59

385 38 2
                                    

"MANA ANAK KAU?! CAKAP!" Max terus menyeksa Khairani dengan menumbuk perut Khairani dengan sebatang kayu.

"A..aku.. t.. t..tak.. t..ta..hu.." balas Khairani dengan lemah.

Dua ekor syaitan milik Max kembali dengan tangan kosong.

"CARI MEREKA SAMPAI JUMPA! GERHANA AKAN MUNCUL TAK LAMA LAGI. KALAU TAK, KITA AKAN MATI!" Max mengarahkan syaitannya kembali mencari Ayeesha.

"Aku tahu kau sembunyikan sesuatu.. cakap Khairani, mana anak kau?" Max bertanya lagi.

"Aku.. t..tak tahu.. a..aku t..tak ta..hu.." Khairani masih berkeras. Max sudah hilang kesabarannya. Dia terus mengetuk perut Khairani dengan kayu yang dipegangnya dengan sangat kuat. Akibatnya, Khairani muntah darah. Sakitnya bukan kepalang. Teramatlah sakit.

"Mana Tuhan kau untuk menolong saat ini?" Max masih sempat memerli Khairani.

"Ada, bersamaku.." Khairani menjawab dengan lemah, dengan mulut yang bersisa darah.

"Mana? Kenapa tak selamatkan kau? Kau percaya Allah itu wujud? Kau nampak dia?" Max masih memerli.

"Allah ada dimana-mana sahaja.." pendek sahaja jawapan Khairani.

"Kau lihat dia.." Max menunjukkan patung manusia berkepala kambing yang disembahnya tadi kepada Khairani.

"Kalau kau sembah dia, kau takkan jadi macam ni. Kau pun boleh nampak dia, maka dia wujud. Hakikatnya, kau sembah Allah. Mana Allah untuk bantu kau?" Max cuba memanipulasi psikologi Khairani.

"Allah ada sentiasa bersamaku. Di langit, di lautan mahupun di daratan. Sentiasa ada.." keimanan Khairani teguh mempertahankan agamanya.

"Tak tolong?" Max bertanya.

"Tolong.." Khairani menjawab.

"Tolong apa?"

"Tolong lindungi aku dari sebarang perkara yang boleh mensyirikkan Dia seperti apa yang kau buat.." Khairani mencabar Max. Max tergelak kecil.

"Khairani.. Khairani.. kau masih buta nampaknya. Kau tak sedar ke kau ada dimana ni? Kau tak sedar ke yang kau ni dah nak mati? Dan.. kau tak sedar ke yang Allah tak wujud untuk tolong kau sekarang ni?" Max mencekup leher Khairani.

"Aku sedar siapa Tuhanku. Aku sedar bahawa Allah itu wujud. Aku yakin Allah akan bantu aku.."

"Bila nak bantunya?"

"Ajal, kelahiran ialah satu misteri. Jika ditakdirkan aku mati disini, setidak-tidaknya, aku mati dijalan Allah.."

"Kau tak takut mati?" Max bertanya.

"Kenapa aku harus takut? Sedangkan Allah sudah berfirman dalam Al-Quran, 'Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan', surah Al-'Ankabut : ayat 57. Semua orang akan mati, termasuklah kau"

"Khairani.. Khairani.. I am immortal. I've been sent by Lucifer to save people like you. I am your protector.."

"Tidak. Allah yang akan melindungku kerana Allah telah menyebutnya di dalam Al-Quran, 'Dan jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong', surah Al-Anfal : ayat 40"

Max menolak kepala Khairani.

"Pastikan kami jumpa anak kau.." Max beredar lalu duduk di hadapan berhala sembahannya.

* * *

Mason, Ayeesha dan Tuan Ghazi terdengar bunyi rantai besi yang diseret di sebalik dinding batu yang menjadi tempat persembunyian mereka.

The SecretNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ