Bab 33

1.1K 56 0
                                    

ZEN merenung cincin dalam genggamannya. Cincin kerajaannya yang hilang, tetapi kenapa ada dengan bonda Zed?

"Kenapa cincin ni ada dengan bonda Zed?" Mata ungu cair itu ditatap penuh kasih sayang di samping mencari kebenaran di sebalik mata itu.

"Bonda kata kawan bonda bagi," balas Zed yakin. Mahu saja dia menyambung tetapi apabila ternampak bayangan Aria membuatkan dia menutup mulut.

"Pelik... tapi beritahu bonda, pak cik cakap terima kasih." Zed mengangguk sebelum memandang wajah Aria yang kemerahan. Air mata turun tanpa dipinta namun Aria tidak menyedari dia diperhatikan oleh Zed.

"Zed nak tahu tak? Dulu pak cik ada isteri. Warna mata isteri pak cik sama seperti warna mata kamu. Rambut dia unik. Tak ada orang di kerajaan sekitar ada warna rambut seperti dia. Pak cik sayang dia tapi pak cik dah terlambat. Dia pergi semasa peperangan lima tahun lepas. Dia pergi tinggalkan pak cik bersama anak kami. Pak cik dapat tahu dia mengandung beberapa hari sebelum hari peperangan."

Zed menepuk belakang Zen perlahan. Dia turut bersimpati dengan nasib Zen.

"Isteri pak cik mesti bangga dengan pak cik."

"Pak cik nak sangat dia ada. Pak cik nak dia halang perkahwinan nanti."

Zen menarik nafas sebelum mendongak memandang langit malam.

"Please comeback." Zed ditarik ke dalam pelukan.

"Kan bagus kalau Zed anak pak cik. Hari-hari pak cik bawa Zed jalan-jalan," ujar Zen sebelum ketawa.

"Zed pun harap macam tu juga," balas Zed gembira.

"Kalau macam tu, Zed panggil pak cik... hmm..."

"Macam mana dengan ayahanda?" cadang Zed sebelum mengeratkan pelukan.

"Anakanda..."

Aria mengelap air mata sebelum mengukir senyuman. Belum tiba masanya untuk dia dedahkan identiti dirinya tapi bukan Zed. Anaknya memerlukan kasih sayang seorang bapa, sudah tiba masanya Zed memanggil Zen ayahanda walaupun Zen tidak tahu Zed anak kandungnya.

"Bonda!!" panggil Zed sebelum melambai. Aria menghampiri sebelum duduk di sebelah Zed.

"Kenapa puteta bonda gembira ni?" Aria bertanya walaupun dia tahu kenapa.

"Pak cik bagi Zed panggil dia ayahanda." Jelas terpancar kegembiraan yang diimpikan selama ini.

"Tak apa ke kalau Zed panggil tuanku ayahanda?" tanya Aria pura-pura gelisah.

"Siapa yang berani ingkar arahan beta? Macam mana..."

Aria menunjuk cincin yang dipakai oleh Zen. Hanya kerabat diraja sahaja yang memakai cincin sebegitu.

"Tapi Zed tahu tak tuanku kerabat diraja?" tanya Aria.

"Kalau Zed tahu saya ialah raja, dia akan rapat dengan saya ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Hmm... tak. Tapi, sepatutnya tuanku kena uruskan perkahwinan diraja, kan?"

"Malas saya nak uruskan. Puteri misteri yang terdesak nak kahwin dengan saya. Susah cakap dengan orang pekak seperti dia," adu Zen sebelum mengeluh. Entah kenapa dia rasa selesa bercerita tentang hal peribadinya.

"Hahaha... tak sangka pembuli tu yang terdesak," gumam Aria sebelum membuat muka menyampah.

Zen ketawa sehingga sakit perut apabila melihat riak menyampah Aria. Aria menepuk bahu Zen apabila tawanya menarik perhatian pengunjung.

"Tuanku..." seru Aria. Zen berhenti ketawa sebelum memandang Aria.

"Kelakuan awak sama seperti mendiang isteri beta. Dia baik, polos, nakal dan yang paling penting dia manja. Dia suka mengacau ketika saya sedang menyiapkan kerja." Aria mengeluh sebelum memandang Zed yang leka bermain bersama Lucas.

The Powerless Princess©✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن