[ 0 . 7 ]

59 3 0
                                    

4 . January . 2008

7 . 15 a.m.

Taehyung memandang wajahnya yang terpancar di cermin itu dengan senyuman lebar. Tak sangka dirinya sudah mula melangkah ke sekolah menengah.

Tali lehernya dibetulkan sekali lagi kerana dia tidak mahu dirinya dianggap selekeh oleh pelajar-pelajar lain sebentar nanti.

" Taehyung-ah, Ryujin kata dia nak pergi sekolah dengan Mika. Kamu pergi sendiri lah ye ? " soal Puan Kim sambil meletakkan nasi ke dalam bekal untuk diberikan kepada Taehyung dan Ryujin.

Taehyung mengeluh kecil. Baru saja dia berhajat untuk pergi ke sekolah menengah pada hari pertamanya dengan Ryujin tetapi gadis itu terlebih dahulu telah pergi dengan Mika.

Takpe, Taehyung. Joohyun sentiasa ada untuk menemani.

" Nah, untuk Tae dengan Ryu. " ujar Puan Kim sambil menghulurkan mangkuk tingkat kepada Taehyung.

Taehyung tersenyum kecil memandang mangkuk tingkat itu kemudian dia menyalam dan mencium pipi Puan Kim.

" Bye, omma ! "

°♡°♡°♡°♡°

4 . January . 2008

7 . 25 a.m.

" Ryujin-ah, aku nak duduk dengan kawan aku boleh ? " soal Mika sambil jarinya menunjukkan ke arah kawannya yang duduk sendirian di bahagian hadapan.

Ryujin mengeluh kecil dengan cebikkan di wajahnya. " Habis tu aku nak duduk dengan siapa ? " soal Ryujin sambil matanya melilau mencari seseorang yang dikenalinya agar mereka dapat duduk semeja.

Mika menjulingkan matanya ke atas kemudian kedua-dua belah bahu Ryujin di pegangnya.

" Kim Taehyung a.k.a bestfriend kau kan ada. Kau duduk jelah mana-mana dulu lepas tu kau ajaklah Taehyung duduk sebelah kau nanti. Tu pun susah ke ? "

Ryujin tergelak kecil mendengarkan cara Mika bertutur itu. Entahlah, bagaikan sedang rap pun ada. Laju sangat.

Ryujin menganggukkan kepalanya laju kepada Mika. " Okay okay. Dah pergilah duduk dengan kawan kau tu. " ujar Ryujin lalu bahu Mika ditolaknya membuatkan gadis itu tergerak sedikit ke belakang.

Mika menjeling Ryujin sekilas kemudian dia mengambil tempat di sebelah kawannya itu. Ryujin pula mula melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi yang masih tidak berpenghuni itu.

Dikeluarkan sedikit kepalanya pada tingkap agar dia dapat melihat keberadaan Taehyung. Tatkala Taehyung mula menghampiri, Ryujin melambaikan tangannya kepada Taehyung.

" Kim Taehyung-ah ! Duduk sebelah aku please. " ujar Ryujin sambil menepuk perlahan tempat duduk kosong disebelahnya itu.

Taehyung menghampiri Ryujin tetapi dia masih tidak melabuhkan punggungnya lagi. Ditenungnya Ryujin lama sambil berpeluk tubuh.

" Kenapa pula aku kena duduk sebelah kau ? Dahlah kau tak nak jalan ke sekolah sama-sama dengan aku. " soal Taehyung sambil mengecilkan matanya memandang Ryujin.

Ryujin mencebik kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alah, terasa ke ?

" Sorry laaa. Okay, kalau kau duduk dengan aku lepas ni setiap hari aku jalan pergi dan balik sekolah dengan kau. Janji ! "

#6 let go  [ C ]Where stories live. Discover now