23

102 2 0
                                    

Aryan : Aryan habis kelas lambat hari ni. Nanti kita jumpa eh. Take care sayang ❤️

Fia membaca mesej dari buah hatinya itu.

Fia : Okay, take care too ❤️

Fia melepaskan keluhan. Matanya kembali memandang ke hadapan. Hari ni landasan kapal terbang tidak sesibuk seperti hari-hari yang sebelumnya. Hanya beberapa kapal terbang sahaja yang kelihatan yang bersedia untuk berlepas ke udara.

Jam menunjukkan pukul 5.20 petang namun suasana di sekitar Taman Universiti itu hanya lengang tidak dipenuhi para pelajar yang ingin beriadah. Fia yang bertudung kelabu, berblouse biru gelap dan berseluar jeans hitam hanya duduk di bangku sambil melihat pemandangan di sekitar taman dan lapangan terbang di hadapannya itu.

Angin menghembus perlahan ditemani cuaca yang redup dan tenang. Fia kembali menyelak bukunya untuk sambung mengulang kaji. Beberapa hari ini Fia lagi gemar untuk belajar di taman berbanding di dalam biliknya. Fia kembali tekun menghadap bukunya tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang di situ.

"Assalamualaikum miss pilot," tegur seseorang.

Fia yang khusyuk mentelaah bukunya itu terus mengangkat kepala sambil menjawab salam.

"Waalaikummussalam.."

Fia melihat orang tersebut lalu memberikan senyuman.

"Eh hai Daniel," tanya Fia.

Daniel yang masih berdiri berjalan mendekati Fia yang sedang duduk itu. Dia memberikan senyuman dan melambai tangannya kepada Fia.

"Eh duduklah," pelawa Fia sambil mengalihkan buku di sebelahnya dan mengesotkan badannya sedikit untuk memberi ruang kepada Daniel.

"Takpe ke?" tanya Daniel.

"Duduk je," balas Fia.

Daniel pun mengambil tempat di sebelah Fia.

"Saya kacau awak ke?" tanya Daniel.

"Emm kacau la jugak," balas Fia sambil tersenyum.

Daniel tergelak.

"Kalau macam tu saya pergi dulu la," kata Daniel bersedia untuk bangun.

"Eh, saya main-main je la. Duduk je la. Tak kacau pun," kata Fia cuba menahan Daniel.

"Fia buat apa tu?" tanya Daniel.

Daniel memandang ke arah Fia yang masih lagi memegang bukunya.

"Study sikit ni. Next week ada test," balas Fia.

"Ouh, banyak lagi ke yang nak kena study?"

"Takde la, sikit je lagi ni," balas Fia sambil memandang Daniel.

Daniel menganggukkan kepalanya.

"Kenapa tak study dekat bilik?" tanya Daniel lagi.

"Saja tukar angin, bosan la study dekat bilik je," balas Fia.

"Eh awak buat apa dekat sini?" tanya Fia pula.

"Saja nak jalan-jalan. Bosan jugak duduk dekat bilik," balas Daniel.

Fia tersenyum.

"Takde test ke? Sekarang kan musim test,"

"Takde pun," balas Daniel sambil tersenyum.

"Nak saya tolong ke?" tanya Daniel.

"Tolong apa?" tanya Fia keliru.

"Tolong ajar awak mana-mana yang awak tak faham," balas Daniel.

2000 Jam CintaWhere stories live. Discover now