ADIB

43 5 0
                                    

Terperanjat aku bila Lia rupanya berada di Sabah sempena lawatan persatuan debat. Lepas habis tahun akademik, aku tak nampak dia lagi. Cuma satu mesej yang suruh aku teruskan belajar dan sentiasa positif serta salam sayang. Aku hairan tapi pada masa yang sama, aku faham. Itulah Iklil Kamaliah yang aku kenal. Kau akan pelik kenapa dia buat sesuatu tapi kau faham tindakan di sebaliknya.

Sunyi aku. Dia dah macam adik aku pun ada, girlfriend pun ada. Tapi lebih kepada macam seorang isteri. Dia sangat ambil berat pada aku, dah makan ke belum, dah solat ke belum, macam mana tahap anxiety aku, walaupun selalu aku tinggikan suara pada dia. Kalau aku rasa jari dia pada tangan aku, aku rasa kelembutan dan kekuatan mengalih pada masa yang sama. Terbayang-bayang dia tergelak, menangis, tahan marah...

Arwah mak yang pertama selalu pesan, kalau jumpa seorang gadis yang baik hati, sopan, lain daripada yang lain (dari aspek kebaikan), sanggup pahatkan kesetiaan dan sayang kita kerana Allah tak kira berapa lama menunggu, jangan siakan dia. Tanamkan cinta kita dalam hati dia sebab orang macam tu jarang jumpa.

Dan aku jumpa Lia.

Sebelum aku mandi, aku belek surat Lia yang aku simpan cermat dalam buku nota yang dia hadiahkan. Surat yang dia tulis masa konon aku nak putus dengan dia. Dia tulis dengan hati dia, sebab tu semua ayat tu kekal dalam hati dan memori aku.

Padahal kalau fikir balik, apalah yang aku ada? Apalah yang Lia pandang kat aku?

Aku berharap, Lia akan luahkan apa yang terbuku dalam hati dia. Aku pasang azam, lepas habis sem dua ni, aku akan nikah dengan dia. Duit pun nampaknya dalam bank dah agak cukup. Moga dia tak mintak hantaran berdulang-dulang!

***

Tort. Benda yang paling aku minat dah jadi benda yang paling bosan. Agaknya nilah perasaan orang yang ldr ataupun angau. Tiga minggu baru, belum lagi tiga tahun. Tiga belas tahun macam Lia tunggu aku? Rasanya aku tak setabah dia. Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku seorang bidadari yang macam Iklil.

Monotonous life, boring and eventually I think life sucks without her. Kadang-kadang tu teringat pulak bila dia buat ragam pakai berhias semua tu. Dengan selendangnya, tumit tingginya... Dia nak perhatian aku ke apa? Lepas tu masa aku suapkan dia makan, dia tak tertelan sebab terkejut aksi spontan aku.

Kat sini sebenarnya ramai perempuan dari fakulti lain yang usha aku. Alasannya sebab aku ni atletlah, sado lah, suara sedaplah. Jujurnya aku memang suka kalau dipuji. Tapi bila teringat apa yang Iklil katakan, aku sedar yang benda macam rupa paras, kaya harta tak kekal. Ia akan luput. Kalau budi bahasa, sopan, kekal lama.

8.45 malam. Akhirnya aku dapat jugak dengar suara budak ni, dahlah pergi Sabah tak cakap! Aku buat suara ala-ala guru disiplin. "Ha, waalaikumussalam. Ingatkan dah tinggal terus kat Sabah."

Suara dia macam baru lepas menangis. "Badan je kat sini, hati kat sana. Abang sihat?"

"Tak. Dah satu bulan dah, dia makin teruk." Aku cuba nak main mind game dengan Lia. Suara je harap macam pegawai polis, hati berbunga riang! Mulut pulak tahan ketawa. Sakit perut dibuatnya.

"Esok Lia balik KL, tengok abang. Abang kalau sakit, jumpalah doktor. Rehat. Jangan push diri abang sangat. Abang kan baru sembuh? Jagalah diri, Lia risau dengar abang sakit. Jap lagi Lia book tiket flight. Abang tau kan Lia sedih dapat tau abang tak sihat. Seolah-olah Lia pun lemah sama..." sah dia kalah! Kalau debat, aku yang kalah. Suara dia lirih, kemudian diam kejap. "Lia memang rindu abang, tapi abang tak boleh ada kat sini sebab ini perjalanan Lia. Tinggalkan semua kenangan pahit dan kembali kepada abang dengan diri yang terkawal."

Aku ketawa terbahak-bahak. Aduh, ayat dia tu kalah orang kahwin 60 tahun! "Lia, Lia. Aku tak sakitlah. Main-main je. Tak, aku cuma rindu kau. Bukan aku sakit pun."

"Cakap dengan siapa tu?" Aku dengar satu suara lelaki nun di sana. Hmm, siapa tu? "Tunang saya, Kapten," Lia jawab. Aik, Lia ni pergi tenangkan minda ke atau jadi tentera laut? "Oh, maaf saya ganggu. Esok jangan lupa. Saya tunggu."

"Siapa tu?" Aku keraskan suara. Ni memang aku betul-betul serius.

"Oh, dia Kapten Faizal, dia cakap esok nikah bawah pedang. Malam ni malam berinai. Esok dah jadi isteri orang. Oklah, roger and out."

Comeback Lia lagi power!

Ldr? Mungkin ya...

Sentiasalah berikan masa pada pasangan selagi korang belum terikat. Janganlah kongkong sangat. Dia masih lagi boleh tenangkan fikiran. Berikan dia masa dan ruang sendiri. Ada masa, boleh luah. Ada masa, setel sorang.

Hailah, sweetnya Adib dapat Iklil. Sis ni belum tahu lagi...

PERTAMA, TERAKHIR Where stories live. Discover now