Bab 17

4.6K 285 16
                                    

     Tangan Naylisa dipimpin kemas, mereka berjalan beriringan setelah turun daripada kapal terbang. Yang lain-lain sibuk berbual tentang hal yang mengarut, mereka mana pernah berbual tentang sesuatu hal yang serious. Perangai masing-masing seperti kanak-kanak yang menginginkan perhatian lebih saja.

     Tidak lama selepas itu, tangan Naylisa dilepas, pinggang ramping gadis itu pula dirangkul dari tepi. Naylisa menoleh ke arah Deyzrill.

"Awak pernah datang sini ke?"

     Deyzrill menggeleng beberapa kali sebelum dia mendekatkan bibir pada cuping telinga Naylisa.

"Tiba-tiba aku rasa rindu" Bisik Deyzrill sambil mereka melangkah. Naylisa mengerut dahi, rindu apa pula ni?

     Senyuman manis terukir di bibir setelah terlihat wajah Naylisa seakan sedang memikirkan sesuatu. Hidung gadis itu dicuit sekilas sebelum laluan mereka diubah, langkah semakin dipercepatkan.

"Tapi family awak ke sana" Naylisa menunjuk arah belakang di mana Denizz and the gang berjalan.

"Singgah hotel dululah kalau macam ni" Deyzrill hanya berjalan tanpa memandang ke arah tempat yang ditunjuk.

"Rill, awak dah janji tak nak buat hal lagikan?" Naylisa terus berhenti melangkah, wajah Deyzrill direnung dengan renungan tidak berpuas hati.

"Sayang, aku gurau ajelah. Tengah lapar ni, lapar sangat-sangat" Kedua-dua belah pipi Naylisa dipegang.

"Ehem"

     Bunyi deheman mengganggu mereka berdua, kepala ditolehkan ke arah si gerangan tersebut. Deyzrill menghela nafas panjang, tak boleh ke biarkan dia berdua-duaan bersama Naylisa sedikit lama?

"Denizz memang nak pergi makan kejap lagi, kau jangan rancang nak larilah. Pergi ikut Denizz" Arah Haraz bernada tegas.

"Kalau aku tak nak?" Deyzrill tersenyum sinis merenung ke dalam anak mata Haraz.

"Okay then" Belum sempat Haraz mencapai lengan Deyzrill, Naylisa bersuara.

"Kami ikut, Abang Haraz jangan risau ya" Kata Naylisa bersama senyuman manis.

"Jaga boyfriend kau ni elok-elok. Perangai dah macam budak-budak tak guna, tak nak langsung bergaul dengan family sendiri" Ujar Haraz sebelum dia melangkah pergi.

"Dengarkan, hm? Kita ikut aje ya, saya tak nak awak buat masalah kat sini" Naylisa memeluk lengan kanan Deyzrill sebelum lengan itu ditarik. Deyzrill menghela keluhan kecil.

     Tiba di rumah Mak Mah iaitu ibu angkat Andy, mereka mengangkat beg masing-masing memasuki kamar yang dikongsi. Rumah Mak Mah yang sudah diubahsuai menjadi batu sepenuhnya memuatkan mereka semua di situ.

"Okay ni bilik untuk Naylisa" Andy membuka pintu untuk gadis itu masuk.

"Kau, jangan nak buat hal kat sini. Mak aku tu dah tua, dia pandai baca riak muka orang lebih dari kemampuan kau" Jari telunjuk Andy tepat ditunding mengenai batang hidung Deyzrill yang berdiri di sebelah Naylisa. Deyzrill menepis tangan lelaki itu.

"Ingat!" Kata Andy sebelum dia melangkah pergi.

     Deyzrill menoleh ke arah Naylisa, keningnya dijongket beberapa kali bersama senyuman nakal terukir di bibir.

"Jangan, okay? Pergi mandi dan solat" Kepala Deyzrill diusap lembut. Deyzrill menggeleng kecil, wajahnya terus disembamkan pada bahu kanan gadis itu.

"Rill, awak tak boleh macam ni"

     Tangan beralih pula pada belakang tubuh Deyzrill lalu diusapnya lembut. Dia perasan perubahan Deyzrill, lelaki itu menjadi lebih manja sejak akhir-akhir ini. Asyik nak melekat dengannya sahaja.

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now