PART 41 - End?

226 5 0
                                    


"Kau! Apa kau buat kat sini??" tanya Shita terkejut. Hilang lamaran Ammar mahupun senyumannya melihat wajah sombong Hanna.

"Hai..susah betul ramai sangat orang datang, aku tak berpeluang langsung nak mencelah, bercakap. Aku ingatkan Rheya ada di sini. Kau rupanya. Hmm....kau pun bolehlah." 

Hanna memeluk tubuhnya sendiri sambil menghembus-hembus kukunya lagak tahu sesuatu yang Shita tidak.

Shita rasa seperti hendak cakar wajah angkuh itu. "Cakap apa kau buat kat sini. Kau tau tak makan kenduri orang tak jemput ni hukumnya haram!" perli Shita.

Hanna membeliakkan matanya. 

"Aku bukan datang nak makan." Hanna masih berteka-teki.

"Dah tu nak buat apa? Jangan buang masa aku." Bentak Shita, berang.

"Aku ada berita sikit untuk kau. Hmm...untuk pengantin perempuan sebenarnya. Ginilah, aku pendekkan cerita. Radit tu tipu dia semata-mata untuk kahwin dengan dia. Cinta ke, sayang ke. Semua tipu belaka." Hanna mulakan permainannya.

Shita terdiam. Dia merenung wajah Hanna tidak berkelip.

"Apa? Tak percaya? Ada lagi, jangan risau. Itu mula aje. Semua ni rancangan Ray Harris. Kau kenalkan? Ofcourse kau kenal. Aduh...apa punya planlah. Tunggulah mati dulu baru jalan plan ni. Baru tak nampak sangat. Kalau akulah kan?" Hanna ketawa lepas. Lagak menang.

"Apa kau cakap ni? Tak masuk akal langsung. Kau salah makan ubat ke?"

"Tak. Kawan kau yang akan makan ubat sakit jiwa nanti lepas dia tau semua ni. Sekarang, jadilah kawan yang baik. Keluar dan beritahu Rheya. Hentikan majlis ni sebelum dia kahwin dengan penipu macam Radit tu. Mak bapak si Rheya pun terlibat jugak nak jayakan rancangan Ray. Haih! Drama betul, tak sabar aku nak tengok." Provok Hanna.

Shita sudah tidak tahan lagi mendengarnya. 

"Mana kau kenal Ray? Mana kau tahu semua ni? Hey! Jangan buat cerita semata-mata pasal kau marah Radit tinggalkan kau dan kahwin dengan Rheya. Get a fucking life, Hanna, and let them be!" jerkah Shita hilang sabar. Dia berasa pening sejenak. Apa semua ni??

Senyum di wajah perempuan itu kian melebar. "Wow..wow..sabarlah. jangan jerit-jerit. Aku belum habis lagi." Hanna mengeluarkan telefon dari poketnya. Dia mencari-cari sebentar.

"Ini, ambik. Kau nampak tak siapa dalam gambar tu? Itulah Ray. Dia tengah sakit sekarang. Kanser otak hampir final stage. Dia tengah nazak. Dan dia yang suruh Radit pikat Rheya, kahwininya sebelum Ray mati. Nanti Radit boleh jaga Rheya. Bla..bla..blaa...geli tekak nak cerita lagi. Macamlah perempuan tu bagus sangat dari aku." Keji Hanna lagi.

Shita meneliti gambar di skrin. Lelaki kurus, pucat lagi cengkung itu sumpah langsung tak macam Ray. Entah lelaki sakit mana yang Hanna ambil gambarnya. Tapi...Shita meneliti lelaki itu. Topi kaitnya berwarna kelabu. RR. Initial RR itu. Memang hasil kerja tangan Rheya. Shita pernah ketawakan topi itu yang bunjut atas kepalanya yang senget. Ya. Topi kelabu yang dipakai lelaki di dalam gambar itu juga kelihatan senget. Ya Allah...Ray ke ni? Shita beristighfar panjang.

Ray ke ni? Shita beristighfar panjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
          

Shita menujahkan semula telefon itu ke tangan Hanna. Jijik perempuan ini! Sungguh menjijikkan caranya memusnahkan hidup orang lain. Dasar hati bangkai! Dan apa pula yang perlu dilakukannya sekarang. Yang dia tahu, Rheya tidak boleh mengahwini Radit atas dasar tipu. Radit tipu Rheya? Dugaan apa lagi ya Allah...

"Sekarang kau boleh berambus dari sini. Ini yang kau nak kan? Musnahkan hidup orang lain? Great! You did it. Now, leave!" tidak pernah seumur hidup, Shita marah seperti ini. Kalaulah Radit di hadapannya sekarang, memang lumat dikerjakan. Hah! Tunggu apa reaksi Rheya nanti.

"Fine. Kerja aku pun dah beres. Bye." Dia tidak mahu menunggu untuk melihat malapetaka sebentar lagi. Perut pun dah lapar ni. Hanna terus meninggalkan kamar itu.

Shita mundar-mandir sebentar di situ memikirkan sama ada patut atau tidak Rheya diberitahu. Dia kawan baik Rheya. Sahabatnya. 'Rheya mesti diberitahu.' Putus Shita. Tanpa membuang masa, Shita keluar dan mencari kelibat Rheya. Nampaknya Rheya sudah berada di pelamin diapit oleh sepupu, sahabat-sahabat mereka yang berpakaian sedondon.

Radit pun sudah mengambil tempat di hadapan bapa Rheya. Khutbah nikah juga sudah separuh jalan. Dia terlewat.

Ah! Better late than never! Shita melangkah cepat. Berhati-hati melalui antara tetamu sehingga sampai kepada Rheya. Wajah pengantin itu cukup ceria, Shita hampir tidak sampai hati pula hendak merosakkan segala-galanya. Dia turut memandang benci ke arah Radit. 'Polosnya'..! Ammar sudah tidak kelihatan di matanya.

"Babe. Kau ke mana. Nervous aku." Bisik Rheya. Dia tersenyum. Tidak dapat disembunyikan kegembiraannya.

"Babe...aku nak kau bersabar banyak-banyak. Aku nak cakap sesuatu. Terserah apa pun keputusan kau nanti." Shita berbisik balas.

"Kau kenapa? Apa yang urgent sangat ni? Lauk tak cukup ke?" Rheya masih bergurau.

Wajah Shita langsung tidak beriak ingin ketawa. Serius. "Listen Rheya." Tanpa membuang masa Shita memberitahu Rheya semua yang dikatakan oleh Hanna kepadanya. Raut wajah Rheya perlahan-lahan berubah riak. Shita tidak berbohong apatah lagi ingin bergurau perkara begitu. Ya Allah..ya Allah..ya Allah...

Bibirnya bergetar. Rheya tidak terkata apa-apa. Jadi kelibat Hanna tadi bukan mainan perasaannya. Tujuan perempuan itu ke majlisnya hanya untuk memusnahkan hari bahagianya. Bukan, hanya untuk membuka pekung Radit! Dia melihat ke arah Radit yang sedang tekun mendengar khutbah nikah. Rheya terasa memusing kepalanya. Dia tidak tahu apa yang harus difikirkan. Kecewa. Itu perasaan yang pertama dirasakannya. Shita cemas apabila khutbah sudah tiba di penghujung kerana Rheya masih membeku di duduknya.

Sebaik sahaja Rheya lihat Radit menjabat tangan papanya, dia spontan bangun. Mama dan Datin Yasmin memandangnya pelik. Para hadirin juga turut berpandangan sesama sendiri.

"Cukup setakat tu!" Rheya bersuara. Matanya tepat memandang Radit yang melihatnya tanpa berkelip. Mata yang selalu merenungnya lunak kebelakangan ini hanya memancarkan api kemarahan pada hari ini.

"Rheya? Kenapa ni?" mama bangun memegang lengannya.

"Sampai bila lagi you harus tipu I Dit? Sampai Ray mati ke?" suara Rheya kian bergema. Rheya terasa seperti orang lain. Terasa ada orang lain yang bersuara untuknya. Kerana dia pasti Radit tidak mungkin menipunya. Oh Tuhan!!

Radit terpana, tangan Azman dilepaskan. Dia bangun dan mara ke arah Rheya. "Rheya, I can explain." Ujar Radit jelas yang Rheya sudah tahu segala-galanya. Kalau begitu, Hanna tidak main-main apabila perempuan itu berkata akan berusaha untuk memusnahkan hubungannya dan Rheya hingga hancur. Ya, hancur sama sekali. Dia tidak nampak bagaimana Rheya akan memaafkannya kali ini.

"Diam Radit! Diam! Apa dosa I pada you? Kenapa you perlu buat semua ni? I buat apa sampai sanggup you buat semua ni? Kenapa you tak beritahu I yang Ray nazak? Kenapa Dit??!!! I ada hak tahu sebab dia orang yang I sayang. Kenapa you kejam sangat...?" rintih Rheya. Dia terlorot ke bawah. Mama memapahnya. Datin Yasmin pula tidak terkata apa-apa.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now