Seminggu berlalu daripada kejadian malam itu.. Dan seminggu juga laa Eriin menghilangkan diri. Rayyan menjadi tidak senang duduk. Dibawa dirinya mencari Eriin ke marata tempat, namun tidak diketemu. Ya, memang salahnya kerana terlepas kata. Dia sebagai seorang suami tidak patut mendoakan begitu terhadap isteri. Buruk mana pun isterinya, tetap isterinya juga. Dia harus terima hakikat itu.
Ditelefon, namun tidak diangkat. Dimesej, juga tidak dijawab. Kemanakah dia menghilang? Ditanya kawan kawan satu kampusnya, namun tiada seorang pun yang tahu. Tanya Eriiq? Eniiq? Huh, dia tak berani untuk menanggung risiko. Dia amat kenal akan perangai dua kembar itu. Nak mati awal? Silalah bertanya.
Kemana lagi dia harus bertanya? Dengan siapa lagi dia mahu meminta pertolongan? Arrggg kusut!
***************************************
Di bawah sinaran bulan di kota New York ini, kelihatan seorang gadis sedang termenung di bangku di dataran Kota ini. Dihembus nafasnya. Ditarik nafasnya dan dihembus semula. Sudah seminggu dia berlari ke sini. Sudah seminggu dia membawa diri ke tempat kelahirannya ini. Membawa hati yang sakit. Membawa perasaan yang hancur. Jika boleh, dia mahu saja menetap disini. Jika boleh, dia mahu saja diceraikan oleh lelaki itu. Tidak mampu lagi dia mahu menanggung rasa sakit di hati ini. Tidak mampu lagi dia mahu berhadapan dengan lelaki yang digelar suami itu. Tidak sanggup lagi....biarkan dia keseorangan disini...biarkan dia melupakan semua kejadian yang berlaku disini....dia sudah tidak mampu lagi untuk melawan. Sudah tidak mampu lagi....
'Semuanya berlaku terlalu pantas...' rungut Eriin sendirian. Kini, hanya dia dan dia. Tiada lagi sesiapa. Dia mahu menyendiri di sini. Kalau boleh, untuk selamanya..
Untuk apa lagi dia hidup jika begini kisah kehidupannya. Jika selama ini, hanya darah yang menjadi temannya, kini, hati yang rapuh menhantuinya.
Lelah...lelahnya seorang Quin Eriin ini apabila dirinya tidak dihargai oleh insan bergelar suami. Penatnya seorang Quin Eriin ini apabila dirinya dibayangi bekas wanita sang suami. Sakitnya seorang Quin Eriin ini apabila hati sering dilukai dengan pelbagai kata kata keji.
Salah akukah dalam perkara ini? Salah aku jugakah kerana mencintaimu? Oh Allah, aku tidak kuat dalam menempuh ujianMu ini. Oh Allah, matikanlah aku dengan apa cara sekalipun. Aku redha...
Dan...inilah permulaan Si Quin Mafia untuk menjalani kehidupannya seorang diri. Tiada lagi manusia yang bernama Mykko,Rykko, Eriiq, Eniiq, papa, mama, Grand dan......tiada lagi si dia, Tengku Rayyan...suamiku....
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
"APA yang kau dah buat dekat adik aku Rayy!! Mana perginya Quin Eriin Melson, isteri kau!?" tengking Eriiq kepada Rayyan setelah sebulan baru dia mengetahui tentang khabar kehilangan satu-satunya adik perempuannya, Quin Eriin Melson. Jika bukan kerana Rykko yang melaporkan kepadanya tentang kehilangan Eriin, mungkin sampai ke tua dia tidak tahu. Mahu mengharapkan si gedebah ni, memang langsung tak boleh pakai. Bini sendiri pun tak boleh nak jaga. Dasar suami tak guna!
"Aku.....aku mintak maaf Riiq. Aku....dah cari dia merata tempat. Tapi tak jumpa sampai sekarang. Aku call dia tak angkat. Aku syak, dia tukar nombor fon..salah aku Riiq. Aku....mintak maaf sebab tak jaga Eriin dengan baik." rayu Rayyan sambil menunduk kepalanya. Dia mengaku memang kesalahannya kerana berkata begitu kepada Eriin, isterinya. Sepatutnya, dia harus sabar. Sepatutnya, dia harus kejar dan pujuk Eriin agar tidak pergi meninggalkannya pada malam itu...salahnya...dia akui...
"Tak payah nak mintak maaf dekat aku la Ray. Kau pergi mintak maaf dekat papa dengan mama. Dan, paling penting, pergi mintak maaf dekat Tuhan laa! Kau, memang tak layak jadi suami Eriin. Aku menyesal terima kau Ray. Kau dengar eh sini, pada saat ini, selagi adik aku, Quin Eriin Melson tidak dijumpai, selagi tu, aku taknak tengok muka kau!kau, jangan sesekali tunjuk muka buruk kau ni, depan keluarga aku, dan parents aku. Mulai esok, aku nak kau keluar dari rumah Eriin! Kau Tak Layak Tinggal Dekat Rumah Eriin! " setelah berkata begitu, Eriiq terus berlalu meninggalkan Rayyan.
Rayyan hanya berdiri kaku, senyap dan senyap...kenapa tak lawan? Memang salahnya. Salahnya kerana gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Gagal, membahagiakan Eriin. Dan gagal, menunaikan wasiatNya....
Eriin, maafkan aku....
Indah, maafkan abang...Antara Quin Eriin Melson atau Indah Raviha, siapakah pilihan hati Tengku Rayyan?
DONEEE!
OKEY GUYS, AUTHOR TAHU ADA YANG MARAH SEBAB AUTHOR PUBLISH LAMBAT. AUTHOR TAHU ADA YANG TAK PUAS HATI...OKEY DISINI DENGAN RENDAH DIRINYA, AUTHOR MENYUSUN 10 JARI KEMAAFAN ATAS KELEWATAN DAN KELAMBATAN DALAM MEMPUBLISH CRITA INI. KERANA AUTHOR TIDAK ADA BANYAK MASA. BZ DGN BYK URUSAN YANG SEMEMANGNYA TK DPT DIELAKKAN...SORY AND SORRY GUYSSSSS.
YOU ARE READING
ISTERI AKU KETUA MAFIA!!!
ActionDia perempuan, tetapi bukan sebarang perempuan. Dia satu satunya princess dalam keluarga MELSON. Prinsip hidup dia simple je. Kau tak kacau dia, dia pun tak HINGIN nak kacau kau. Segala yang telah diajar oleh Kedua abang kembarnya iaitu QUE ERIIQ M...