Dari jauh Irdina sudah nampak Ameer. Walaupun sudah 8 tahun tidak bersua, dia masih ingat wajah lelaki itu. Lelaki yang selalu menyesakkan kepala otaknya. Lelaki yang kononnya berlagak setia tetapi cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Ah, benci bila mengingatkan peristiwa hitam itu.
Sebaik tiba di meja makan yang diduduki Ameer, Irdina menarik kerusi dan melabuhkan duduknya.
"Hai, Dina! Lama tak jumpa, awak masih ingat wajah saya."
Penampilan Irdina sudah banyak berubah. Nampak lebih dewasa dan lebih pandai bergaya berbanding dulu yang lebih suka santai.
"Tak ada apa yang berubah, awak sama je. Lagipun dah selalu tengok muka awak kat Facebook."
"Awak stalk saya ke?"
Ameer menjeling manja.
"Tak stalk pun tapi dah lalu dekat wall saya, saya tengok jelah," ujar Irdina selamba.
Perbualan mereka terhenti seketika tatkala pelayan datang mengambil pesanan dan apabila pelayan berlalu Ameer menyambung semula perbualan.
"Jarang nampak gambar awak kat Facebook."
"Buat apa nak selalu upload gambar? Saya tak minat sangat, kalau ada pun upload gambar aktiviti ahli keluarga bila berkumpul ramai-ramai ataupun pelajar-pelajar saya. Lagipun saya bukannya lawa pun nak selalu tonjolkan diri di laman sosial."
"Awak nampak semakin cantik dan bergaya berbanding dulu. Saya ikhlas ni puji awak."
Ameer renung lagi perempuan yang digilainya dari dulu hingga sekarang itu. Nampak makin mengancam! Geram!! Irdina menarik muka masam. Dari dulu sampai sekarang, Ameer tak pernah berubah, suka merenungnya dari atas ke bawah. Padahal bukan pakai seksi pun, sama macam orang lain juga.
"Tunang awak tahu tak awak ada kat Johor ni? Karang dia cari awak sampai sini pastu nampak kita. Saya malas la nak bertarik rambut bagai disebabkan lelaki. Tak ada dalam sejarah hidup saya bergaduh berebut lelaki."
Ameer ketawa besar mendengar bebelan Irdina.
"Sejak dah jadi cikgu ni, dah pandai buat lawak ek. Dulu diam je.."
"Mana ada lawak, saya cakap benda betul. Saya tak nak jadi orang ketiga. Tolonglah faham Encik Ameer Mirza."
"Mana ada awak orang ketiga. Awak yang pertama lah. Takkan awak tak ingat awak perempuan pertama yang ketuk pintu hati saya. Dah pernah bagitahu dulu kan."
"Menjadi yang pertama tak semestinya akan menjadi yang terakhir."
"Kalau boleh saya nak jadikan awak yang terakhir..."
"Tinggi angan-angan awak...awak sedar tak antara kita ada jurang iaitu tunang awak."
"Dulu pun masa saya tak ada tunang, awak reject juga saya."
"Dulu dan selamanya pun sama sahaja, awak hanya kawan sahaja. Dah banyak kali saya cakap kan," tegas Irdina.
Ameer tersenyum sinis. Sakit hati Irdina memandang senyuman itu. Ikutkan hatinya mahu disimbah sahaja muka itu dengan air Fresh Orange di depannya.
"Saya akan tetap nak kat awak Dina, walaupun masa tu saya dah kahwin ke atau awak yang kahwin ke, awak tak akan lepas dari genggaman saya."
"Awak ni dah gila agaknya. Tak cukup lagi ke apa yang awak pernah buat pada saya dulu? Sampai sekarang saya masih trauma lagi."
Irdina mengetap bibirnya. Geram bercampur marah. Dia menyumpah dalam hati. Selama hidupnya dia jarang menyumpah tapi sikap Ameer membuatkan hatinya sentiasa terbakar.
"Macamlah saya betul-betul rogol awak. Cubaan je kan."
Ameer mengulang lagi ayat itu. Irdina semakin rasa terbakar.
"Kalau awak nak jumpa saya ni untuk sakitkan hati saya, saya rasa awak dah berjaya sebab sekarang ni memang hati saya sakit memandang awak, melihat senyum sinis awak tu. Apalah dosa saya pada awak sampai awak seksa saya macam ni. Saya tak pernah kacau hidup awak, awak tu je yang selalu kacau hidup saya."
"Awak tak ada dosa pun dengan saya, cuma kadang-kadang sikap degil awak tu buat saya hilang sabar. Kalau saya tak dapat awak, orang lain pun tak akan dapat..."
"Ayat tu macam dah cliché sangat dah. Carilah ayat lain."
"Saya serius dengan apa yang saya cakap."
"Suka hati awaklah tapi saya pun serius juga dengan apa yang saya bagitahu awak sebelum ni. Saya akan kahwin tak lama lagi."
"Kahwin dengan siapa?"
"Awak tak perlu tahu siapa sebab bukan urusan awak pun." Cebik Irdina.
"Mesti saya lebih sempurna dari dia kan."
"Awak ni sempurna ke? Perasan je."
"Yelah saya dah ada rumah, kereta, apa lagi yang perempuan nak?"
"Saya nak beli sendiri benda-benda yang awak cakap tadi tu. Saya pun ada kerjaya, saya tak harapkan harta bakal suami saya."
"Tapi dia boleh ke terima awak seadanya?"
"IRDINA...."
Irdina dan Ameer mengangkat muka. Entah dari mana tiba-tiba Hariz muncul. Dia mengambil tempat di depan Ameer. Sebenarnya tadi dia mengekori Irdina sampai ke sini. Dia melihat Irdina bercakap-cakap dengan seorang lelaki. Dari jauh Hariz melihat Irdina dengan lelaki itu seolah-olah bergaduh walaupun tiada pergerakan fizikal. Bila dia mendekat, dapat dia mendengar kata-kata lelaki itu yang seolah-olah mengugut Irdina.
"Kau ni siapa tiba-tiba datang tanpa dijemput, mengganggu kami pula tu. Sebelum aku naik darah, baik kau berambus."
"Kalau kau nak tahu, aku lah bakal suami Irdina Yang dia cakap tadi tu, akulah orangnya."
Ameer terkesima. Dipandangnya lelaki itu atas bawah. Memang nampak jauh berbeza dari dirinya. Dari segi fizikal Ameer sudah pun terlihat kalah. Lelaki di hadapannya itu sudah la tinggi, sasa pula.
"Kami akan kahwin tak lama lagi. Insyaallah, hujung tahun ni dan aku dah pergi jumpa ibubapa dia. Kau dah?"
Hariz memerli dengan muka berlagak. Sebenarnya dia bukanlah begitu cuma entah mengapa Hariz dapat merasakan lelaki di hadapannya itu bukan orang yang baik.
"Kau dah betul-betul kenal ke dengan Dina ni? Aku rasa aku lebih lama kenal dia. 9 hingga 10 tahun yang lalu bro. Dah lama aku nak kat dia. Tiba-tiba kau datang sailang aku, memang aku hangin."
"Bro, aku rasa sebelum kau kenal dia, aku kenal dia dulu. Aku ni cinta pertama dia masa di KUTKM dulu. Betul tak Dina?"
"Errr..ya..saya kenal Hariz dulu sebelum kenal awak Ameer. Sebenarnya Hariz lah lelaki yang saya pernah cakap dulu. Masa mula-mula awak tanya saya dah ada yang istimewa..sebab dia lah saya reject awak dulu.."
Ameer nampak bengang. Matanya kelihatan merah menyala. Dia rasa tercabar.
"Awak akan kahwin dengan saya kan Dina hujung tahun ni..."
Hariz pandang Irdina di sebelahnya. Irdina serba salah. Adakah Hariz serius atau hanya sekadar ingin membuat Ameer sakit hati? Irdina merasakan kakinya seolah-olah dipijak seseorang. Bila dia pandang ke bawah meja, kasut Hariz memijak hujung sandalnya. Nasib baik lah tak sakit sangat kalau tidak dia sudah terjerit saat itu.
"Kan Dina..."
"Iya..kami akan menikah... hujung tahun ni. Kalau tak percaya, boleh call ayah saya kat kampung."
"Baiklah, buat masa ni aku lepaskan korang berdua. Tambahan pula, orang sekeliling dah mula pandang-pandang ke arah sini. Tapi ingat, aku akan datang lagi ke sini untuk menghalang kalian berdua dari berkahwin."
Ameer bangun dan terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Irdina menarik nafas lega.
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
RomanceKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...