[ Capítulo 39 ]

14.4K 882 21
                                    



"Korang tahu tak Dillon dah kerjakan JL", kata Mateo bersama ketawa. Sambil ketawa sambil ditampar bahu Frank.

"Apasal aku selalu jadi mangsa keadaan ya?".

"Sebab kau Tu bengong. Orang pijak kau, kau buat der ja", kata Hayes.

"So, bila Dillon nak join kita? Aku dah lama tak jumpa dia. Rindu pula kat handsome tu".

"Entah. Dia tak bagitahu aku pula".

"Dia busy la tu. Dengan syarikat lagi. Dah la ada tiga! Perghh. Big boss nau!". Frank menggeleng kepalanya apabila teringat Yang Dillon lebih kaya dari dia.

"Nanti dia balik kita bawa dia jalan-jalan. Aku rindu nak sakat dia".

Hari ini merupakan hari berehat mereka berlima. Semua melepak di tengah ruang tamu sementara keluarga Hayes keluar entah ke mana. Harry dan Alec sudah terbongkang di lantai.

"Aku rasa kan, Jay sekarang mesti tengah rancang macam mana nak kalahkan kita". Suasana yang riuh tadi, kini berubah serius. Apabila Hayes serius, benda Yang dia katakan mesti serius.

"Kenapa pula?".

"JL kena tangkap dengan kita. Mestilah dia tengah marah".

"Kau tak ada plan ka?" Hayes diam menekur lantai mencari plan untuk menumpaskan Jay. Zaskia Yang baru muncul terus mendapatkan Hayes.

"Awak tak nak mandi ka? Air saya dah siapkan.".

"Okay sayang. Kejap ya".

"Untung Hayes. Semua zaskia sediakan. Kita ni, semua buat sendiri", kata Mateo kepada Frank.

Perlination!

"Kalau macam Tu, kahwin la cepat-cepat. Biar Semua bini kau yang buat. Macam raja". Zaskia ketawa melihat telatah mereka.

"Tak nak aku! Nanti tak boleh dah aku nak tackle model-model cantik. Tak apa lah. Aku minta Zaskia je lah. Boleh kan Zaskia?". Sengaja Mateo buat muka comel.

"Kau jangan mateo! Kang aku penumbuk muka kau juga. Tak makan penumbuk, kaki aku pun ada!". Hayes mula acah-acah ingin mendekati Mateo. Mateo hanya sengih. Tiba-tiba kedengaran suara orang ketawa. Mereka semua diam.

"Mama balik dah kot?", kata Mateo.

"Apasal Suara macam perempuan gatal?". Muncul seorang lelaki dan seorang perempuan berpelukkan seperti orang mabuk.

"Patutlah suara macam perempuan gatal. Memang si gatal pun". Mereka berdua kelihatan terkejut melihat mereka. Tetapi lelaki itu mula ketawa.

"Lah korang ada sini ka? Patutlah rasa panas semacam". Matanya merenung mata Hayes Yang juga mencerlung ke arahnya.

"Aku rasa sekarang ni macam lagi panas sebab ada orang mulut longkang kat sini", balas Mateo.

Zaskia sembunyi di belakang Hayes apabila melihat ketegangan antara mereka. Perempuan Yang berada Di sebelah lelaki itu mencerlung ke arah zaskia.

"Ehh perempuan! Kau jangan pandang isteri aku macam tu boleh tak?!", marah Hayes.

"Yang kau nak marah girlfriend aku apahal!?".

"Kau bawa perempuan ni pergi bilik kau Jarren! Sakit biji mata aku tengok!".

"Kau!". Baru sahaja dia ingin meluru ke arah Hayes, Mateo dan Frank sudah berdiri menghalang.

"Kau jangan cari pasal dengan kami Jarren Kalau tak nak mati awal", kata Frank di celah gigi. Jarren ketawa sebelum menarik perempuan itu ke biliknya.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now