👻27👻

251 52 1
                                    


"Kau dah kenapa panggil aku malam malam ni. Sudahlah kita berada dalam perpustakaan. Macam mana kau selinap masuk kesini?" Seokjin menyoal pelik ke arah Hana. Wajah gadis itu tampak muram saja.

"Kau tak perlu tahu semua tu. Apa yang aku pasti, kes pembunuhan kau dan Song Hyo Bin hampir terjawab." Jawab Hana. Matanya memandang redup muka Seokjin.

'Muka inilah yang bakal aku rindu.'

"Betul ke?!" Soal Seokjin. Bibirnya dikoyakkan satu senyuman manis. Hana mengangguk membalas soalan Seokjin.

"Jadi apa yang kau nak cakap?" Soal Seokjin lagi.

"Macam yang kita tahu, pembunuhan Song Hyo Bin disebabkan oleh anggota badannya yang dikerat dan ayah kau menjadi mangsa tuduhan. Suspek kita adalah Encik Im, Puan Im, Shin Mizu dan kemungkinan juga Baby Shin. Namun kita juga tidak pasti keberadaan Baby Shin di mana." Seokjin terangguk angguk mendengar penjelasan Hana.

"Baby Shin or her real name Song Seomin ada di tempat kejadian. Jadi kalau kita dapat jumpa dia, senang sikit kerja kita. Disebabkan dia hilang tanpa meninggalkan jejak, kita terpaksa berusaha menyelesaikan segala teka teki yang rumit ini. Tetapi, berdasarkan diari yang ditulis oleh Shin Mizu, ia jelas menunjukkan yang Mizu ada perasaan marah terhadap Encik Song sebab curang dibelakang dia dan tak boleh menerima kenyataan yang Seomin adalah anaknya. Jadi selama Seomin hidup, hanya Mizu saja yang jaga Seomin." Cerita Hana lagi.

"Jadi, apa yang kau cuba simpulkan di sini?" Soal Seokjin bersama wajah polosnya.

"Shin Mizu kemungkinan juga terlibat dengan pembunuhan ini. Secara tidak langsung, dendam yang di simpan dalam hati boleh menguasai tubuh badan seorang manusia. Kerana dendam itu datangnya dari hati manusia."

Seokjin kaku seketika mendengar bait bait kata yang dilontarkan oleh Hana. Cuba menghadam setiap maksud yang diterima. Namun pada masa yang sama, dia terasa sesuatu di hati.

"Nampaknya, teori kau sedikit sebanyak membantu dalam kes ini. Lepas kita selesaikan masalah kematian Song Hyo Bin, kita teruskan tentang masalah kematian aku pula. Kita tutup perjumpaan tergempar kita. Annyeong!" Baru saja Seokjin ingin melangkah pergi, Hana mula bersuara.

"Kau ingat tak aku pernah cakap yang aku dapat kesan dua aura berbeza di hadapan rak buku ni? Salah satu aura itu ada kena mengena dengan kematian kau, Seokjin."

Seokjin berpaling kebelakang semula menatap wajah Hana dengan muka yang bingung. Dia mengalihkan pandangan ke rak buku yang berada di belakang Hana.

Setapak demi setapak dia melangkah mara kehadapan. Hana berdiri kaku di situ. Seperti ada sesuatu yang membuatkan kakinya tidak mampu bergerak ke belakang.

Kini, tubuhnya dan Seokjin hanya tinggal 1 inci sahaja. Jika berlaku sebarang pergerakan, sudah pasti dada Seokjin dicium oleh Hana tanpa sebarang amaran. Mata Seokjin masih setia memandang rak buku.

"Aku pernah mencari maklumat tentang kematian Song Hyo Bin. Aku tak sangka aku jumpa satu artikel yang—

Setitik air jernih mula turun dari tubir matanya. Dia mendongak memandang muka redup Seokjin. Bibirnya dia ketap. Tidak sanggup dia ingin membentangkan kebenaran.

"Ada satu lagi kematian di tempat kejadian yang sama. Mangsa ditembak sehingga mati. Mayat mangsa terdampar di lantai dengan darah yang berlemuran. Wajah mangsa juga ada dinyatakan dan mangsanya...

Kau. Kau, Seokjin." Hana meletakkan kepalanya di dada Seokjin. Dia menangis dalam senyap. Sungguh dia rasa bersalah pada dirinya dan Seokjin.

Namun semua itu terhenti tatkala dia terasa ada cecair yang jatuh pada kepalanya. Dia mendongak memandang Seokjin semula. Alangkah terkejutnya dia melihat pipi Seokjin mula basah dengan air mata yang tidak berwarna jernih. Ianya berwarna merah.

'Seokjin menangis air mata darah?'

Hana mula mengambil langkah ke belakang. Badannya menggeletar hebat tatkala air mata darah Seokjin mula mengalir lebat.

"Dendam yang di simpan dalam hati boleh menguasai tubuh badan seorang manusia. Kerana dendam itu datangnya dari hati manusia." Seokjin mengulang semula kata kata Hana.

"Seokjin, kau okay?" Soal Hana risau.

"Disebabkan perasaan marah terhadap kes ini, aku dibawa ke alam kematian." Seokjin memegang tepi kepalanya yang terasa berpinar itu.

"Aku datang ke rumah agam Song Hyo Bin untuk menyiasat lagi tentang pembunuhannya. Disebabkan pembunuhan itu, ayah aku menjadi mangsa. Disebabkan pembunuhan itu, mak aku bunuh diri. Aku datang seorang diri ke biliknya dan pada malam itu...

Nyawa aku ditarik dengan hanya satu tembakan." Seokjin jatuh melutut pada lantai.

"Kini, aku ini ingat cara aku mati." Katanya lemah bersama air mata darah yang berlinang.

"Seokjin!" Hana menerpa ke arah Seokjin lantas dia melutut di hadapannya. Badan Seokjin dia dakap erat.

Seketika itu, dia terasa kosong pada dakapannya. Dia melihat ke hadapan. Terkejut jadinya apabila menyedari yang Seokjin hilang dari dakapannya. Matanya meliar mencari susuk tubuh lelaki itu.

"Seokjin!" Kuat Hana memanggil nama Seokjin di perpustakaan itu. Kedengaran gema.

Tiba tiba, telinganya menangkap bunyi loceng gereja yang berada berdekatan dengan dewan sekolah.

Terasa satu perasaan yang lintas pada nalurinya.

"Aku pasti, dialah orangnya. Naluri seorang Iendera tak pernah salah."

TBC

[C] MYSTERY | KIM SEOKJINWhere stories live. Discover now