Thaqeef diam.
Bilik yang menempatkan Arissa yang masih lagi tidak sedar kan diri dalam keadaan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi penghawa dingin yang terpasang.Berita yang diterima tadi masih bermain main difikirkannya. Sesekali tubuh arissa yang terbaring di atas katil dipandang lama.
Wajah diraup perlahan. Kusut dia rasakan. Dua perasaan dia rasakan sekarang ini. Gembira dalam masa yang sama hati nya sedikit risau.
"Qeef .. kau okey ?" Eshal menyapa, bahu abangnya di tepuk perlahan.
Riak gusar abang nya itu dipandang. Semestinya abang dia sedang memikirkan tentang isteri dan masa depan keluarga kecil itu.
" Aku.. entah la eshal. " Wajah eshal dipandang kosong.
Eshal menghulurkan sebotol air mineral putih. Dia faham dengan keadaan abang nya itu.
" Kau dah bagitahu dia tentang pekerjaan kau yang sebenar?" Soal eshal sambil melirik ke arah arissa yang masih tidak sedarkan diri.
Terkejar kejar mereka membawa arissa semalam ke hospital. Apabila saja sampai thaqeef pantas mendukung tubuh comel arissa untuk dibawa ke dalam bilik pemeriksaan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Dan khabar yang diterima tengah malam itu bagai mimpi buat eshal. Sungguh dia tak jangka kan perkara itu berlaku secepat ini.
" Aku ingat nak bagitahu hari ni. Tapi lain pulak jadi. Entah la eshal. Aku keliru, aku takut, macam² aku rasa sekarang ni. Dengan keadaan arissa macam tu. Aku- aku tak tahu "
Thaqeef menundukkan wajah. Pekerjaan nya ini hanya mak iti dan eshal sahaja yang tahu.
Bahkan makngah nya juga tidak tahu dan mereka menyangka thaqeef sekadar bekerja disebuah syarikat sebagai pegawai biasa sahaja.
Ibaratkan indah khabar dari rupa.
" Sabar Qeef. Kau kena bertenang. Jangan terlalu fikirkan sangat. Aku tahu arissa mesti faham keadaan kau. Cuma aku harap kau tak jejaskan kandungan dia je. "
Thaqeef terdiam.
Tadi dokter memberitahu yang isterinya sedang hamil empat minggu. Ini bermakna sudah sebulan usia kandungan yang dikandung arissa.
Tetapi tiada pula tanda² isterinya terkena penyakit perempuan mengandung, cuma isterinya cepat terasa sahaja.
Mungkin itu salah satu?
" Aku tahu kau tak bersedia lagi, dengan keadaan kerja kau yang satu tu perlu dirahsiakan, Tapi aku tak nak kau buat kakak ipar aku tu stress macam semalam, sampai pengsan dibuatnya. " Bebel eshal dengan gaya mak² dia. Hilang dah rasa kesian dekat abangnya.
Thaqeef melihat dengan wajah jengkel nya. Sibuk nak nasihatkan dia, diri sendiri pun tak berapa betul.
Kutuk thaqeef dalam hati.
" Mana la aku tahu dia mengandung. Ini semua salah makngah kesayangan kau tu. Sibuk dengan hal rumahtangga aku. " Bidas thaqeef bengang.
Kalau tidak kerana makngah nya tiada la mereka berkampung di hospital ini.
" Ehhh kau, baik sikit eh. Orang tua tu semua benda dia tak puas hati. "
" Icha kau tinggal dekat siapa?" Thaqeef teringat akan anak dara nya sorang itu. Dari semalam duduk dengan mak iti.
" Mak iti ada, mak mentua kau pun ada. Tengahari nanti dorang datang la , Aku ada kerja so tak dapat stay lama sini."
Thaqeef mengangguk faham. Mata kembali terarah pada arissa.
Perlukah dia berterus terang tentang pekerjaan nya itu ? Apakah arissa dapat menerima ?
Thaqeef buntu !
.
.
.
Selepas mendapat arahan dari cikgu disiplin, Alya dan Elfa kini sedang berkumpul dengan pelajar lain didalam dewan sekolah mereka.
Elfa menjeling Alya yang sedang membaca nota. Sempat je budak ni bawak nota bagai. Patut la jadi pelajar harapan sekolah mereka untuk spm nanti
Nak harapkan dia, memang tak la. Esok exam hari ni baru tergedik gedik nak cari nota segala.
" Pah, nak tanya ni. Kenapa eh kena berkumpul sini ?" Elfa menyoal rakan sekelas yang kebetulan berada di sebelah nya.
" Aku rasa cikgu nak bagi taklimat kot. Sebab dua hari lepas aku dengar cikgu dah atur kem spm untuk pelajar tingkatan lima. " Syarifah Sakinah menjawab pertanyaan Elfa.
" Serius la ? Apasal budak form six pon ada sekali?"
" Dorang akan ikut sekali kem tu nanti sebagai apa tah aku tak tahu la Fa. Tapi yang aku tahu Hakimi join sebab ada Alya " sempat Syarifah Sakinah menguis lengan Alya.
Namun Alya hanya buat tidak tahu. Eh biar lah. Siapa je kisah kalau hakimi tu nak join ??
" Lya, kau memang tak ada sikit ke perasaan dekat abang hot kita tu ?" Soal Syarifah Sakinah ingin tahu.
Hampir satu sekolah tahu yang hakimi tu minat gila dekat Alya. Sampaikan ada pelajar lelaki lain yang ingin dekat pun dia marah dan siap bagi amaran yang alya tu milik dia.
Gila !
" Tak " malas alya menjawab. Mata nya masih melekat pada nota sejarah ditangan.
" Hanat nya perangai kau Lya. Abang pengawas kita tu sikit punya hot, rupa segak weh. Kau boleh cakap tak??" Amani menyampuk dengan kata² tak puas hati.
Tapi mereka tahu yang alya memang tak layan si hakimi tu pun. Cuma hakimi tu saja syok sendiri.
Kesian kau hakimi.
" Tapi kan, aku rasa dia sesuai dengan Rayyan." Syarifah Sakinah tidak mengalah. Mahu mencelah juga. Sempat dipetik nama budak baru kelas mereka.
Alya tersenyum nipis bila nama Rayyan disebut. Pelajar baru yang masuk ke kelas mereka. Apa yang boleh dia katakan, Rayyan jenis yang tak suka bergaul dengan orang.
Suka buat hal sendiri sahaja di dalam kelas. Dengan rupa yang kacak dan menawan itu siapa saja yang tak terpikat.
" Hensem baii dari hakimi tu. Ehh betul la macam sesuai je dengan Lya. " Amani menepuk tangan. Entah apa yang suka sangat.
Elfa mencebik. Mata juling naik atas.
" Rayyan tu sombong la. Memang la berupa tapi kalau dah sombong buat apa ? Kau tengok tu, bukan nak bergaul dengan budak² lain. " Elfa menunjuk ke arah rayyan berada.
Rayyan hanya berdiri sambil kedua tangan memeluk tubuh. Muka dia takyah cakap la, dingin je. Nasib baik kacak !
"Alaaa kau ni, sebab dia dingin macam tu la lagi ramai peminat dia. Kau tahu tak, sekarang ni siapa pelajar perempuan paling minat ?" Syarifah Sakinah mengukir senyuman misteri.
Kalau dulu hakimi menjadi pelajar yang disebut oleh kaum hawa disekolah mereka kerana kekacakan dia.
Ramai perempuan ditolak hakimi, kerana dia hanya mahukan Alya.
" Rayyan !" Sebut Elfa dan Amani serentak sebelum Syarifah Sakinah mengangguk dengan senyuman.
Alya menggeleng kepala. Dia tidak berminat nak tahu hal selanjutnya. Biar lah Elfa dan makcik bawang tu disitu.