Bab 11

304 14 0
                                    

Jam 6:30 pagi dia sudah siap dengan pakaian seragamnya. Masuk sahaja hari ni sudah genap seminggu perkahwinannya bersama Faiz. Lelaki itu, sebarang cerita pun dia tidak tahu.

"Kau kena kuat Airis.. Benda yang dah lepas kau lupakan.. Sekarang kau kena tumpu pada kerja.." kata Airis pada dirinya. Sempat lagi dia membaca serangkap doa sebelum keluar di rumah sewanya.

Rumah sewa ini pun hasil daripada pertolongan Amanda. Tidak dapat dia lupakan reaksi Amanda selepas mendengar akan nasib dirinya. Marah sekali dia dengan Faiz. Tapi disebabkan suami dia terpaksa membela.

Lebih kurang setegah jam dia tiba di Hospital Besar Kuala Lumpur. Kakinya melangkah je arah wad kecemasan. Langkahnya termati apabila nampak sahaja figura yang cukup dia kenali yang selang berapa langkah darinya.

"Airis sini jap" kata ketua jururawat sebaik sahaja ternampak kelibatnya di sebalik pintu. Ada beberapa memandang ke arahnya.

"Airis hari ini awak bertugas dengan Amir bawah jagaan doktor Alif.. Start sahaja minggu depan awak bertugas dengan Faiz selama 2 bulan" kata Wina. Airis sudah mati kata. Matanya sempat mengerling ke arah Faiz yang berada di sebelah kaunter.

"Airis bolehkan?" tanya Wina lagi apabila tiada sahutan daripada Airis.

Anggukan daripada Airis cukup dijadikan sebagai jawapan. Walaupun anggukan daripadanya lambat dia perasan dengan senyuman yang cukup dikatakan sinis yang terbit di hujung bibir Faiz.

"Haa.. Eloklah tu sekarang awak tunggu saya dekat kantin.. Nanti kita jumpa dekat situ" kata Alif dengan senyuman. First time kot dia bertugas dengan Airis. Tapi sayang perempuan tu dah jadi isteri orang.

Airis yang mendengar sudah mengangkat kirainya. Apakah? Pesakit dekat sini, yang nak pergi kantin tu buat apa!

"Tapikan doktor pesakit dekat sini.. Kenapa nak pergi kantin pula?" kata Airis dengan tanda tanya. Faiz disebelah sudah memandang Alif dengan jelingan.

"Kita break sama-sama.. Nak buat apa lagi cik Airis.. Tak akanlah nak bedah orang dalam kantin tu pula" jawab ikwan di belakang. Alif di sebelah menganggukkan kepalanya.

"Tapi saya dengan dok.." kata Airis dipotong laju oleh Alif.

"Izz kau setealkan dia! Kita orang chaw lu" kata alif sambil mendorong Airis ke arah Faiz. Faiz hanya memandang tanpa riak. Bertuah punya kawan!

"Tunggu apa lagi jalanlah.." kata Faiz perlahan tapi ada ketegasan di situ. Walaupun di tempat awam dia tidak gila lagi nak marah orang tanpa sebab.

Dalam perjalanan ke kantin Airis hanya mendiamkan diri. Rasa janggal pun ada berduaan dengan Faiz. Kalau ada dua kawan lelaki itu mungkin tidak. Faiz melirik matanya ke arah Airis di hadapan. Kurang 1 meter macam tu.

"Seronoklah kau.. Lepas aku kawan aku pula.. Lepas tu siapa? Mikail" kata Faiz di belakang. Matanya kini tertumpu kearah Airis. Terus langkah Airis termati sebaik sahaja mendengar ayat yang meluncur dari mulut lelaki dibelakangnya itu.

"Kau cakap apa ni! Aku tak fahamlah?" kata Airis dengan penuh tanda tanya. Faiz yang mendengar jawapan Airis tersenyum sinis. Dasar!

Panggilannya juga ditukarkan. Sejak dia di halau seperti anjing kurap dia bertekad tidak akan berlembut lagi. Biarlah digelar isteri nusyuz, tapi kalau lelaki dayus tu macam mana pula?

"Panggilan pun kau tukarkan.. Kau sedar sikit aku ni siapa! Kau nak ke sandang title janda.. Aku rasa awal lagi kot.. Huhh! Perempuan semua sama je!" tepik Faiz kepada Airis. Airis sudah tersenyum sinis.

"Well.. So maksudnya mak dan adik kau tu pun samalah.. Tak ubah pun macam perempuankan.. Tak akan kunsar.. Kalau kunsar tak tahulah pula aku" kata Airis pedas. Faiz yang mendengar sudah menyinga. Terus dia datang mendekat. Pergelangan tangannya digenggam kasar.

"Sakitlah mangkuk! Kau ni dah kenapa! Tempat awamkan! Kau nak orang nampak ke" kata Airis cuba melepaskan dirinya.

"Mulut kau jaga sikit ya.. Aku diam bukan bermakna aku mengalah.. Jangan sampai tangan aku naik dekat muka kau pula" kata Faiz lalu melepaskan tangan Airis kasar. Terus ditinggalkan Airis yang terpingga-pingga di belakang.

"Tahu pun marah.. Macam tulah sakitnya hati saya bila awak hina saya.. Belum lagi dibandingkan masa awak buang saya macam anjing kurap" kata Airis perlahan. Takut didengari oleh orang sekitarnya.

Airis hanya membuntuti Faiz daripada berlakang. Pergelangan tangannya yang masih terasa cengkaman Faiz diusap perlahan. Boleh tahan sakit juga cengkaman mamat ni!

Di kantin dia hanya menjawab sepatah apabila ditanya sahaja. Pandangan daripada Faiz di hadapan tidak dihiraukan. Mukanya nampak sunggul lepas sahaja perbalahan sebentar tadi. Nasibnya baik kerana tidak dapat dihidu oleh 2 orang kawan lelaki itu.

☁☁☁☁☁

Dahlia memandang fail yang bertimbun di atas mejanya. Hidupnya macam tak lepas daripada kerja. Tapi dia tak kisah asalkan dapat duit untuk menampung beban keluarganya di kampung.

Sedang leka menaip telefon di tepinya berbunyi meminta di angkat. Tangan mencapai melihat gerangan yang menghubunginya. Tertera nama maknya di skrin telefon. Kaki menuju ke arah pantry.

"Angkat pun kamu.. Susah betul nak jawab telefon bila mak call sekarang" tepik Puan Hajah di hujung talian. Dahlia sudah mengemam bibirnya.

"Bukan macam tu mak.. Lia banyak kerja kebelakangan ni.. Lagi pun time mak call tu Lia tengah meeting dengan client" kata Dahlia cuba membetulkan andaian maknya. Tanpa dia sedari perbualannya didengari oleh seseorang.

"Kamu bila nak mai kampung?" tanya puan Hajah di dalam talian. Dahlia ligat menyusun ayat di dalam kepalanya. Mencuba nasib mungkin.

"Mak.. Lia bukan tak nak balik tapi.. Tak apalah nanti Lia cuba tengok macam mana" balas Dahlia. Sambil itu kerusi di hadapannya ditarik lalu duduk.

"Mak bukan apa.. Mak rindu dengan anak mak yang sorang ni.. Raya tahun lepas pun kamu balik sehari dua. Tak puas mak nak tatap wajah kamu Lia.." kata Puan Hajah di hujung talian. Dahlia sudah mati kata. Boleh pening kepalanya kalau macam ini.

"Mak Lia banyak kerja lagi ni.. Nanti apa-apa Lia call mak balik ya" kata Dahlia sebelum menutup talian.

Lebih kurang setengah jam dia di pantry. Keluhan di lepaskan. Aiman yang memerhati daripada tadi terus keluar daripada tempat sembunyiannya.

"Jauh termenung.. Termenungkan apa?" kata Aiman lalu menarik salah satu kerusi di hadapan Dahlia. Dariapada awal lagi dia dengar semua yang diborakkan oleh dua beranak tersebut.

"Eh Encik Aiman.. B..bila ada dekat sini?" kata Dahlia tergagap. Terus dia bangun daripada duduknya.

"Nak ke mana? Duduk je lah" kata Aiman sebaik sahaja terlihat Dahlia yang berura-ura mahu bangkit daripada kerusi. Tak sewenangnya dia memegang lengan tangan perempuan tersebut. Terus dilepaskan apabila sedar akan keterlanjurannya itu.

"Maaf.. Err.. Tadi saya adalah terdengar perbualan awak dengan mak awak.. Tapi saya bukan sengaja.. awak janganlah fikir yang bukan-bukan.." terang Aiman panjang lebar. Dahlia dihadapan sudah tercengang.

"Awak ni memang penyibuk ya! Suka sangat ambil tahu tepi kain orang kenapa! Kain awak tu dah terjaga sangat ke!" tepik Dahlia lalu pergi. Aiman sudah termati kata.

"Aku tanya je kot.. Yang nak marah apahal! Period ke minah ni" kata Aiman tidak berpuas hati. Kakinya terus menuju ke meja buat air.

Dahlia di mejanya sudah meraup wajahnya. Menyesal barangkali dengan kata-kata yang meluncur daripada mulutnya sebentar tadi. Hatinya sudah tidak tenteram.

"Kasar sangat ke aku? Matilah kau Lia.. Mulut ni pun satu cakap main lepas je.. Dia tu bukan kawan kau! Tapi bos kau!" terus ditampar- tampar perlahan mulutnya. Pandangan daripada orang sekelilingnya tidak diendahkan.

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now