Bab Satu

42 1 0
                                    

"Hai." Sapa Afina Kamelia pada orang sebelah.

"Hai." Balasnya kembali.

"Kau dari mana?"

"Study or what?"

"Both."

"Aku tinggal area sini je. Dulu study kat Kolej Mara Kuala Nerang. My name is Aisyah Humaira and you?"

Ain tersenyum gembira. Nampaknya ada jugak pelajar asasi sepertinya di sini. Jadi dia bukan keseorangan dari asasi Universiti Kuala Lumpur dalam mengejar segulung ijazah.

"Kau boleh panggil aku Afina, Afina Kamelia. Asal Selangor and dulu aku study dekat Kolej Mara Kulim."

Afina kembali diam. Dia memikirkan perihal bilik, ahli-ahli bilik dan macam-macam lagi. Sebenarnya, sebelum menyambung ijazah di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute, dia terlebih dahulu menghabiskan semester tiga asasinya disitu. Syarat untuk lulus semester tiga asasi, dia hendaklah 'practical' di situ selama sebulan sebagai persediaan untuk mereka menyambung ijazah mereka nanti. Afina tidak kekoh malah dia sudah arif akan selok belok kampusnya itu. Manakan tidak, selama 'practical', Afina banyak menghabiskan masa seorang diri kerana nasib tidak menyebelahinya. Dia adalah satu-satunya perempuan dari asasinya yang ingin meneruskan ijazahnya di situ. Yang lain semuanya lelaki dan dia bukannya jenis peramah. Dia lebih selesa mendiamkan diri dan buat haluannya sendiri. Jika mereka mengajaknya kemana-mana baru dia akan ikut.

"Nanti kita bilik sekali nak?" tegur Aisyah tiba-tiba.

"Okay jugak tu. Lepas ni kita pergi daftar bilik terus lah."

Mereka berdua terus bangun apabila nama mereka dipanggil dan dikehendaki ke pejabat asrama untuk mendapatkan kunci bilik.

"Kau cuba tengok budak perempuan depan kita tu?" Aisyah sedikit berbisik di telinga. Afina hanya membalas dengan mengangkat kening.

"Macam sombong je."

"Taktahu nak cakap, tak kenal lagi." Afina hanya menjonget bahu. Betullah. Orang kata 'don't judge a book by its cover'.

Ain hanya menggu di kerusi apabila nama Hana dipanggil kan kemudiannya baru namanya. Dia bingkas bangkit dari kerus dan terus ke kaunter. Tingkat empat. Ini mau boleh kurus tiap-tiap hari panjat tangga.

"Jom."

"Mana?" Aisyah terpinga-pinga.

"Bilik lah."

"Jom."


MEREKA berdua berehat sebentar setelah penat mengangkat barang dari bawah naik ke tingkat empat. Penat tu tuhan je yang tahu. Dengan bagasi lagi, kotak lagi. Ini kalau tak kurus jugak tak tahu lah.

"Jangan sampai tertidur sudah lah. Ini kalau terlelap ni mau pagi esok pulak bangun. Letih." Sambil tangan mengemas baju dari dalam bagasi di bawak keluar masuk ke dalam locker, sambil itu juga Aisyah tidak habis mengingatkan Afina supaya jangan tertidur. Selepas maghrib nanti akan bermulanya sesi orientasi.

"Aku tak pernah suka orientasi." Afina menutup mukanya dengan bantal. Menjerit tak puas hati.

"Siapa je yang suka. Aku kalau boleh nak mula kelas terus."

"Semangatnya kau Aisyah." Afina bangun dari pembaringan menuju ke locker. Dibuka. Habuknya. Dia lantas mengambil tisu basah dan mula mengelap locker.

"Bukan soal semangat atau tak, kita tak tahu lagi apa yang diorang nak buat kat kita. Buatnya dibulinya kita kan dah tak pasal-pasal."

Tangannya berhenti mengelap. "Janganlah."

Hana hanya ketawa melihat reaksi wajah teman sebiliknya itu. "Aku rasa diorang baik je."

"Harapnya lah."

Pintu dikuak dari luar. Sorang lagi teman sebelik mereka.

"Em...hai." Hana menyapa dulu. Afina hanya menghadiakan senyuman. Budak perempuan tadi masa kat pejabat asrama tu. Matanya mencari Hana. So? Soalnya dalam diam. Hanya mata berbicara.

"Hai korang. Sorry tadi tak sempat nak tegur. I Nurina by the way."

Afina pandang Aisyah lagi. Kan aku dah cakap. Aisyah dah buat muka bersalah. Itulah awal-awal lagi dah judge orang. Nurina ni okay je. Setakat ni lah.

"I'm Afina Kamelia."

"I'm Aisyah Humaira."

"Nurina umur berapa?" giliran Afina bersuara. "Sorry, not to be rude tapi kitaorang tak tahu nak bahasakan diri apa sebab takut umur Nurina berbeza dengan kitaorang so...."

"Takpe. Umur Nurina dua puluh satu. Korang pulak?"

"Afina dua puluh and Aisyah baru sembilan belas."

"Oh I see. Korang takyah panggil Nurina kakak pun takpe. I don't mind."

"Okay." Afina dan Aisyah bersuara serentak.


Hanya KamuWhere stories live. Discover now