BAB 1

312 0 0
                                    

Aku hanya terdaya melihat Hasun dan Omira dengan perasaan yang cukup membara. betul-betul aku tidak menyangka semua ini bakal terjadi terhadap diri aku. dalam sekelip mata saja semuanya berubah. hancur dan berderai. kepercayaan yang aku berikan terhadap mereka berdua telah dibalas dengan kecurangan. Sungguh menyakitkan hati. sakitnya tak terluah dengan kata-kata. hati aku bagai disiat-siat, sakit dari segala yang sakit.

"Mai, sorry  Hasun betul-betul tak boleh berpisah dengan Omira. Hasun sangat suka dan cintakan Omira." Kata-kata Hasun bukan lagi menghiris hati dan perasaanku bahkan telah hancur lumatkan segalanya. Dia boleh berterus-terang macam itu tanpa fikirkan apa yang aku rasa. tidak cukup dengan aku tahu, mereka berlaku curang dibelakangku ditambah pula dengan pengakuan sebegitu oleh orang yang aku sangat cintai. Aku hanya bertanyakan gambar-gambar Hasun bersama Omira dalam keadaan mesra beberapa hari lepas dan kami bergaduh besar kerana hal itu. Hari ini, Hasun dan Omira tampil di hadapanku untuk menjelaskan keadaan sebenar. Berkecai hati dan perasaanku bila mendapat tahu mereka sudah lama menjalinkan hubungan.

"Apa pun yang berlaku, Abang takkan lepaskan Omira dan tak boleh berpisah dengan Omira!"kata Hasun.

 wajahnya jelas tidak menunjukkan rasa bersalah langsung. seolah-olah berita yang dikhabarkan kepadaku adalah berita gembira dan ingin aku berkongsi sama kegembiraanya. tergamak hati Hasun. macam lah aku ni orang yang langsung tiada apa-apa ikatan dengannya. terlupa gamaknya aku ini isteri nya yang berjasa dengan dia dan berada di sampingnya selama bertahun-tahun? seperti menukar perisa air. semudah itu dia melupakan aku.

aku terdiam,terkelu semuanya ada. sedang menghadam situasi yang aku memang tidak sangka akan terjadi dalam hidup aku, apa makna semuanya ini? dia tak boleh lepaskan Omira. Adakah kemesraan yang dirasai oleh Hasun telah memaksa Hasun untuk berubah seperti ini atau dia telah mencintai Omira sejak dulu? kalau ya, sejak bila dia mulai ada perasaan terhadap Omira? kenapa aku masih tak sedar yang mereka berdua sedang hangat melayan perasaan masing-masing, sedangkan mereka selalu bersama denganku? kenapa aku langsung tak terhidu hubungan mereka?

"Abang memang betul-betul sayangkan Omira." Hasun tegaskan lagi katanya, bagiku ayat yang diucapkan oleh Hasun sangat menjengkelkan. seperti aku ni tidak faham bahasa melayu, diulangnya berkali-kali betapa perasaannya sudah terpaut dengan Omira. Apakah kerana aku berdiam diri menampakkan aku seperti buta bahasa? masih tidak boleh hadam semua perkara yang berlaku sekarang, aku hanya mengumpulkan kekuatan aku yang sudah lama hilang sebaik saja aku melihat Omira dan Hasun datang bersama tadi.

aku menarik dan hembuskan nafas cuba tenangkan diri, aku bertanya. " habis itu, Mai ni siapa pada Abang?" Aku masih lagi menahan air mataku daripada terjatuh, walaupun rasa kecewa yang aku rasai sekarang ini bukanlah sedikit pada saat ini. Aku benar-benar terkilan dan kecewa mendengar pengakuan Hasun. 

Hasun hanya membatukan diri selepas pertanyaan aku tadi. tiada jawapan dan mungkin sukar untuk memberi jawapan jujur. "siapa Mai pada diri Abang?" aku ulangi lagi pertanyaanku dengan nada sedikit keras. apakan daya, semakin lama Hasun mengambil masa untuk menjawab pertanyaaku. rasa kecewa dan sedih aku tak dapat lagi dibendung. Air mata aku mula jatuh. sekilas aku memandang Omira yang hanya mampu membisu sejak tadi, seperti sudah tak ada mulut. Aku lihat Omira berusaha melarikan wajahnya daripada tatapan marahku.

"Abang minta maaf, Mai. Abang tak boleh berpisah dengan Omira. Abang tak pernah rasa bahagia seperti ini. Bila Abang bersama Omira. Abang tersangat bahagia Abang tak nak lepaskan kebahagiaan Abang sekarang begitu saja, dan Abang tak pernah rasa bahagia sepertimana Abang rasa bersama Omira semasa bersama Mai." Hasun pandang wajah Omira. Masa itulah Hasun pegang tangan Omira. melihat adegan yang menyakitkan hati itu, air mataku luruh semuanya membasahi pipi. pedih. teramat pedih. dan rasa sakit hatiku bukan kepalang lagi. " Kita bercerai saja." kata Hasun kemudiannya.

aku + kamuWhere stories live. Discover now