Ch 30

230 26 0
                                    

Hyuna ;

Aku menggempal tanganku menahan perasaan marah yang teramat sangat apabila teringat kembali ayat Namjoon.

" Tch Namjoon. Kau hina aku sekarang tapi aku akan pastikan kau akan melutut dekat orang yang kau hina ni." Aku mencucuk gambar Namjoon menggunakan pisau sebelum ketawa sinis.

" Korang takkan bahagia. Macam mana aku menderita, macam tu jugak kau akan rasakan."

Prangg~

Cermin yang berada di mejaku pecah akibat dibaling olehku. Aku tergelak lagi.

' Aku akan pastikan kau menderita.'

Baru sahaja aku hendak melangkah keluar daripada bilikku, telefonku berdering meminta diangkat.

" Hello." Jawabku dengan malas.

" Aku dah taknak berurusan dengan kau."

Amarahku semakin memuncak mendengar apa yang dikatakan oleh orang itu.

" Kau tak boleh buat macam ni! Kau dah janji nak—"

" Aku takkan sakiti diorang. Diorang dah macam keluarga aku."

" Kau—"

" Dan aku akan pastikan kau meringkup dalam penjara."

Tutt Tutt~

" Arghh!" Telefonku itu pecah berderai setelah dicampak olehku. Aku meramas rambutku dengan kasar.

" Tak. Tak boleh. Aku takkan masuk penjara. Hahahah." Aku mengambil pisau yang terlekat di gambar tersebut.

" Kau tunggulah. Aku akan pastikan kawan-kawan kau merana, Ken. Hahaha."

++

Ken ;

Aku menghelakan nafas lega setelah berjaya keluar daripada rancangan gila perempuan itu. Ya, memang benar aku bersubahat dengannya.

Kes Seokjin hampir kena langgar, kematian Wonwoo, dan juga cincin milik Namjoon, semuanya aku sudah tahu.

" Ken hyung." Aku terus memandang ke arah pintu bilik setelah mendengar suara orang memanggilku.

" Jimin." Dia tersenyum lalu berjalan mendekatiku yang sedang duduk di atas katil.

" Hyung nampak serabut. Ada benda yang tak kena ke?" Tanya dia dengan lembut sambil duduk di sebelahku.

" Takdelah Jimin. Biasalah, office banyak kerja." dia hanya mengangguk kecil lalu terus mendiamkan diri.

" Kau.....tak rindu dia ke?" Dia sudah mengerutkan dahi mendengar soalanku.

" Dia? Siapa?" Tanya dia.

" Namjoon." Jawabku sepatah. Dia kelihatan sedikit tergamam lalu menundukkan wajahnya.

" Aku....rindu dia" aku tersenyum kecil mendengar jawapannya itu.

" Jadi, kenapa kau tak cari dia?"

" Aku masih keliru. Aku tak tahu nak percayakan dia ataupun tidak."

" Jimin." Panggilku dengan lembut. Dia mengangkat wajahnya lalu memandangku.

" Kau dengan dia dah lama berkawan, kenapa kau masih ragu-ragu dengan dia?"

" Aku ragu-ragu dengan dia sejak aku terdengar perbualan seseorang. Dia macam ada rancang sesuatu yang tak baik dan lepastu Namjoon hyung terus muncul." Aku tersentak mendengar apa yang diperkatakannya itu.

" Aku rasa tu mesti masa aku call Hyuna." Gumamku perlahan.

" Apa hyung cakap?"

" T-Tak. Takde apa-apa. Ni ha, kalau Jimin sayang dia, Jimin carilah dia. Jimin tak kesian dekat dia ke?" Soalanku itu tidak dijawab olehnya. Dia kembali menunduk. Aku nenggeleng perlahan lalu terus bangun.

" Jimin kalau sayang dia, cuba dengar dulu apa yang dia nak terangkan. Jangan biarkan orang luar cuba rosakkan hubungan Jimin dengan kawan-kawan." Kataku sambil menepuk bahunya. Setelah itu, aku terus melangkah pergi.

' Pertahankan hubungan korang selagi mampu.'

[C] I'm Sorry | BTSWhere stories live. Discover now