Puan Kim menyusun bunga-bunga dihalaman rumah. Sedikit semburan air diberikan kepada pokok bunga yang dirasakan layu. Dia menghidu bunga kegemarannya, bunga ros yang segar. Kemudian, kedengaran kereta Audi A7 memasuki garaj. Puan Kim tersenyum. Anak tunggalnya dah pulang.
" Eommaaaaa.. " Taehyung berlari anak menghampiri eommanya. Chup! Chup! Pipi kiri dan kanan eommanya dicium sekilas lantas tubuh tua itu dipeluk.
" Tae, ada surat untuk kamu. Ada atas meja makan tu. Pergilah tengok. " Puan Kim memuncungkan bibirnya kearah dalam rumah. Taehyung mengangguk dan segera berlari ke meja makan. Sampul putih bercop kerajaan menjadi tanda-tanya. Lantas surat itu dibuka dan isinya dibaca.
Kehadapan Encik Kim Taehyung,
Tahniah! Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan Encik untuk menjadi tenaga pengajar di Universiti Seoul telah diluluskan. Kami berharap Encik dapat melaporkan diri seminggu selepas surat ini diterima.
Berkhidmat untuk negara,
Sekian terima kasih.Taehyung tersenyum. Finally! Dia berlari kembali ke laman rumah dan menghampiri tubuh eommanya.
" Eomma! Tae dapat jadi pensyarah kat Uni Seoul! " jerit Taehyung, gembira. Puan Kim juga tersenyum. Dia menepuk bahu anaknya.
" Baguslah! Kamu pun dah lama nak mengajar kan? Habistu, siapa yang nak jaga syarikat? " gusar Puan Kim. Jika Taehyung mengajar, siapa yang nak menjaga perniagaan mereka?
" Tae juga yang handle. Takpe! Jadi CEO ni setakat tandatangan proposal je. Pastu lawat site. " Taehyung mengenyitkan matanya. Puan Kim menggeleng.
" Cantik muka kamu! Dulu papa kamu pun macam nak mati kerja jadi CEO ni! Eomma rasa apa kata kamu bagi sepupu kamu handle syarikat? Sementara kamu mengajar ni. " cadang Puan Kim. Taehyung berkerut memikirkan perkara itu.
" Nak bagi Junmyeon handle syarikat ke? " soal Taehyung. Puan Kim mengangguk. Junmyeon pun nampak ciri-cirinya sebagai seorang CEO.
" Okay. Nanti Tae bincang dengan dia. " Puan Kim mengusap lembut rambut anaknya. Senyuman tua terbit di bibir.
" Tae... dah berhenti jadi gangster ke? " soal Puan Kim, perlahan. Serta-merta muka Taehyung berubah.
" Syarikat akan hancur kalau Tae berhenti jadi gangster. "
" Tapi eomma tak nak Tae jadi macam mendiang papa. Tae nak ke mati kena bunuh dengan gangster tu? " kerisauan diluahkan. Suaminya mati 4 tahun lepas kerana dibunuh oleh musuh mereka. Hati ibunya melarang Taehyung mengikut jejak langkah suaminya, namun hampa.
" Eomma, Tae janji akan jaga diri. Tae takkan jadi macam papa. Tae tak cari gaduh. Tapi papa cari gaduh. Tae tak bunuh orang. Tapi papa ya. Itu bezanya kami. Harap eomma faham. " Taehyung mengelus lembut tangan eommanya lantas dahi itu dikucup. Dia menapak ke keretanya kembali. Dengan perlahan, kereta Audi A7 itu meninggalkan perkarangan rumah banglo keluarga Kim. Dengan mata yang sayu, Puan Kim hanya memerhatikan anak bujangnya berlalu pergi. Dia tak sanggup kehilangan seorang lagi lelaki dalam hidupnya.
~~~~~~~~~~
Aku menyandang beg ke bahuku. Langkahku mulai longlai selepas menempuh 4 jam kelas biologi sebentar tadi. Cikgu Jun tu pun satu! Dah nak terberanak pun masih gigih nak mengajar 4 jam straight!
" Woi Min! " tegur seseorang. Dia menepuk bahuku. Aku berpaling dan mengangguk. Sahabat tak berapa karibku, Kim Jeena. Merangkap adik kepada Jongin.
" Ha Jeena. Apa dia? "
" Masam semacam je. Ada masalah ke? " soal Jeena. Dia memandangku, risau. Memang aku ada masalah, Jeena. Sebab abang kau. Hatiku mengeluh.
" Penat kelas tadi. 4 jam straight weh. Naik patah tulang belakang aku. " jawabku. Senyuman tawar diberikan.
" Haahlah weh. Aku pun sama! Kau tahu tak, minggu depan ada pensyarah baru! Dia ganti Cikgu Jun tu lah. Dalam 4 bulan. " riak muka Jeena jelas ceria. Aku pulak yang pelik. Setakat pensyarah ganti. Apa yang nak dihairankan?
" Yang kau happy sangat kenapa? " soalku. Kepala Jeena ditunjal perlahan. Gadis itu mencebik.
" Sebab pensyarah tu handsome! Dengar kata single lagi. Hehehehehe. " Jeena tersenyum lebar hingga ke telinga. Keletahnya membuatkan aku tergelak. Guys, tolonglah ambil Jeena ni sebagai girlfriend! Dah terlampau loner ni.
" Oh yeke? Nama dia apa? Mana tahu aku kenal. " selorohku. Tak mungkinlah aku kenal pensyarah baru tu. Gelakku sendirian.
" Nama dia Kim Taehyung. " aku ternganga. Aku tak silap dengar. Uish takkanlah! Mamat tu takkan mengajar kat sini. Aku menggeleng laju kepalaku.
" Yang kau geleng bagai ni kenapa? Dia memang Kim Taehyung. Profesor lelaki. Single lagi. Ha yang aku dengar tadi, umur dia 25 tak silap. " Sah! Memang Kim Taehyung tu! Aku dah menggeleng sekali lagi dan terus menapak meninggalkan Jeena yang terpinga-pinga.
~~~~~~~~~~
Jongin POV
Aku melabuhkan punggung di sofa empuk bilikku. Mulutku tak habis mengeluh. Kata-kata Mingyu bagaikan menjeratku ke permainan yang lebih menyesakkan. Kelopak mataku mulai basah dengan air mata. Bodohnya aku! Mempermainkan orang yang aku sayang.
Flashback
" Am I pretty? " soal Minyoung. Aku mengangguk laju. Gadis dihadapannya sangat jelita. Geram! Rasa nak peluk je.
" Jomlah! Kita dah lambat. " ajakku lantas membuka pintu kereta untuknya. Gadis berdress biru itu melangkah dengan berhati-hati kedalam keretaku.
" Tadi kau kata ni birthday party siapa? " soal Minyoung. Aku yang sedang memandu, segera berpaling padanya.
" Sehun. Dia ajak aku, tapi segan pula nak pergi sorang. Nanti semua datang bawa awek. Aku pula bawa diri. " Minyoung tergelak halus. Aku hanya tersenyum memandang wajahnya. Comel!
" Oh kira aku jadi awek kau lah ni? Beres, boss! " Minyoung mengangkat tabik. Aku tergelak.
" Alright hambaku. " balasku, seloroh. Tanpaku sedar, aku sedang mempergunakan gadis disebelahku. Ya, aku yang letakkan ubat tidur dalam airnya. Dan aku cuma gunakan nama Sehun sedangkan ini cuma mahu memerangkap Taehyung. Sebaik sahaja gadis itu mulai pening kepala, aku membawanya ke bilik ditingkat atas.
Fikiranku berkelodak memikirkan tindakan ini. Tapi, aku tak mahu kepalaku dipancung oleh Mingyu. Selepas 5 minit meninggalkan Minyoung terbaring didalam bilik, aku lihat seorang lagi orang suruhan Mingyu membawa Taehyung ke bilik yang sama. Air mataku menitis. Namun tiada apa yang boleh aku buat.
End Flashback
Mengingatkan benda itu boleh membuatkan hati aku merana. Aku mahukan kepercayaan Minyoung semula. Mustahil Taehyung akan mengahwini Minyoung. Dia tahu gangster itu tak akan bertanggungjawab. Dia yakin.
YOU ARE READING
Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓
FanfictionGangster? Abang Long? Itulah gelaran yang diberi kepada Kim Taehyung. Hidupnya aman bagaikan nakhoda kapal sebelum gadis ini datang membawa ombak besar! " Selama 4 tahun aku jadi gangster ni, tak pernah aku tiduri perempuan. Tapi semalam... " - K...