BAB 2

189 2 0
                                    


Keesokan harinya, aku mencari Omira. Ingin mendapatkan penjelasan daripada mulut Omira sendiri. Aku tidak peduli apa nak jadi, jadilah. Aku tak perlu lagi menjaga hatinya dia bukan lagi sahabat yang perlu aku jaga hatinya, kerana dia sendiri tidak menjaga hati aku dan khianati aku. Aku tak ada kawan bernama Omira lagi. Omira sudah mati. 

Aku hadiahkan satu tamparan ke pipi Omira sebaik sahaja dia membuka pintu pagar. setakat itu, sahaja kesabaranku yang aku tahan sejak semalam. kalau dia itu orang lain, aku kurang terkilan. tetapi ini sahabat baikku sendiri,sejak zaman sekolah lagi.  Satu-satunya,sahabat yang aku ada. harapkan kawan, kawan makan kawan.

Omira pegang pipinya yang berbekas dengan kesan tamparanku. mukanya merah dan aku tahu dia sedang marah tetapi aku lebih marah lagi. Marahku sudah tidak terungkap dengan kata-kata. perbuatannya benar-benar di luar batas kesabaranku.

"kenapa Hasun? kau sanggup tikam belakang aku Omira! kau hancurkan rumah tangga kawan baik kau sendiri,jenis perempuan macam mana kau ni? kalau ingin bersuami kenapa mesti suami aku! macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni, Hasun jugak yang kau pilih!" Aku herdik Omira tanpa mengira rasa malu lagi.

"Dasar perampas!" Aku menjerit.

" Eh. untuk pengetahuan kau, aku tak rampas Hasun dari kau lah Mai! Laki kau tu yang asyik cari aku. Aku tak boleh buat apa-apa lagi kalau dah setiap hari dia datang merayu aku" ujar Omira. ada nada angkuh pada kata-katanya. Seolah-olah dia tak bersalah langsung dalam hal ini.

"Kau tak boleh salahkan aku, kau yang tak pandai jaga laki kau! kalau kau reti jaga. tak adanya dia datang tergilakan aku. Hasun juga takkan berubah kasih. Dalam hal ni, kau yang salah. kau memang isteri yang tak pandai jaga suami!" Suara Omira semakin lantang.

" Aku benci kau! Perempuan kejam!" Mai, sudah tidak berdaya ingin berlawan mulut dengan Omira itu saja yang mampu diucapkannya.

" kau tu yang kejam! tak sedar diri. sendiri punya salah, tahu nak salahkan orang saja. kau cermin dululah diri tu sebelum nak buat tuduhan. sekarang ni kau berambus dari sini! sebelum aku telefon polis." Omira terus menutup pintu pagar dengan kasar.

Selama aku kenal dengan Omira. Hari ni baru aku tahu begini rupanya perangai Omira. selama ini dia hanya berpura menjadi kawan baikku. tapi aku tak tahu kenapa dia sanggup goda Hasun dan rampas Hasun dariku. apakah aku ada melakukan kesalahan kepadanya? perangai seburuk itu tidak pernah aku sangkakan daripada Omira. Aku begitu percayakan Omira. Apatah lagi Hasun dan Omira satu tempat kerja.

Panggg!!! Hampir terpusing kepala aku dibuatnya. Terasa sangat pedih pipiku. " sekali lagi kau jumpa Omira! nahas kau aku kerjakan!" Hasun menjerit. " Dasar perempuan  tak sedar diri!" tudung bahagian kepala aku ditarik dan terus Hasun tolak ke dinding pagar. Sakitnya bukan kepalang lagi. 

Zssshh!!! Rasa berdesing di bahagian kepala yang teramat sakit sehingga aku tidak dapat bangun dari tempat kepala aku ditolak tadi. Aku terduduk memicit kepalaku yang sangat-sangat sakit, aku mengetapkan gigi tapi sakit itu tidak dapat aku bendung. Akhirnya dari terduduk aku jatuh terbaring tidak sedarkan diri. Hasun dan Omira hanya memalingkan kepala mereka dan berjalan masuk ke dalam rumah.

" Sayang? Mai tu kenapa? pengsan ke?" Omira bertanya, risau juga takut jadi kes polis pulak. Hasun pandang Omira dan senyum. Kononnya ingin memujuk rasa gelisah Omira. " Dah.. tak payah nak risau, buat serabut kepala fikir pasal perempuan tu. dia sengaja buat-buat pengsan."Kata Hasun.

Pada waktu petang, Hasun dan Omira ingin keluar makan malam di kedai makan. "nampak tak? perempuan tu dah tak ada dekat sini dah.. so tak payah nak risau. Kan betul cakap sayang dia cuma nak perhatian je tu!" Kata Hasun.

Sementara itu. Di hospital, Maisarah berada di wad kecemasan dengan pemantauan beberapa orang doktor untuk mengesahkan penyakitnya. "Dibahagian kepalanya ada kesa hantukan dan aliran darah yang dah kering."  kata doktor kepada orang yang membawa Maisarah ke hospital.

Lelaki yang membantu Maisarah tidak tahu bagaimana nak menerangkan situasinya sekarang, kerana dia jumpa Maisarah dalam keadaan dia sudah tidak sedarkan diri. " doktor, pesakit ni ada rekod datang ke sini, minggu lepas. dia buat pemeriksaan di bahagian kepalanya dan dia menghidap barah otak tahap 1 tetapi sekarang sudah tahap 2." kata misi yang baru mendapatkan maklumat itu.

" encik nama apa?" tanya doktor itu. " nama saya Rayyan" jawab Rayyan. " baiklah. En. Rayyan, saya harap encik dapat nasihatkan isteri encik untuk menjalani rawatan kemoterapi secepat mungkin ye." kata doktor itu dan berlalu pergi.

"sila ikut saya uruskan pembayaran rawatan Puan Maisarah." Rayyan mengikuti misi ke kaunter. Usai membuat pembayaran Rayyan terus pulang ke rumah kerana dia ada janji temu yang harus dihadiri.

Maisarah sudah sedarkan diri dan memegang kepalanya yang terasa sakit. Maisarah memandang sekelilingnya, hospital? dia pelik kerana dia sekarang berada di hospital. Maisarah mengambil beg tangannya dan mengambil telefonnya yang sedari tadi berbunyi. " assa-" belum sempat memberi salam, Hasun terus memotong kata-katanya. " eh! aku bagi amaran terakhir, kau jangan datang rumah aku dan Omira lagi, kau berani tampar orang yang aku paling sayang, tu sikit je tadi aku bagi! kau datang lagi. teruk kau kena. faham! jangan ganggu hidup aku dan Omira lagi." terus Hasun memutuskan panggilan. tahulah aku bukan Hasun yang bawa aku ke hospital.

" Oh. Puan dah sedar, tunggu sekejap ye" misi tadi memaklumkan kepada doktor yang aku sudah sedarkan diri. " nama puan?" tanya doktor itu sebaik dia tiba di katil aku. " Siti nur maisarah bt daud." jawabku. Doktor mengangguk. " puan akan berada di hospital untuk 5 hari, kami ingin memantau keadaan puan dengan lebih lagi. puan disahkan menghidap kanser otak tahap 2 " terang doktor itu. 

" Baiklah" aku sudah tahu lama tentang penyakit aku, tapi tidak sangka secepat itu kanser ni naik ke tahap 2. Aku sangat sedih. " doktor, siapa yang bawa saya ke sini?" tanyaku. " encik Rayyan, suami puan." kata doktor itu lagi. Aku pelik, Rayyan? siapa Rayyan? apapun aku bersyukur kalau bukan kerana bantuannya menghantar aku ke hospital pasti teruk keadaan aku nanti.

Sepanjang 5 hari aku di hospital itu, aku diberikan rawatan sampingan saja aku tidak bersedia lagi untuk membuat kemoterapi. " Puan Maisarah, semua kos sudah ditanggung. Puan Maisarah boleh terus balik." kata misi itu. semua dah dibayar? siapa bayar? aku tertanya-tanya. Keluar dari hospital aku ke rumah ibu tiriku.

aku mengeluarkan telefon lalu aku mesej Hasun, "Terima kasih bang, sebelum Mai pergi. Mai minta maaf daripada abang. halalkan semua makan dan minum Mai. Jujur Mai katakan. Mai cukup bahagia bersama abang dan abanglah satu-satunya lelaki yang pernah Mai sayang" Aku membulatkan tekad. Terus menekan butang send dan terus melangkah ke pergi tanpa mengganggu hidup Hasun lagi.

Cukup derita sampai disini.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 27, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

aku + kamuWhere stories live. Discover now