Bab 16 - KMK

33.1K 636 22
                                    

BAB 16

Daniel POV

Bunyi deringan telefon mengejutkan aku dari kenangan silam. Telefon yang berada di atas meja kerja, aku capai. Aku melihat nama yang tertera di telefon. Volder? Dah kenapa Volder telefon aku? Hati ku mula merasa tidak enak.

"Hello," suara garau aku membalas ucapan Volder.

"Bos... minta maaf tadi saya hantar Mak Swi dan cik Kylia pergi hypermarket, kemudian cik Kylia kata nak singgah kedai buku yang ada dalam mall ni, tapi...."

"Tapi apa Volder?!" Aku sudah meninggikan suara bila mendengar orang suruhanku terhenti berkata-kata.

"Tapi.. saya tak jumpa cik Kylia dekat kedai buku tu. Lama saya tunggu, kemudian saya cuba mencari di sana tadi saya tak nampak kelibat cik Kylia," tersekat-sekat dia bercerita.

" Shit! bodohnya kau ni Volder! Aku bagi kerja simple pun susah. Perempuan seorang pun tak tahu nak jaga. Hei Volder, baik kau cari dia sampai dapat kalau tak... awas kau" aku tidak menghabiskan ugutan aku.

"Baik boss," balas Volder.

Aku mendengar suara Volder yang ketakutan. Ya dia harus takut kerana dia tahu siapa Daniel yang sebenarnya.

Talian telefon aku putuskan dan segera aku mendail nombor telefon Bagas.

"Bagas, masuk sekejap." Arah ku.

Meja ku ketuk perlahan menggunakan ballpoint pen, bergema perlahan ruang kerja ku. Sekarang aku masih di ofis milik anak syarikat Rodrigaz Corp. Ku pusingkan badan menghadap luar bangunan yang hanya di pisahkan cermin transparent.

"Argghh!!!" Keindahan awan dan bangunan yang ada di luar pun tak mampu menenangkan aku.

Tadi pagi Kylia memang meminta izin aku untuk teman Mak Swi pergi mall tapi tak kan time tu dia rancang nak larikan diri. Dia dah lah masih belum sihat lagi aku tengok atau pun...

"Layes...." tuturku

Aku tahu Layes masih ingat pada Kylia dan kotak ugutan yang Kylia terima itu pun mungkin daripada Layes, aku dah upah penyiasat untuk menyiasat siapa yang berani-beraninya ganggu Kylia ku tetapi masih belum dapat aku terima sebarang berita dari penyiasat yang aku upah.

Aku berasa tak sedap hati, betul ke dugaan aku yang Kylia kena culik? Atau Kylia memang dah larikan diri? Perasaan takut menyelubungi aku, aku takut kehilangan Kylia, cukup 15 tahun yang lepas aku terpaksa meninggalkan dia.

Pintu ku di ketuk dari luar dan Bagas masuk ke dalam selepas aku memberi kebenaran.

"Ye tuan?" Bagas sudah menunggu arahan dari ku.

"Sediakan helicopter secepatnya, aku nak balik ke kota. Kylia dah hilangkan diri, aku nak kita pergi berjumpa dengan Layes."

Ku lihat Bagas menunjukkan wajah terkejut tetapi di kawalnya dan dia mengangguk, dia mengeluarkan telefon di poket dan bercakap dengan orang di sana.

"Tuan, kita boleh gerak dalam masa 15 minit lagi," Bagas memberitahu ku.

"Bagus, kau boleh keluar aku nak kemas meja aku ni dulu." Aku meneruskan pekerjaanku yang tergendala.

Ingatan ku kembali ke peristiwa aku mengumumkan perkahwinan aku.

Aku melihat Kylia yang melangkah masuk ke dalam dewan ini dan yang paling tak ku sangka dia bersama Layes! Meski dah lama aku tak berjumpa dengan Layes tapi aku tahu itu Layes, dia tak banyak berubah sejak dulu cuma tanda kedewasaannya terserlah.

Di sebelahnya Kylia, oh Kylia ku. Cantik sungguh dia malam ni, tak sia-sia aku meminta Desi make over dia.

Dengan baju putih cream bercorak bunga panjang ke bawah dan tiada sebarang lapisan kain di belakangnya. Wajahnya yang menawan, bibirnya yang ranum, merekah, pipinya yang kemerahan dan yang pasti matanya yang galak itu membuatkan ku menginginkan Kylia. Aduh Kylia memang sentiasa membuat miliknya itu keras.

Kau Milik Ku (✔)  By AnaaWhere stories live. Discover now