Bab 16♡Perjuangan Cinta Kita

36 2 0
                                    

"Hello? Rara? awak masih dalam talian ke tak ni? Hello? "

"Haa ... ya.. saya ada je dekat sini tadi line kurang jelas la,Zaireen. Sorry hihi.."

"Oh tak apa... saya faham... awak nak minta tolong apa tu? Kalau saya boleh tolong, inshaAllah saya tolong. Cakap jela apadia?"

"Saya nak ajak awak ikut saya keluar isnin ni boleh tak? Ataupun awak busy isnin ni? Kalau busy,tak apalah. Saya boleh ajak Nana."

"Eh tak la... saya tak busy pun isnin nanti. Boleh je saya ikut awak tapi ke mana?"

"Yang tu saya tak tahu lagi tapi nanti saya ambil awak okay kat rumah. Send saya location rumah baru awak nanti."

"Oh okay. Malam ni juga saya send hahahahahah.."

"Hahahahahah...amboii tak menyempat nampak! Okayyy byeee awak."

"Bye!"

*Tidak lama kemudian, bunyi notifikasi Whatsapp masuk. Ternyata Zaireen yang Whatsapp aku untuk memberi lokasi rumahnya seperti yang aku minta tadi.*

................................
Hari Isnin Pun tiba... seperti biasa perjanjian yang dibuat antara Zain dengan Rara tetap berjalan seperti  biasa manakala perjanjian Rara dengan Zaireen juga perlu diteruskan seperti yang dirancang.

***************
Di Aunty Lily's Cafe,Melaka.

"Rara, duduklah dulu. Lamanya I tunggu you. Yang ni siapa?" Zain bertanya aku soal lelaki yang berada disamping aku itu.

"Memperkenalkan ni Zaireen. Ex boyfriend I. You tak jelous kan? Hahahaah..."  Aku menyindir Zain.

"Zaireen? Ex you?" Zain tergamam. Aku tahu bahawa dirinya sedang mengingat sesuatu. Mengingat semula cerita tentang kekasih lama aku yang masih sayangkan aku namun aku terpaksa memutuskannya atas sebab tertentu.

"Dia ni bukan ke yang you cakap kat I tu?"

"Aah, dialah orangnya. Zaireen dah balik Melaka semula. You tengok apa lagi salam la dia."

Mereka berdua pun bersalaman antara satu sama lain sambil berkenalan.

"Aku Zain,bro."(Salam tangan Zaireen)

"Aku Zaireen. Baru je balik Melaka 5 bulan lepas. Kalau tak ada apa-apa, aku ke meja depan dulu la. Korang nak borak apa, borak jelah dulu aku tak nak kacau."

Maka, Zaireen pun beredar daripada meja Zain dan Rara.

"Dah, cepat sikit I busy harini. Apa yang you nak cakap kat I better cakap sekarang."

"Busy you kata? Busy dating dengan lelaki tu ke apa? Eh you sedar tak yang I ni tunang you lagi."

"Sedar I sedar,Zain. Tapi tu DULU!! Since you yang tak sedar yang you tu tunang I, so nak buat apa I sedar yang I ni you punya kan? Just waste my time."

"Rara,sebab tu la I panggil you datang sini. I sanggup minta MC sebab nak turun Melaka jumpa you. I nak cerita rahsia paling besar yang you tak tahu."

"Apa benda? Tak payah nak sembunyi-sembunyi la I tak suka. Just direct."

"Actually, perempuan yang dengan I tu bukan gf I yang sebenar."

(Sedang aku minum air,tiba-tiba aku tersedak lalu terbatuk.)

"What,Zain??? You ulang balik."

"Yes, perempuan sexy yang you nampak tu bukan gf I. I ni cuma hamba dia je, Rara."

"No,I tak percaya. Kenapa jadi macam tu pula?"

"Sebab, I kena selamatkan perusahaan papa. You tahu kan I ni anak no.2 since abang I meninggal,semua tanggungjawab papa serahkan pada I termasuklah memegang perusahaan dia. I ni muda lagi jadi dia cakap banyak pengalaman yang I dapat kalau I handle perusahaan ni."

Lelaki yang Ku PintaWhere stories live. Discover now