Akhirnya diterima

318 17 1
                                    

Selepas kejadian Ad menangis dia telah banyak meluangkan masanya di rumah tidak masuk kerja dan Amalina yang kebetulan dapat number telefonnya banyak menghantarkan kata kata semangat kearahnya..

Kekadang Amalina datang kerumah Ad untuk menemani nya dan mendengar luahan hatinya. Walau semuanya tentang Adelia, Amalina tetapi tabah.

Ad masih tinggal dengan mama dan papa nya dan juga adiknya Rasyid jadi Amalina tidak berdua duaan dengan Ad

Mereka jua kalau bertemu hanya diluar rumah. Pertama kali Ad menjemput Amalina kerumahnya mengejutkan Amalina sendiri..

Amalina tidak tahu kenapa dia setuju tetapi pada pertama kalinya Ad betul betul meluahkan segalanya yang ada di dalam hatinya..

"Aku tak tahu macam mana nak move on mal, setiap hari sejak hari pertama aku jumpa dia aku asyik fikirkan dia.." luah Ad

"Kau dapat ingat aku setiap hari lepas ni" balas hati Amalina

"Aku tak pernah tak masukkan dia dalam doa aku"

"Aku harap lepas ni semua doa kau ada nama aku dan kau" getus hati Amalina

"Macam mana nak dapatkan dia kalau dia dah jadi isteri orang dan mengandung?"

"Aku kan ada?" Tanya Amalina dalam hati..

Semua yang dikatakannya dalam hati tidak dapat dia katakan benar benar dia takut dan dia tahu cinta bertepuk sebelah tangan..

"Aku bukannya tak nak move on susah nak move on wei, aku kerja dengan Adelia kalau aku berhenti dimana aku nak kerja?"

Amalina mengeluh..

"Kau nak tak move on?" Tanya nya kepada Ad

Ad mengangguk

"Pergi lah, ambil cuti sampai kau tenang.."

Ad yang menundukkan kepalanya kebawah terkejut dengan nasihat Amalina.. dia tidak pernah memikirkan untuk lari dari masalah tetapi apa yang Amalina kata boleh menolongnya..

Sudah hampir 3 minggu hamoir setiap hari Amalina dan Ad selalu meluangkan masa.

Hati Amalina semakin menyukai Ad tetapi Ad hanya bercakap tentang Adelia lagi dan lagi..

"Kau nak aku pergi?"

"Bukan tu maksud aku, aku nak kau tinggalkan semua kenangan yang ada di sini untuk mencari diri kau semula. Kau takkan dapat move on kalau setiap kali kita jumpa kau cakap tentang Adelia"

Ad mengeluh, ada betulnya juga kata Amalina

Amalina meletakkan tangannya di bahu Ad

"Aku nak kau bagi peluang diri kau untuk jatuh cinta lagi.. untuk jodoh kau sebenar"

Ad mengangkat wajahnya dan melihat tepat di mata Amalina..

Buat pertama kali jantungnya berdegup kencang bersama Amalina

"Aku nak sangat jatuh cinta lagi.." kata Ad tidak bergerak satu inci pun

"Then give me a chance" balas Amalina..

Mata coklat Ad membulat besar mendengar jawapan Amalina "dia suka aku ke?"

Ad melarikan jauh wajah nya dari Amalina dan berdaham. Dia menarik nafas yang dalam dan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya..

"Aku akan travel untuk beberapa bulan dan bila aku balik sini aku akan hantar rombongan"

"Terima kasih Ad" senyum Amalina kalau boleh dikatakan sampai ke telinga..

NubhanWhere stories live. Discover now