SAS 42

277 7 0
                                    

BUKAN main riuh lagi suara Aleya dan Qeesya bertanyakan itu ini di apartment milik Eidham dan Dina.Macam-macam soalan yang mereka ajukan sampai naik merah wajah Dina dibuatnya.

"Teruk betul lah Abang Eid ngan Kak Dina ni! Hidup-hidup Sya ngan Leya risaukan akak.Ingatkan dia dah lari entah ke mana.Rupanya Abang Eid yang culik dari kitaorang.Yang Kak Dina pun satu,langsung tak call kitaorang bagitau akak kat mana.Hilang macam tu aje. Nasib Dee bagitau kitaorang tadi tau,baru lega rasa hati Sya ngan Leya ni," bebel Qeesya sambil memasukkan kek cawan ke dalam mulutnya.

Dina dan Eidham saling berbalas senyuman.Sedari tadi,Eidham tidak pernah mahu berenggang dengan isterinya itu.Tangan pula asyik memaut kemas pinggang si isteri.

Sesungguhnya,Dina gembira sangat dengan perubahan ini.Dia rasa cukup bahagia di sisi Eidham.

"Sorrylah, Sya...Leya....akak tak sengaja nak buat korang berdua risaukan keadaan akak," pinta Dina dengan rasa bersalah.

"Takpe Kak Dina.Yang penting....Kak Dina ada dengan Abang Eid.Sya ngan Leya dah tak risau lagi," balas Qeesya.

Dina tersenyum senang mendengar jawapan itu.

"Eh,mana Dee ni? Kata nak datang.Tak nampak pun batang hidung dia," Aleya mengerling jam tangannya.Semalam Dhia dah janji dengan dia dan Qeesya untuk melawat Dina di sini hari ini.Tapi ini batang hidung sahabat seorang itu langsung tidak kelihatan.

"Ha'ah lah.Janji Melayu betul lah Dee ni," sokong Qeesya.

"Mungkin Dee ada hal agaknya.Pasal tu tak sampai lagi," balas Dina.Dia juga sebenarnya ternanti-nantikan kedatangan Dhia.Rindu rasa hatinya dengan adiknya itu.

"Hmm....iye lah tu kak. Ada hal dengan suami kesayangan dia lah tu," ujar Qeesya nakal.

Dina hanya mengukir senyuman mendengar kata-kata budak berdua itu.

Ting Tong! Ting Tong!

Bunyi loceng pintu yang bertalu-talu itu membuatkan semua memandang ke arah pintu yang sedang tertutup rapat.

"Hah....itu mesti Dee dengan Harriz dah sampai," ujar Dina.

"Korang tunggu sini kejap eh.Akak nak buka pintu," pinta Dina seraya bangun dari duduknya.Kaki melangkah ke arah pintu.Senyuman yang menghiasi bibirnya tiba-tiba saja mati.Tergamam dia buat seketika.Bibirnya sedikit ternganga.

"Sayang! Kenapa tercegat dekat situ! Jemputlah Dee ngan Harriz masuk ke dalam,"panggil Eidham yang sudah bangun dan melangkah ke arah isterinya,

Sebaik sahaja Eidham sampai ke muka pintu,dia turut terkedu.Tidak berkedip matanya melihat tetamu yang hadir bersama adik iparnya itu.

"Dina,Eid," suara Hajah Badriah kedengaran lembut menyapa telinga.

Mata Dina sudah mula berkaca-kaca.Rindunya dia pada ibu hanya Allah sahaja yang tahu.Susuk badan ibunya kelihatan sedikit mengurus.Rasa bersalah mula menyerang kala melihat perubahan tubuh ibu.

"Maafkan ibu,sayang," pinta Hajah Badriah yang sudah mula mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat Dina yang sedang berdiri dihadapannya.

Dina menggeleng-geleng dengan laju.Sepantas kilat dia mendapatkan tubuh ibunya dan memeluk tubuh itu dengan erat sekali.Air matanya juga sudah jatuh membasahi pipi.

"No,ibu. Dina yang patut minta maaf dekat ibu.Maafkan Dina,bu.Ampunkan Dina. Dina bersalah dekat ibu," beria-ia Dina memohon kemaafan daripada ibunya.

Pertemuan itu membuatkan Dhia turut mengalirkan air mata. Sayu sungguh rasa hatinya. Alangkah indahnya jika ibu turut memeluknya sepertimana ibu memeluk Dina ketika ini.Tentu ia menjadi sesuatu kenangan yang tidak dapat dia lupakan sepanjang hayatnya.Namun,adalah mustahil untuk ibu memeluk anak seorang wanita yang telah merosakkan kebahagiaan rumah tangga ibu.

          

Harriz memandang wajah isterinya yang sudah mula menangis.Digenggam erat jemari Dhia.Menyalurkan sedikit kekuatan kepada isterinya.Pantas dia terus mengesat air mata sang isteri.

"Ibu rindu sangat dekat Dina.Ibu ingat ibu tak akan jumpa Dina lagi," luah Hajah Badriah.

"Maafkan Dina sebab buat ibu macam ni.Dina berdosa,bu.Maafkan Dina," pinta Dina dengan perasaan berdosa yang sedang menghimpitnya ketika ini.

Hajah Badriah menggeleng-geleng.Kedua-dua belah pipi Dina dikucup penuh kasih.Pelukan dileraikan.Hajah Badriah mengesat air mata anak kesayangannya itu.

Setelah pelukan dileraikan,kepala Hajah Badriah dipalingkan pula ke arah Dhia yang sedang berdiri di sebelah kanannya. Lembut dia memanggil Dhia supaya datang mendekatinya.Tangannya dihulurkan kepada anak itu.

Dhia memandang Harriz. Lelaki itu mengangguk lantas melepaskan genggamannya.Perlahan-lahan dia mendekati ibu dan kakaknya. Huluran tangan Hajah Badriah disambut perlahan.Dapat dirasakan ibu mengenggam erat jemarinya.

"Maafkan ibu,nak. Ibu bersalah dengan Dee selama ni. Banyak sangat dosa ibu pada Dee," ucap Hajah Badriah lembut sambil memandang Dhia penuh kasih.

Dhia menggeleng-geleng berkali-kali. Air matanya mengalir dengan laju sekali. Sudah tidak dapat ditahannya lagi. Demi Allah, dia tidak pernah berdendam dengan ibunya itu.

Spontan, Hajah Badriah menarik Dhia ke dalam pelukannya. Dipeluk erat tubuh anak yang selama ini diabaikannya itu.

Terkedu Dhia dengan tindakan Hajah Badriah. Lidahnya menjadi kelu. Hatinya berbunga bahagia. Pelukan yang telah lama dinantikannya itu dibalas dengan erat bersama tangisan yang kian pecah.

Mekar senyuman di bibir Dina. Inilah yang ingin dilihatnya. Lantas dia mendapatkan ibu dengan adiknya.Memeluk kedua insan yang disayanginya itu.

"Sayang anak-anak ibu," ucap Hajah Badriah kepada kedua anak perempuannya.

Suasana ketika itu semakin terasa sayu. Sampaikan Qeesya dan Aleya juga sudah basah dengan air mata.Inilah pertemuan yang paling indah di mata mereka.

----------------------

"AKU minta maaf,Riz," ayat itu membuatkan Harriz memalingkan wajahnya memandang Eidham. Dahinya berkerut. Dia salah dengarkah? Untuk apa pula Eidham meminta maaf dengannya?

"Aku tahu aku tak patut simpan hasad dengki dekat kau selama ni. Bodoh betul aku waktu tu.Tak pasal-pasal aku cemburukan kau pulak. Sedangkan aku dah ada Dina," sambung Eidham lagi sambil tertawa kecil.

Pandangannya dibuang ke bawah. Dia suka ambil angin di balkoni ini. Dari sini, dia dapat melihat pemamdangan taman permainan yang mula dikerumuni anak-anak di kawasan apartment itu.

"Waktu tu aku sebenarnya rasa sunyi. Jadi aku mula keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku harapkan Dhia kembali semula ke pangkuan aku. Dan bila dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kau, aku tak boleh nak terima. Aku cemburu. Aku sendiri tak tahu kenapa waktu tu aku tak boleh nak berfikir dengan waras. Bila Dina menghilangkan diri, barulah aku sedar....aku sebenarnya cintakan Dina. Aku tak boleh hidup tanpa dia."

Harriz menarik senyuman segaris.

"Dahlah Eid. Aku tak simpan dendam pun dekat kau. Biasalah tu. Cemburu itukan tanda sayang."

"Memanglah tanda sayang. Tapi....sayang aku tu tak kena pada orangnya. Aku lupa yang aku dah ada perempuan yang paling aku sayang dalam hidup aku. Aku kejar perempuan yang tak patut untuk aku. Sampaikan aku tak pernah nak bersembang dengan kau walaupun sekali gegara rasa cemburu aku yang menebal tu."

Harriz menggeleng-geleng sambil bibir masih lagi mekar dengan senyuman.

"It's okay. Aku tak ambik hati pun. Lagipun perkara dah lepas kan? Tak ada guna nak dikenang bagai. Yang penting sekarang, kau dengan Dina dah berbaik semula."

"Thanks Riz... Kau memang layak untuk Dhia"

Pujian Eidham memekarkan lagi senyuman di bibir Harriz.

"Aku harap kau jaga Dee baik-baik. Dhia tu pelembut dan penyayang orangnya. Kau bertuah sangat tau dapat isteri macam dia."

Harriz mengangguk sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak rasa gatal. Telah ditanam dalam hatinya, dia akan menjaga Dhia sepanjang hayatnya. Insya Allah....

-------------------------

HANYA bunyi kerusi goyang yang bergoyang-goyang dan putaran kipas angin sahaja kedengaran memenuhi ruang rehat di tingkat dua ini. Suasana terasa begitu sunyi sekali. Selama ini, dia tidak pernah berjauhan dengan menantunya itu. Inilah kali pertama Hajah Badriah pergi meninggalkan dia seorang diri di rumah ini. Salahnya juga kerana tidak mahu ikut sama. Semuanya kerana ego !

Nafasnya dihela. Album lama yang berada dalam pegangan dibuka sekali lagi. Serta-merta matanya tertancap pada gambar lama dia bersama-sama arwah suami dan arwah anak tunggalnya. Rindunya dia pada mereka berdua. Tanpa sedar, air mata Hajah Bedah mengalir membasahi pipi yang kian berkedut.

Perasaan rindu ini menyeksa jiwa tuanya. Kemudian album itu diselak lagi. Kali ini dia lihat gambar perkahwinan Zeir Ahmad dengan Badriah pula. Betapa gembiranya dia di hari perkahwinan itu. Sampaikan majlis perkahwinan itu diraihkan dengan penuh gilang-gemilang, Badriah, baginya Badriah seorang menantu pilihan yang begitu baik sekali.

Tiba-tiba kenangan Hajah Bedah beralih pula pada malam ketika Zeir Ahmad membawa Kiran pulang ke rumah. Itulah kenangan paling pahit dalam kamus hidupnya. Dia tidak dapat menerima perkahwinan mereka berdua. Sememangnya, dia menghalang habis-habisan hubungan Zeir Ahmad dengan Kiran sebelum ini. Dia tidak mahu Mary menjadi menantunya. Disebabkan itulah dia mengahwinkan Zeir Ahmad dengan Badriah.

Namun dia benar-benar tidak menyangka, akhirnya mereka berdua berkahwin dalam diam.

Ketika itu hatinya benar-benar kecewa.

Kerana dendamnya yang membara terhadap Kiran ,dia membenci Dhia. Anak yang tidak berdosa itu dihukum atas kesalahan yang tidak pernah dibuatnya. Memang dia kejam kerana membenci Dhia, tapi dia tidak berdaya untuk menyayangi gadis itu. Setiap kali memandang Dhia, luka di hatinya rasa berdarah kembali.

Tapi sampai bila dia harus membenci Dhia sedangkan anak itu tidak bersalah sedikit pun.

Air mata Hajah Bedah mengalir lagi. Dia tidak pasti untuk apa air mata ini terus-menerus mengalir malam ini.

#goodluck adik2 pt3!!!!!!!!

Sayang Awak, Sayang!Where stories live. Discover now