14 May 2017
5:00 p.m
정호석 | Jung Hoseok
Hoseok mengeluh sambil melihat ke arah Jimin yang masih tertidur lena. Dia tidak sangka penyakit Jimin yang sudah lama tidak muncul kini muncul semula. Dia tidak tahu mengapa.
Dia perasan sejak kebelakangan ini, semua rakan-rakannya menjadi pelik dan ada sesuatu yang disorokkan oleh mereka. Dia terfikir tentang dirinya dan perkara yang menyembuhkan Seokjin.
Sesekali dia memandang tangannya seperti mempunyai sihir atau ilmu tapi dia langsung tidak ingat bagaimana dia menggunakannya dan bagaimana dia dapat membaca mantera yang panjang itu tetapi hari ini dia tidak ingat.
Pintu bilik dibuka mengejutkannya. Namjoon mengintai sedikit sebelum dia masuk ke dalam sebelum dia hampiri Jimin dan Hoseok. Sesekali matanya memandang Jimin yang sedang tertidur.
" Hoseok, macam mana dengan dia? Ada ke dia meragam tadi sebelum dia tidur? " Soal Namjoon. Hoseok menoleh ke arah Jimin sebelum dia mengangguk perlahan.
" Macamlah kau tak kenal Jimin kalau penyakit dia dah datang macam-macam dia meragam. Tadi, dia menangis kuat gila katanya dia takut. Aku tak tahulah apa maksud dia. " Balas Hoseok.
Namjoon tidak membalas tetapi dia menoleh ke arah Jimin dan membelai lembut rambutnya. Hoseok malas ingin berkata dengan banyak hanya diam tidak berkutik.
" Hoseok, " Sahut Namjoon. Hoseok memandang Namjoon dan menunggu apa yang mahu dikatakan olehnya. " Kau perasan sesuatu tak pada diri kau, diri aku, Seokjin hyung dan yang lain? " Soal Namjoon.
" Maksud kau? " Soal Hoseok.
" Aku dah lama perhati selepas saja Jungkook jatuh sakit di sekolah, " Ujar Namjoon. Hoseok memandang dia agak hairan dan masih bengong dengan kata-kata Namjoon.
" Kau perasan tak Seokjin hyung jerit histeria di hospital dan kau sembuhkan dia. " Ujar Namjoon dan Hoseok hanya mengangguk. " Pagi tadi, aku perasan yang Seokjin hyung tolak aku kuat gila dan mata dia boleh berubah warna. "
Ujar Namjoon mengejutkan Hoseok. " Maksud kau bertukar warna biru? " Soal Hoseok ingin tahu. Dia mengangguk ya dengan soalan Hoseok.
" Tapi bukan biru je tau tapi sebelum tu mata dia bertukar warna merah saga macam dia tengah marah sebab tu dia tolak aku tadi sebab dia ingat aku nak kacau dia.
" Dan aku perasan, masa dia pengsan dekat hospital, darah menitis keluar dari hidung dia. Situasi Seokjin hyung sama macam pagi tadi. " Ujarnya.
" Aku perasan jugak yang kau macam ada ilmu yang boleh sembuhkan orang dengan tangan kau. Aku dah perhatikan kau daripada kau sembuhkan Seokjin hyung. " Tambah Namjoon.
" Tentang Yoongi hㅡ "
" Lepaskan aku, Jungkook!! " Hoseok dan Namjoon terkejut mendengar jerit daripada Seokjin di luar. Segera mereka berdua keluar daripada bilik Jimin dan mencari di mana jeritan itu berada.
-
Jungkook yang sedang lena tertidur itu terganggu dan menggerakkan sedikit badannya. Kedengan bunyi Jungkook sedang mengerang sakit dan badannya terasa lenguh dan sakit.
Mata Jungkook terbuka luas sambil memandang siling putih dan menahan sakit yang tidak terkata. Mahu menjerit tidak boleh akibat suaranya tidak mahu keluar. Dan juga dia tidak dapat untuk memanggil hyung-hyungnya.
Dalam beberapa saat, timbul urat-urat pada leher Jungkook akibat sakit yang melampau menyebabkan kepalanya itu terdongak ke atas dan matanya dipejam rapat. Wajahnya memerah.
Tersiksa dengan kesakitan yang dia alami secara tiba-tiba tetapi lagi tersiksa dia tidak dapat menjerit meminta tolong dan sakitnya itu seperti dipendam. Air mata Jungkook jatuh setitis demi setitis.
Kelihatan sesuatu seperti dua gigi taring keluar daripada mulutnya. Jungkook membuka matanya semula dan sepenuh matamya bertukar hitam. Senyuman sinis mula terukir.
Badannya seperti dikawal dan dia bangun daripada pembaringnnya. Muka pucat persis seekor vampire tambahan lagi dengan dua gigi taring yang tajam keluar daripada mulutnya.
Dengan tidak menggunakan kerusi roda, dia berjalan seperti dikawal oleh seseorang lalu keluar daripada biliknya. Perkara pertama yang dia lihat adalah Seokjin yang berada di dapur.
Jungkook menghampiri Seokjin dan menerkam bahunya dari belakang. Dia mengerang sakit dan menoleh melihat Jungkook dalam keadaan yang agak menyeramkan.
" Lepaskan aku! " Jerit Seokjin tetapi Jungkook hanya mengendahkan dan dia menerkam bahu Seokjin dengan kuat membuatkan Seokjin hampir jatuh ke bawah.
" Kau akan mati. Aku akan gunakan badan adik tak guna kau ni untuk kau mati. " Ujar Jungkook dengan suara yang garau. Seokjin menggigit rahanya lalu memandang tajam Jungkook.
" Lepaskan dia dan jangan ganggu dia! " Ujar Seokjin tetapi Jungkook senyum menyeringai dan menyembamkan muka pada leher Seokjin seakan ingin menerkam leher Seokjin.
Seokjin dengan sedaya upaya untuk meloloskan diri daripada diterkam oleh Jungkook di hadapannya ini. Matanya mula bertukar merah dan darah mula menitis dari hidungnya. Dia cuba untuk mengawal dirinya bertindak agresif.
Mata Seokjin mulai kabur akibat darah keluar dengan banyak. Dia tidak dapat untuk berbuat selain menahan Jungkook yang semakin agresif ini.
" Kau akan mati! " Ujar Jungkook lagi dengan suara garaunya. Tolakannya semakin kuat membuatkan Seokjin jatuh berbaring di atas lantai dan dia menghempap badan Seokjin.
" Lepaskan aku, Jungkook!! " Jeritnya.
+++
Harap tidak hambarlah ya.
Apa kuasa Jungkook? Jawapan jelas ; masih tidak jelas jadi sabarlah ya. Kuasanya akan ditunjukkan pada middle chapter hohoho.
Kamu semua silalah support romance fanfiction short story baharu saya ya kalau boleh. Castnya Min Yoongi.
(Hanya sekadar promote)♥
YOU ARE READING
[√] 16 May.
Mystery / ThrillerRead on your own risk // 16+ Warning Mature. [APPLYFICTION] " Do or die? " 16 Mei adalah hari di mana mereka tidak dapat lari ke mana-mana dan hari yang paling penduduk di sana takutkan. Sebelum mereka terbaring kaku selama satu mingg...