Bab 34

8.1K 380 22
                                    

"Maaaaa... tak nak..."

Aku tekup muka menahan tawa melihat Rika yang beriya tak nak masukkan tangan ke dalam bekas terakhir. Semua semakin terhibur dengan tingkahnya. Aduhai, mudah-mudahan balik ni dia tak disahkan menghidap penyakit jantung atau kurang air. Dia dah menangis.

"Macam mana kalau dalam tu ada lipas?! Aku dapat rasa haiwan tu bergerak tahu?!" Menangis tapi marah.

Nora memujuk. "Mana ada. Jadilah berani sikit."

"Kamu boleh buat, Rika. Mak cik sokong!" Memang datin dengan Mama Mirah ni ialah penyokong tegar kami. Sejak tadi mengangkat tangan memberikan sokongan.

"Go Rika, go Rika!" Chris turut menyokong. Menggoyangkan badan seperti ahli sorak tangkap muat.

Akhirnya dengan tangisan yang makin kuat, Rika kembali memasukkan tangannya ke dalam bekas. Nampak kelam kabut ingin mendapatkan bola sehingga aku rasa bekas tu macam nak pecah.

Dan dia berjaya.

Aku terus memeluknya ingin menenangkan. Ini yang sering aku lakukan setiap kali berkumpul untuk bermain permainan ni bersama geng. Dia mengesat matanya dengan rungutan.

"Korang memang suka kenakan aku."

Aku menahan tawa. "Nak ikut buat apa?"

"Dah rancangannya macam ni."

Aku menggelengkan kepala. "Dah, jadi kuat sikit. Cengeng betul!"

Dia tersenyum nipis. Tidak lama kemudian tiba giliranku. Nora dan Rika sudah duduk menyertai mereka di hadapan. Tinggal aku sendiri dekat sini. Ingin mengajak Nora temankan tapi nanti apa kata Haril? Sejak bila Khalisya ni kenal rasa takut?

Tak mahu, tak mahu!

Sebelum tu aku memandang Rika. Memandangkan dia sudah tahu apa yang ada dalam bekas ni, dia terus menekup wajah sebelum tergelak sendiri. Berbisik dengan Nora dan tergelak lagi. Maksudnya tu apa? Gelak sebab malu atau gelak sebab tak tak percaya.

Dengan ucapan basmallah, aku memasukkan tangan ke dalam bekas pertama. Teragak-agak juga tapi memaksa minda untuk bayangkan yang dalam bekas ni hanya ada kapas. Berjaya! Aku dapat bola dan beralih ke bekas kedua. Bekas ni mereka kata tadi ada air.

"You can do it, Nara! It's just the water!" Itu dua penyokong tegar. Tak lain tak bukan, Mama Mirah dan datin.

"Tak ada yang bahaya, sayang." Papa pun bersuara sebelum tergelak. Dato Ibrahim hanya tersenyum, tak banyak cakap.

Aku masukkan tangan.

"Kiri sikit." Nora membantu.

Tangan aku gerakkan ke kiri dan sepantas kilat aku keluarkan tangan dengan jeritan. Pecah ketawa mereka melihat reaksiku.

Rasa nak mencarut! Apa benda yang lembut sangat ni? Betul ke dalam ni ada ulat? Mata aku pejam sambil menghentak kaki. Minda gagal membayangkan kapas tapi semua benda yang ada dalam air. Katak?

"Apa benda ni?!" Tak sedar aku menjerit.

Haril pantas menyembunyikan wajah di belakang Datin Kina. Macamlah aku tak tahu dia tengah gelakkan aku. Badan bergegar menunjukkan seronok dia gelakkan aku. Ish!

"Tak menakutkan langsunglah, Nara." Benjamin kemam bibir.

Aku menjelingnya tajam. "Kau tak rasa apa yang aku sentuh tadi!"

"Tapi aku dapat tengok benda apa dalam bekas tu." Lancar saja dia menjawab.

Aku mengeluh. Okey, tenang. Kapas, kapas, kapas dan kapas. Tangan aku masukkan kembali. Gigi aku ketap kuat menahan diri daripada mengeluarkan tangan sebelum mendapatkan bola.

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now