🌟 105 🌟

1.1K 138 7
                                    

Tak semua masalah boleh diberitahu.

Kadangkala kita nampak dia happy selalu, tapi sebenarnya dia paling sedih.

Mungkin awak tengok dia takde masalah. Atau masalah dia tak berat sangat pun berbanding masalah awak. Sebab tu dia tak cerita atau luah apa-apa pun, sebab semua takkan faham kecuali awak sendiri yang berada dalam kasut dia.

Tapi saya nak ingatkan awak, masing-masing mempunyai ujian/masalah yang berlainan. Mungkin sama tapi tengok macam mana kita kendali dan selesaikan.

Bagi awak, mungkin masalah dia tak seberat awak.

Tapi fikirlah, dia yang menghadapinya seorang diri tanpa memerlukan bantuan sesiapa. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Dia tahu setakat mana kekuatan dia untuk bertahan dan bersabar.

Kadangkala masalah dia bukan pada hal-hal yang lain.

Mungkin dia fikirkan diri dia sendiri. Mungkin dia ada masalah pada diri dia. Mungkin dia terlalu bencikan diri dia sebab dia tak mampu nak happy atau senangkan hati orang lain. Mungkin dia rasa diri dia tak berguna. Apa yang dia buat, semuanya tak betul. Semua tak kena. Alih-alih dia salahkan diri sendiri. Kerana dia rasa dialah punca semua benda ini terjadi. Mungkin dia tertekan pada diri sendiri kerana tak dapat nak bahagiakan seseorang atau family tersayang macam orang lain buat.

Awak takkan nampak semua itu.

Tipulah kalau dia tak cemburu. Bila ada orang tu layan orang baik-baik saja.

Kita taktau betapa struggle nya dalam diri dia tu untuk terus senyum.

Masing-masing mempunyai masalah yang berlainan. Jangan samakan diri kita dengan orang lain. Allah uji kita setakat mana kita mampu untuk hadapi.

Soal memahami...

Awak suruh orang tu faham situasi awak. Awak tertekan dengan dia. Awak marah dan geram dengan dia sebab dia tak faham awak.

Tapi ada awak fikir betapa sedihnya dia bila awak cakap macam tu sedangkan dia telah berusaha dan cuba untuk memahami keadaan awak. Awak takkan pernah fikir. Kerana awak juga tidak pernah akan memahami dirinya. Hanya kerana dia tidak meluahkan apa-apa tentang masalah atau perasaannya terhadap awak dan orang sekeliling. Dia hanya pendam.

Fikirlah. Masalah bukan datang bila kita dah tua.

Tapi dari masalah kecil. Hinggalah masalah besar.

Sedangkan ada kanak-kanak yang taktau apa-apa pun terpaksa pikul ujian yang besar. Yang mungkin kita tak sanggup pikul.

-

Pernah tak kita sebagai anak/ibubapa/kawan tanya soalan pada orang tersayang?

"Ada masalah ke? Kalau ada ceritalah. Jangan pendam. Nanti sakit."

Mesti takde kan? Kalau ada pun jarang. Sebab kebanyakkannya lepas cerita, kena tikam belakang pula. Orang buka aib. Orang tak faham. Dan macam-macam lagi. Kita cerita pada sesiapapun, orang takkan faham. Kecuali mereka sendiri yang merasai apa yang kita rasa. Walaupun mereka pandang masalah kita sebagai masalah yang remeh, tak berat, belum tentu mereka mampu memikulnya. Mulut sahaja yang berkata. Melakukannya belum tentu.

So, lebih baik kita diam. Pada Dia saja kita mengadu. Kerana Dia juga Maha Mengetahui segala-galanya.

Teruskan kuat.

Depression. [Quotes] Where stories live. Discover now