ASMA HUSNA 13 AL-MUHAIMIN
AL-ASMAA’ AL-HUSNAA 13
( الأَسْمَاءُ الحُسْنَى )
13 - ( المُهَيْمِنُ )
DALIL NAMA ALLAH AL-MUHAIMIN :
هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ .... ( الحَشْرُ / 23 )
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Maha Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, ............. ( Al-Hasyr : 23 )
MAKNA AL-MUHAIMIN :
Nama Allah ( المُهَيْمِنُ ) : Al-Muhaimin, mengandungi Sifat Allah ( الهَيْمَنَةُ ). Dan makna asalnya ( الحِفْظُ ) : Memelihara, ( الاِرْتِقَابُ ) : Mengawasi ; Jadi jika disebut ( الهَيْمَنَةُ عَلَى الشَّيْئِ ) maka maknanya ( السَيْطَرَةُ عَلَيْهِ ) : Menguasai sesuatu, ( وَحِفْظُهُ وَالتَّمَكُّنُ مِنْهُ ) : memeliharanya dan menguasainya ; Ia juga membawa makna ( الشَّهِيْدُ ) : Maha Menyaksikan dan ( الأَمِيْنُ ) : Maha Pemberi Keamanan, iaitu Maha Memberi keamanan kepada sesiapa yang merasa takut ; ( المُصَدِّقُ ) : Yang Maha Membenarkan ; dan ( العَال عَلَى الشَّيْئِ ) : Yang Maha Tinggi mengatasi segala sesuatu.
Abdullah Bin Abbas RA berkata [1] : Selain ( المُهَيْمِنُ ) mengandungi makna ( الشَّهِيْدُ ) : Maha Menyaksikan, ia juga membawa makna ( الأَمِيْنُ ) : Maha Pemberi Kepercayaan, sebagaimana firman Allah :
Dan Kami telah menurunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu. ( Al-Maidah : 48 )
Maksudnya : Al Quran adalah ukuran untuk menentukan benar tidaknya ayat-ayat yang diturunkan dalam kitab-kitab sebelumnya.
Abdullah Bin Abbas RA berkata [2] : ( مُهَيْمِنًا ) :Muhaiminan dalam ayat ini membawa maka ( شَاهِدًا ) : Sebagai saksi ; atau ( حَاكِمًا ) : Sebagai hakim ; ( أَمِيْنًا ) : Yang boleh dipercayai : Semua pandangan ini membawa makna yang hampir sama. Jadi Al-Quran dinamakan dengan nama ( المُهَيْمِنُ ) sebab Al-Quran adalah kitab yang amanah mengandungi ketetapan sebagaimana kandungan kitab-kitab sebelumnya, ia menjadi saksi terhadap kitab-kitab sebelumnya, jika kandungannya bersesuaian dengan Al-Quran maka boleh diterima tetapi jika ternyata kenyataannya bercanggah dengan Al-Quran maka ia mesti ditolak, ia juga sebagai hakim yang menentukan dan rujukan semua kebenaran. Adapun pandangan yang mengatakan bahawa perkataan ( مُهَيْمِنًا ) disini dengan makna Nabi Muhammad SAW maka dari sudut maknanya adalah sahih (benar), tetapi tidak tepat dari susut tafsirannya. Yang benar dan sahih dalam hal ini adalah pandangan yang pertama iaitu nama itu merujuk kepada nama atau sifat bagi kitab Al-Quran.
Syeikh Abdul Rahman Al-Sa'diy berkata [3] : Al-Quran dinamakan dengan (المُهَيْمِنُ ) kerana Al-Quran mengandungi segala pokok-pokok ajaran Allah dalam kitab-kitab Allah terdahulu. Al-Quran sebagai saksi terhadap kitab-kitab langit terdahulu. Segala yang dipersaksikan oleh Al-Quran akan kebenaran ajaran kitab-kitab langit itu maka ia maqbul yakni boleh diterima, tetapi jika ia bercanggah maka ia mardudyakni wajib ditolak, sebab saat ini sungguh banyak unsur-unsur penyelewengan dan penambahan yang terdapat dalam kitab-kitab langit terdahulu. Hanya Al-Quran sahaja sebagai kitab langit yang mendapat jaminan dari Allah SWT sebagiaman firman-Nya :
KAMU SEDANG MEMBACA
Asmaul Husna
Spiritual"Dia yang mengetahui dengan amat teliti segala sesuatu dari segi jumlah dan kadarnya, panjang dan lebarnya, jauh dan dekatnya, tempat dan waktunya, kadar cahaya dan gelapnya. Bahkan jumlah nafas yang dihela dan dihembuskan semua makhluk diketahui de...