Menjelma

1.7K 35 19
                                    


"Ima.... " Balqis berbisik kepadaku dengan panik. Aku cuma mengangguk sambil memegang tangan Balqis. 

Hendak saja aku menegur lelaki itu tetapi belum sempat berbuat demikian, tiba-tiba dia menoleh lalu tersenyum. Wajahnya manis bercahaya, menambahkan lagi ketampanannya yang sedia ada. Namun kemudian dia terus hilang dari pandangan kami begitu sahaja. 

"Eh hilang??" Kataku ketakutan. Balqis sudah memeluk-meluk diriku kerana ketakutan sambil mata kami berdua liar memerhati sekeliling.

"Macam mana ni Ima, aku rasa aku dah tak kuat dah nak hadapi..." Balqis bersuara. 

"Takpe kita solat dulu ye. Yang penting dia tak kacau kita.." ujarku. Aku cuba menenangkan Balqis dan diri aku sekali walaupun dalam hati aku tuhan saja yang tahu.

Selesai saja kami solat asar, sekali lagi kami dikejutkan kali ini dengan suara lelaki sedang berzikir. Sayup-sayup kedengaran di dalam rumah suara  nyanyian yang merdu berzikir " Lahaulawala quata illa billahhill alillazim.." berkali-kali. 

"Ima, kalau benda tu hantu takkan lah dia boleh mengaji la, berzikir la... bukan biasa-biasa ni! Aku rasa benda tu ada kena-mengena dengan kau la Ima...bukan aku." Balqis menyuarakan pendapatnya. Aku pun terfikir yang sama. Semua ni berlaku sejak aku pulang dari kampung. 

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung masing-masing pada malam itu juga. Tidak sanggup lagi rasanya untuk terus berada di rumah itu. Balqis kata dia ingin berubat dan ambil pendinding. Aku terpaksa mengambil emergency leave untuk beberapa hari. 

Sesampai aku di rumah mak dan abah, hari telah lewat malam. Mak dan abah kelihatan langsung tidak terkejut menyambut kepulanganku yang secara tiba-tiba itu.

"Alhamdulillah selamat sampai. Nasib baiklah kamu tak apa-apa ye Iqlima.." Kata-kata mak membuatkan aku curiga.

"Kenapa mak cakap macam tu..?" Soalku.

"Mak abah tahu kenapa kamu balik secara tiba-tiba je ni" Abah mencelah.

Tanpa diminta, aku menceritakan segala-gala yang telah aku dan Balqis tempuh sepanjang 6 hari yang lalu.

"Kalau kamu nak tahu, lelaki yang kamu nampak tu sebenarnya adalah orang bunian!" Aku yang sedang minum ketika itu hampir tersedak.

"Hah? Mana abah tahu?" Aku menginginkan jawapan. 

"Sebenarnya Iqlima...abah dah lama tahu yang datuk kamu tu dulu sebelum meninggal, dia ada membuat perjanjian dengan orang bunian untuk melariskan perniagaan dan untuk menjadi pendamping dia. Sebagai balasan, orang bunian tu nak jodohkan anaknya dengan kamu..." cerita abah sambil ada nada kesal dalam suaranya. 

"Masa kenduri arwah datuk kamu hari tu, anak orang bunian tu ada tengok-tengokkan kamu. Terus dia berkenan dan ikut kamu. Abah dapat tahu pun dari Tok Seman yang pandai mengubat orang tu. Dia yang  bagitahu abah lepas je kamu balik ke rumah kamu sebab dia ada nampak budak tu ikut kamu." Panjang penjelasan abah. Aku terkedu dan terkaku.

"Tapi kamu jangan risau Iqlima, dia budak baik tapi apa yang pasti, perkahwinan dua alam tak mungkin boleh berlaku. Abah akan cuba dengan apa je cara untuk usir budak tu secara baik. " Itu kata-kata akhir abah sebelum aku masuk ke bilik untuk tidur.

Malam itu, aku terkebil-kebil tak boleh tidur. Entah macam mana, aku terhidu bau wangian semerbak yang aku sendiri tidak pasti jenisnya. 

Serentak itu aku terdengar seseorang memanggil namaku di hujung katil yang gelap.

"Iqlima..."

"Iqlima sayangku....jadilah milikku"

Diintai Orang BunianWhere stories live. Discover now