MHS : 40

10.2K 517 135
                                    

ENCIK RAZLAN
Pak Ngah nak jumpa Lia.
Pak Ngah on the way ke rumah mak mertua Lia. Lia ada di sana, kan?

Erisha mengesat air matanya saat terbacakan mesej itu. Seakan kebetulan, setiap kali sejarah derita hinggap di fikiran, lelaki ini satu-satunya yang setia hadir.

Dia lantas bangun menuju ke bilik air.

"Nak pergi mana?" Tangannya ditahan pantas.

"Awak dah bangun?" Lelaki itu mengangguk lalu memejamkan mata semula.

"Teman aku kejap," pintanya sambil mengemaskan pegangannya di tangan Erisha demi menghalang Erisha dari terus melangkah.

Tanpa banyak bicara, Erisha turun ke sisinya. Bantal tadi, dia raih semula. Ketika Erisha hendak mengangkat sedikit kepalanya, dahi Tengku Hael berkerut.

"Awak saya sorry, kasar sangat ke saya angkat?" Tengku Hael menggeleng. Bukan salah angkat ke apa, tetapi kepalanya memang terasa sakit sedari pagi tadi.

"Kepala aku pening dari pagi tadi," beritahu Tengku Hael perlahan. Dia menolak bantal itu ke tepi lalu melabuhkan kepalanya di atas paha Erisha.

"Awak demam lagi ke?" Tangan Erisha langsung hinggap di dahinya. Tak panas.

"Taklah, mungkin pening sebab... tak tidur sebelah kau tadi." Dia senyum nakal.

"Awak tipu la. Sakit kepala betul-betul baru tahu!" Erisha memberontak geram.

Tak sampai sesaat mengamati, hatinya sudah terasa tenang. Tengok kau, sakit pun boleh hilang.

"Okey aku serius, memang kepala aku sakit." Sungguh indah pandangannya saat ini. Tidak ingin detik ini pudar.

Dia mencari kebenaran dalam patah kata itu. Muka yang ditatap itu ternyata sedikit pucat. Bagaimana dia boleh tak sedar muka itu pucat? Erisha keluh berat di dalam hati.

"Awak tak makan ke malam tadi sebelum tidur?" soal Erisha lalu tangannya turun memicit dahi Tengku Hael. Nadanya kedengaran gusar.

"Aku makan dah dekat resort masa aku masuk kerja petang semalam."

Dia mahu menampar dada bidang suaminya tetapi lelaki itu lebih tangkas menangkap pergelangan tangannya.

"Nasib sempat. Kau ni Risha, bukan sakit kepala je, boleh sakit jantung tahu tak?" Membulat matanya meski sudah menduga tindakan Erisha. Tangan itu berbisa. Cukuplah menyaksikan dulu tangan itu menghinggap kuat pada orang lain.

"Dah tu awak last makan waktu petang semalam tau. Sekarang dah pagi, mana tak pening jadinya? Awak ingat bila awak dah makan ibarat rasa kenyang akan berakhir macam tarikh luput makanan tu ke?" Tanpa perlu menunggu leteran itu panjang, Tengku Hael sudah tersengih melihat mulut isterinya itu terkumat-kamit. Apatah lagi mendengarkan bait patah itu.

"Kenapa awak senyum!" Meleret suara itu mula mendongkol geram dengan reaksinya.

"Kau ni comel la," puji Tengku Hael tidak tertahan melihat sikap si isteri sama seperti dulu waktu mereka bercinta. Riak wajah, suara menggusarkannya itu yang selalu menjadi kerinduan di hati.

Dalam cemberut muka, masih lincah jarinya mengurut dahi ini. Dia hentikan seketika sebelah tangan Erisha, dia kucup lama tangan itu.

"Malam tadi aku makan dah. Pening kepala biasa la, dengan fikir pasal masalah keluarga aku lagi," jelas Tengku Hael sebetul-betulnya. Dia sengaja mahu bermesra dengan Erisha tadi.

"Cuba fikir masalah saya pulak, saya yang suka awak ni?" Senyuman Tengku Hael terukir lebar tatkala suara lunak Erisha menyapa halwa telinganya. Rentak suara itu dia faham. Pasti Erisha mahu menguji tahap rasa sayangnya.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now