Bab 4

106K 5.4K 934
                                    

Purse aku jatuh

"--to help me." Dr. Adam menunduk, mengambil purse aku yang jatuh tadi.

Tapi, dalam pada masa yang sama juga. Aku turut menunduk, mengambil purse aku yang jatuh. Akibatnya, tangan aku dan Dr. Adam bersentuhan. 

Spark.

Tak bukan. 

Aku rasa macam darah aku mula panas, membara. Membahang. Tubuh aku terasa membahang saat tangan kami bersentuhan. Ini merupakan kali pertama aku bersentuhan dengan lelaki.

Lima saat berlalu, aku seperti terkena jampi. Stroke. Tidak mampu untuk bergerak sehinggalah aku kembali sedar. Aku terus sahaja menarik kembali tangan aku dan berdiri daripada bercangkung hanya semata untuk mengambil purse aku yang jatuh tadi.

Awkward.

Dr. Adam juga telah berdiri kembali bersama dengan purse yang berada di tangan kanannya. Aku dapat rasakan dia juga seperti terkedu dengan apa yang berlaku.

Sesaat berlalu, sehinggalah Dr. Adam menghulurkan purse aku itu kembali kepadaku. 

"Ehem.." Dr. Adam berdehem, cuba untuk menenangkan hatinya mungkin.

Aku pula terus menunduk sebaik sahaja meletakkan kembali purse ke dalam tote bagku. "Dr., ada apa sebenarnya panggil saya? Saya tak clear dengan apa yang Dr. cuba sampaikan tadi."

"Oh-" Dr. Adam duduk kembali ke mejanya. "-- saya pun tak ingat dah nak bagitahu kamu apa." Dr. Adam sengih mengejek.

Aku membuat muka 'you got be kidding me?'.

Dr. Adam gelak. "Tolong saya siapkan kertas kerja. Nanti akan ada perkhemahan di Kedah. Masih dalam planning, so perlu siapkan kertas kerja untuk mendapat persetujuan daripada dekan."

"Kenapa saya out of all people?!"

"I don't know. Maybe I'm just having fun using you--" Dr. Adam angkat bahu. 

"Saya sumpah tak faham dengan Dr., lelaki memang macam ni kan? Tahu nak menyusahkan perempuan je..!!" ucapku dengan nada yang sangat menyampah. Tanda aku sangat benci dengan makhluk yang bernama lelaki.

"Saya yang bersalah dalam hal ni. Patutnya marahkan saya, kenapa nak kena salahkan lelaki pula?" Dr. Adam berdecit sinis. "Oh, lupa I'm talking to women. Of course, nak expect apa. Pe.rem.pu.an." Dr. Adam mengukir senyuman sinis membuatkan aku merengus kegeraman.

"You know what. You should put this on your mind that I hate you..!!"

"Set. And, you too. Put in your mind that I'm your lecturer yang kamu sepatutnya hormat." Dr. Adam menikam mata aku tajam. "Macam ini kamu layan pendidik? Parents kamu tak ajar cara nak hormat orang ke macam mana?"

"Saya yang bersalah dalam hal ni. Kenapa nak libatkan parents saya pulak?! You're being immature right now Dr. Adam Ukasyah." aku menjeling Dr. Adam sedikit tajam. "In fact, saya hanya hormat orang yang hormat saya saja. Dr. tak hormat saya pun, buat apa saya nak kena hormat Dr.?"

"Ingat sikit markah kamu di tangan saya."

Aku tersenyum sinis. "Now, Dr. guna kuasa veto Dr.,"

"I am. Indeed."

Aku menikam tajam anak mata Dr. Adam. Dia juga begitu, seperti tidak mahu kalah dengan aku. Apabila aku terasa aura lain macam, aku terus mengalihkan pandangan. Aku juga dapat rasakan pipi aku beroma kemerahan. Tidak mengerti kenapa aku nak kena rasa malu sebenarnya.

Dr. Adam UkasyahDonde viven las historias. Descúbrelo ahora