.

Maryam menggeleng. "Banyaklah mengumpul maklumat." Tangan kembali mentongkat kepala sendiri.

Suasana kelas dia perhatikan. Memang bising. Mentang-mentanglah cikgu semua hadiri mesyuarat. Yang lelaki, sibuk berkumpul di belakang kelas bermain dan bercerita tentang bola. Yang perempuan pula, dua kali Lima aje macam yang Aisyah, Hawwa dan Kalilah buat tadi. Mengumpul maklumat.

"Emm, alang-alang ni. Meh lah kongsi pasal I.D. kau kat kitorang." Aisyah yang mencucuk lengannya mengalihkan pandangan Maryam.

Maryam tayang muka selamba. Wajah teruja kawan-kawannya dipandang. Memang mengumpul maklumat betul. Nak masukkan dalam majalah mana ni?

Maryam senyum senget sikit.

"Dah nak dekat lima tahun. Takkan nak cakap pasal Identity Documents aku lagi, kut?" Jawapan corner baik punya dia bagi. Heh.

Mendengarkan jawapan Maryam, masam terus muka Aisyah. Tak puas hati lah tu. Tengok Hawwa dan Kalilah. Elok aje sengih panjang dengar jawapan dia.

"Kau ni!" Pap! Kena pukul sekali di lengan. Maryam ketawa kecil.

"Sengaja buat-buat tak faham lah tu. Menyampah betul!"

"What? Betul lah kan? Cah, aku rasa I.D. ni dah lapuk lah. Apa kata kita kumpul maklumat pasal F.H. daripada kau." Maryam putarkan kata. Hawwa dan Kalilah dia bagi kenyitan mata sekali. Dan mereka berdua terima dan membalas tanda faham dengan apa yang dia sedang katakan.

          

Aisyah kebingungan dengan kod rahsia kenyit-kenyit mata ni. Terus dia lambaikan tangan ke udara.

"Hello, hello. Aku kat sini lagi lah. Apa ni? Tak faham. F.H? Siapa?" Tanya Aisyah.

Maryam cari seseorang di belakang kelas. Dan bila matanya jatuh pada seseorang, terus bibirnya memuncung tunjukkan siapa. Hawwa dan Kalilah dah ketawa kecil sambil berHi-5 kecil.

"Siapa?" Seraya dengan soalan itu, dia berpaling. Dan tika itu, Maryam terus bersuara.

"Faris Hamdan."

Dan serentak dengan itu, Faris juga angkat wajah memandang mereka. Bila nampak Aisyah sedang memandangnya, terus dia kenyit mata dan senyum manis. Kegelian, Aisyah terus pusing depan semula.

Maryam, Hawwa dan Kalilah dah berHi-5 lagi. Terkekeh kecil mereka di situ. Kawan lelaki yang perasan akan itu terus bingit ber'woo' sambil tumbuk perlahan bahu Faris.

"Eee, geli lah!" Aisyah dan menggeliat kegelian. Bucu tudung dia tiup.

Maryam memerhati dan bila nampak pipi merah Aisyah, laju sahaja jari telunjuk mencucuk pipi itu.

"Eh, muka merah."

Hawwa dan Kalilah terus menilik muka Aisyah.

"Haah lah. Sian dia. Nak cendol ke?" Hawwa menyakat dan Kalilah jadi tukang sumbangkan ketawa baby dia.

Maryam senyum senget. Dan bila Aisyah nampak, terus dia dapat pukulan sekali lagi. Kali ini di pehanya pula.

"Malu ke?"

"Eee! Kau diam lah! Sejak bila kuat menyakat ni?" Aisyah geram. Dia dapat rasa mukanya makin merah.

Maryam jongketkan bahu sambil sembunyikan senyum.

"I learn from the best." Jelir lidah satu kali.

"Eleh, tak payah lah malu. Siapa suruh jual mahal? Terima lah hati dia yang penuh taman tu. Kan?" Bila Maryam dah diam, Kalilah pula bersuara.

Cepat aje buat gaya muntah. "Tak nak lah aku!"

"Tak nak kenapa pula? Padan lah. Kau cantik, dia hensem." Hawwa pula bersuara. Maryam hanya memerhati tanpa bersuara. Itu lagi dia suka buat.

"Eee, tak nak! Aku nak pergi tandas. Geli tau!" Terus Aisyah bangun dari duduknya dan mengambil langkah untuk keluar dari kelas melalui pintu belakang kelas.

"Padahal nak cover senyum lebar."

Pap! Maryam kena pukul sekali lagi. Sempat lagi tu! Dan bila batang tubuh Aisyah hilang, terus mereka bertiga ketawa kecil. BerHi-5 dengan gembira dan sesekali memukul sesama sendiri sedang masing-masing sibuk ketawa. Perempuan.

"Cantiknya Maryam ketawa." Dan kata-kata itu buat ketawa Maryam terhenti terus. Cepat dia pandang luar tingkap dan bila lihat wajah itu, Maryam telan liur.

Uh-oh.

▩▩▩

TIDAK selesa. Itu adalah perkataan yang boleh Maryam ungkapkan untuk situasi sekarang ini. Lagi-lagi bila dia perasan akan beberapa pasang mata yang memandang ke arah mereka. Aduh... Sebelum ini, dia tak pernah ambil peduli pun tapi semenjak Shauqi luahkan perasaan dua minggu lalu, dia jadi tak selesa dengan pandangan mata orang.

Oh, mana cool dia pergi ni?

Shauqi dipandang sekilas. Dan bila pandangan mata mereka bertemu, terus pandangan dialihkan. Okey. Ini awkward. Dari tadi ke lelaki ni tenung dia?

Tak tahan dah, Maryam terus menghadap Shauqi sepenuhnya. Tangan naik memeluk tubuh dan kening dia jongketkan.

"Kau nak apa ni? Panggil aku, lepas tu sepatah haram perkataan pun tak keluar dari mulut kau? Ada emas ke dalam mulut?" Ambil sedas Maryam bagi.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now