'iridescent 》 02

14 5 0
                                    


“Bye!” Ailee memeluk erat sahabatnya itu. Siapa lagi kalau bukan Naufa dan Mia.

“Tak payah lah sedih. Kitorang pergi class je. Habis class kitorang datang sini, okay?” kata Mia. Nak tak nak Ailee terpaksa mengangguk.

Balutan dimata Ailee telah pun dibuka oleh doktor semalam. Tapi keadaan masih sama. Pandangannya tidak berwarna.

“Datang tau nanti.” pesan Ailee. Mia dan Naufa mengangguk.

“Kau boleh kan jalan balik pergi kat katil kau?” tanya Naufa. Ailee mengangguk. Dia menunjukkan sign 'okay'.

Ailee pun berjalan sambil memegang dinding ke wadnya. Biasa lah tu kalau terlanggar kerusi.

“Nak pergi mana tu?” tanya seseorang. Ailee agak terkejut. Suara nya yang garau itu agak familiar bagi Ailee.

Tapi siapa?

“Tak ingat saya ke?” tanya orang yang sama. Ailee mula cemas. Dia mempercepatkan langkahnya sehingga dia terhantuk pada dinding.

“Ni saya lah, Amar.” ujar Amar. Ailee memukul lengan sasa Amar akibat geram yang melampau. Mati-mati ingatkan Amar ni penculik.

“Jangan main-main lah!” kata Ailee separuh menjerit. Amar cuba untuk menahan tawanya daripada terlepas. Dia suka menyakat Ailee. Bagi Amar, Ailee kelihatan comel dimatanya.

Jatuh suka? Jatuh cinta? Cinta pandangan pertama?

Mungkin.

“Sorry. Meh saya bawak awak pergi wad awak.” pelawa Amar. Amar memanjangkan lengan bajunya lalu memegang tangan Ailee erat. Dia memimpin Ailee ke wadnya.

Ailee pula tergamam. Lelaki selalu akan mengambil kesempatan untuk membuat skinship dengan perempuan. Tapi tidak bagi Amar. Ada lagi rupanya lelaki yang menjaga batasan.

“Thank you.” ucap Ailee lalu duduk diatas katil wad. Amar meniliti setiap sudut wajah Ailee. Sama seperti semalam, cuma hari ini dia dapat melihat mata Ailee.

“Ailee.” panggil Amar. Dia takut nak bertanya soalan kerana takut Ailee terasa atau masih tidak boleh menerimanya.

“Ye, saya.” sahut Ailee. Amar menarik nafas lalu menghembusnya keluar.

“Macam mana awak boleh...err...buta?” tanya Amar. Suasana agak sunyi. Mungkin dia tersalah tanya.

“Kalau awak tak nak bagi–”

“Tak pe. Saya nak bagitahu.” Ailee memotong ayat Amar. Sampai bila dia mahu duduk dalam kesedihan tanpa beritahu perkara sebenar.

Naufa dan Mia pun belum tahu sebab dia menjadi buta. Dia tak ada kekuatan untuk luahkan semua itu. Entah kenapa dengan Amar, berbeza.

Dia rasa selamat berada disamping Amar.

//Flashback//

“Teman lah aku kejap. Janji. Sekejap je.” pujuk Ailee. Dia takut pergi ke kafe itu berseorangan. Wajah sahabatnya itu dipandang penuh sinar harapan.

“Aku tunggu sini je. Kau pergi lah. Jangan lama-lama.” jawab Naufa. Ailee mengeluh. Naufa masih tekun memandang laptopnya.

“Okay. Tunggu tau.” Ailee mengambil tote bag nya. Dia segera ke kafe yang dimaksudkannya. Tiba-tiba phone nya berdering.

“Hello.” dia segera menjawab panggilan.

“Kau dekat mana? Kenapa pergi sorang-sorang? Tahu tak bahaya !” tanya si pemanggil. Ailee tersenyum nipis.

“Aku okey, Inshaallah. Mia–”

Mulut Ailee ditekup sesorang dan secara automatik phonenya terlepas dari genggaman. Dia tidak mampu untuk bersuara.

You'll also like

          

“Ailee! Ailee!” Mia menjerit apabila terdengar phone terjatuh. Dia takut jika apa-apa berlaku pada Ailee.

Kenapa kau tak teman Ailee tadi, Naufa? Kalau jadi apa-apa dekat dia macam mana?" Kata Mia risau. Dia berjalan kehulu kehilir memikirkan nasib Ailee.

“Tak payah risau. Dia mesti oka–”

“Okay apa nya? Phone dia jatuh then tiba-tiba aku dengar dia menjerit. Kau rasa apa jadi? Siapa je tak risau?” Mia mula meninggikan suara. Mia buntu.

———

Kepalanya berpinar-pinar. Mata nya dibuka perlahan. Ailee ternganga. Dia sekarang berada di dalam van yang tidak dikenalinya.

“Aku kat mana ni?” tanya Ailee pada diri sendiri. Dirinya sudah mula berpeluh. Takut. Ya, takut yang amat. Takut sekiranya apa-apa terjadi pada dirinya.

“Dah bangun?” tanya sesorang. Ailee menutup mata rapat. Dia terlalu takut.

“K–kau siapa h–hah?” Ailee bertanya dengan sedikit gagap. Terdengar orang itu sedang mentertawakan dirinya.

“Kau tak perlu tahu aku siapa lah. Yang penting kau diam je kalau tak nak cedera.” ujar orang itu.

“Kalau aku tak nak?” tanya Ailee. Niatnya supaya orang itu menjadi panas terbantut apabila orang itu tidak mengendahkan soalannya.

‘Dia tak perasan kan? Cuba lah bukak ikatan ni dulu.’ kata hati Ailee. Dia cuba untuk membuka ikatan ditangannya. Semakin lama, semakin longgar ikatan itu.

Sedang dia leka untuk melepaskan tangannya dari ikatan itu, orang itu memandangnya tajam. Seolah-olah dia tahu bahawa Ailee cuba untuk melepaskan ikatan itu.

“Kau nak buat apa hah?!” orang itu bertanya kasar. Ailee masih lagi cuba untuk melepaskan tangannya dari ikatan itu.

Mereka pun bergelut sehingga si pemandu memandang kebelakang.

“Diam sikit boleh tak?!”jerit si pemandu. Tiba-tiba van tidak dapat dikawal dengan baik lalu terbabas. Tingkap bersebelahan Ailee terkena pada dahan pokok dengan kuat sehingga tingkap itu pecah.

Serpihan kaca itu telah masuk kedalam kedua belah mata Ailee.

“Arghhh!! Sakit!!” Ailee mengerang kesakitan.

———

“Cik Ailee disahkan buta disebabkan oleh serpihan kaca yang masuk kedalam kornea mata Cik Ailee. Kami sudah buat yang terbaik.” kata doktor.

Keluarga Ailee, Mia dan Naufa cuba menerima kenyataan bahawa Ailee sudah tidak boleh melihat lagi. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

“Kalau lah kau ikut dia pergi cafe tu, semua ni tak akan terjadi lah!” jerit Mia. Sungguh sedih yang dirasanya kini.

Perit melihat sahabat baiknya tidak boleh lagi melihat indahnya dunia ciptaan tuhan. Perit melihat sahabatnya menangis kesakitan.

Hanya Allah sahaja tahu perasaannya.

“Aku tak tahu semua ni boleh jadi macam ni.” jawab Naufa pasrah. Dia juga sedih mendengar apa yang terjadi pada sahabatnya.

Lagi sedih, dia lah punca semua ini berlaku. Naufa seringkali menyalahkan dirinya tentang apa yang terjadi pada Ailee.

“Aku minta maaf, Ailee.”

———

“Kawan dan family awak mesti sayangkan awak sangat kan?” tanya Amar sebaik sahaja Ailee habis bercerita.

“Mestilah. Terharu saya.” jawab Ailee dengan senyuman dibibir. Namun, senyumannya pudar apabila teringatkan kolej.

“Saya rasa saya ni menyusahkan kawan saya. Nak pergi kolej nanti, mesti diorang struggle nak pimpin saya.” Ailee mengeluh. Dia tak suka dirinya menjadi bebanan kepada orang lain.

Cukuplah dia menjadi bebanan kepada keluarganya. Dia tidak mahu menyusahkan ramai orang.

“Jangan lah sedih. Nanti saya akan sentiasa melawat awak.” kata Amar dengan semangat. Ailee tergelak kecil. Tak sangka Amar ni boleh jadi penghibur.

“Saya dah nak keluar wad lah.” ujar Ailee. Dia merasa agak sedih. Bimbang jika dirinya tidak boleh bertemu lagi dengan Amar.

“Bila?”

“2 hari lagi.”

“Tak pe. Nanti saya akan cari awak sampai dapat. Saya janji.” kata Amar dengan yakinnya.

“Janji eh.” kata Ailee sambil menunjukkan jari kelingking nya pada Amar. Sedangkan Amar berada di sebelah kirinya.

“Salah arah lah. Saya dekat kiri.” ujar Amar sambil memaut jari kelingking nya. Ailee tergelak.

“Saya akan tuntut janji awak.”

IridescentWhere stories live. Discover now