Bila kita berbicara dengan seseorang yang bukan mahram kita sama ada secara direct atau melalui apps online..
Ianya merupakan permulaan pintu zina buat mereka berdua. Tanpa disedari, perlahan-lahan tangan mereka ditarik oleh syaitan ke lembah yang mereka sendiri tidak sedar.
Bermula dengan soalan ringkas yang dimulakan dari salah seorang mereka, setiap hari dan mungkin boleh dikatakan setiap masa mereka akan berbalas-balas mesej.
Benar, pada mulanya hanya hal-hal berkaitan agama dan kehidupan. Lama-kelamaan, jauh terpesong.
Handal si Syaitan, membuatkan mereka tidak sedar yang mereka sudah terbakar tatkala api sudah marak, hampir separuh memakan diri.
Kerana cinta ZINA, hidup seseorang manusia itu bakal hancur. Hancur dibunuh benih DENGKI, mati dipijak kaki DENDAM.
Sungguh, hidup ini tiada jalan mudah. Bebas kau daripada satu ujian, maka tersedia lagi ujian.
Kau takkan pernah bebas. Kau tahu Kenapa? Kerna SYAITAN takkan pernah berputus asa mengajak kita ke NERAKA.
Cinta itu terbukti dengan perbuatan. Cinta juga diterjemahkan bukan semata-mata dengan kata-kata mainan.
Cinta itu, ikhlasnya tiada tandingan. Kerana CINTA, manusia boleh GILA. Dengan cinta, manusia boleh BAHAGIA.
Dan dengan cinta juga, wujudlah derita dan sengsara. Kawan, ini dunia.
Tiada kebahagiaan yang sebenar dan kekal di sini. Yang ada hanyalah penipuan yang takkan berkesudahan.
Sehingga kau mati.
Dan apa?
Sengsara kau, akan berterusan... andai mati kita bukanlah seperti yang diinginkan.
YOU ARE READING
Kata2
Short StoryIni merupakan kata2 atau apa yang terbuku dari hati kita. Akan aku kongsi serba sedikit pengalaman yang aku ada untuk muhasabah dan sentiasa mengingatkan diri kita... Siapa kita?? Kita adalah hamba Allah dan kita adalah miliknya... untuk ingin memin...