OO7

4.4K 536 176
                                    

Aku tarik tangan aku daripadanya setelah jauh dari perempuan tadi lalu pandang Jaemin yang kelihatan bersahaja selepas apa yang berlaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tarik tangan aku daripadanya setelah jauh dari perempuan tadi lalu pandang Jaemin yang kelihatan bersahaja selepas apa yang berlaku.

"Na Jaemin, ini bukan apa yang saya bayangkan selama ini!"

"Apa yang kau bayangkan?"

"Saya ingat saya cuma perlu kelihatan sentiasa dengan awak dan-"

"Maksudnya kau dah bayangkan kita berdua?" celahnya dengan senyuman senget. Aku tunjukkan reaksi geram dengan andaiannya yang buat aku kedengaran terdesak.

"Bukanlah! Ingat ya, siapa yang mulakan semua ni? Awak, kan?" Melihat reaksi dia yang selamba, aku rasa ingin menjerit kegeraman. Kalau bukan mukanya yang handsome, sudah lama aku pukul dengan kasut.

"Kau nak aku buat apa sebenarnya?"

"Terangkan. Terangkan tujuan deal kita."

"Apa tadi tu tak jelas bagi kau? Dia ex aku," jelasnya, kali ni ada reaksi jengkel dimukanya.

Aku yang awalnya ingin membalas katanya terbantut. Aku jadi terdiam. Ex dia. Patutlah cantik.. Memang sesuailah tu dengan dia yang sememangnya ada rupa. Suasana di sekeliling kelam, seperti mengikut keadaan aku yang kekok selepas mengetahui identiti perempuan itu. Oh, aku baru sedar aku masih tidak tahu namanya. Mata aku membesar apabila Jaemin berjalan meninggalkan aku di belakang lalu cepat aku mengejarnya. Lengannya aku capai sebagai tanda memintanya memperlahankan langkah. Aku sedikit tersenyum kerana dia sudah berjalan dengan gerakan normal. Dia masih pedulikan aku.

"Uhm awak-"

"Jaemin!"

Sambil mendengus, aku tolehkan kepala ke belakang hanya untuk lihat ex girlfriend Jaemin berjalan laju ke sini dengan reaksi yang berbelah-bahagi. Terus aku memandang ke hadapan semula selepas memberitahu Jaemin tentang kehadiran manusia di belakang.

Perempuan itu menghalang perjalanan aku dan Jaemin dengan berhenti di hadapan, bertentangan mata dengan Jaemin yang sepertinya tidak mahu perempuan tu menegurnya lagi. Mata aku menangkap lirikan matanya pada tangan aku yang masih memeluk lengan Jaemin tapi dia menghiraukannya. Hah, sucks to be you! Mesti kau impikan tangan kau yang memeluk Jaemin.

"Jaemin, saya tahu ini semua mesti taktik awak, kan? Dia bukan teman wanita awak. Kenapa awak cuba elak daripada saya? Sanggup awak buat saya macam ni?" katanya penuh terdesak.

"'We are over' Kau tak faham ayat tu? Atau kau buat-buat tak faham?" balas Jaemin dengan muka yang berkerut.

"No! Awak masih sayangkan saya, saya tahu. Saya boleh tengok daripada pandangan awak," Dia perhatikan aku kemudiannya, "Dan perempuan ni, fake."

Oh God, seseorang tahan aku daripada tampar perempuan terdesak ni.

"Excuse me? Orang fake dekat sini sebenarnya adalah awak. Get your fact right," bidas aku geram. Dia nampaknya tak puas hati dengan aku yang sudah membuka mulut mempertahankan diri. Hello, aku bukannya perempuan lemah untuk takut dengan kau. Mama ain't raise no bitch.

You'll also like

          

"Jaemin! Tengoklah dia ni! Awak tak nak back up saya?"

Jaemin mengeluh kasar. "Seol, please, tunjuk perangai matang, bukan macam budak-budak."

Sike! Aku suka tengok perempuan ni tergamam. Melihat Seol yang kaku ditempatnya, aku buat keputusan untuk pergi dari situ sendirian, tinggalkan Jaemin untuk bercakap dengan Seol secara privasi. Cukuplah mata aku lihat drama murahan petang-petang macam ni.

Setelah aku berpusing ke arah kanan bangunan lain, telinga aku menangkap bunyi tapak kasut mengejar dari belakang dan kemudiannya satu tangan memegang tangan aku membuatkan langkah aku terhenti. Jaemin memusingkan tubuh aku menghadapnya.

"Jieun, kau marah aku?" tanyanya risau. Apa dia fikir aku marah sehinggakan aku tinggalkannya di situ?

Aku sekali lagi di ganggu oleh suara Seol yang memanggil Jaemin. Tahulah aku yang dia mengejar lelaki ini. Reaksi Jaemin betul-betul kusut dengan situasi dia alami sekarang, aku boleh lihat di mukanya. Dia mendekat dengan aku, menjadikan aku mengundur ke belakang kerana tak biasa dengan jarak yang terlalu rapat. Tangannya menghentikan pergerakan aku dan sumpah, aku betul-betul rasa gugup sekarang.

"Aku harap kau maafkan aku lepas ni."

Tahi. Aku rasa tahu apa yang dia mahu lakukan.

Aku panik. Tanpa berfikir panjang, aku mula berlari sambil tarik Jaemin pergi dari situ. Pada awalnya aku berfikiran bahawa Seol tidak akan kejar tapi semuanya tahi belaka sebab perempuan gila tu memang tengah kejar daripada belakang sambil terjerit-jerit. Aku jadinya frust.

"Yah Na Jaemin! Ex awak gila!"

Aku tak tahu ke mana aku tuju tapi aku ternampak pintu jadi aku terus masuk ke dalam. Tangan Jaemin aku lepaskan. Dada aku turun naik untuk ambil nafas. Bila pandang ke sekeliling, aku baru sedar aku masuk pintu belakang perpustakaan.

"Kalau Seol buat macam ni lagi, kita putus," bisik aku dengan satu jelingan.

"Ouch, kau lukakan hati fake boyfriend kau."

Aku putarkan mata ke atas, cuba ketepikan fakta yang dia ada pasang niat untuk cium aku. Huh, sebab itulah aku lari.

✼ •• ┈┈┈┈๑⋅⋯

Seminggu berlalu dengan pantas. Ada beberapa mesej sahaja yang aku terima daripada Jaemin. Aku tak kisah pun sebab tu perkara baik, aku masih tak tahu nak berkomunikasi dengannya selepas hari itu. Lagipun minggu ni ada banyak kerja jadi aku tak ada kerja nak buang masa melayan perasaan.

Aku tutup laptop dan letakkannya di meja bersebelahan kepala katil sebelum merapikan diri di cermin untuk keluar. Tekak aku tiba-tiba mahukan boba jadi aku buat keputusan untuk dapatkannya di cafe yang tak jauh dari sini.

"Nak pergi mana?" Chungha bertanya sambil menyiapkan assignment dekat atas katil.

"Cafe. Nak apa-apa?"

"I'm good."

Aku terus keluar dari bilik. Duit aku simpan ke dalam poket sebab aku malas nak bawa dompet. Selepas 10 minit berjalan, aku akhirnya tiba ke destinasi. Aku terus buat pesanan dan menunggu minuman aku disediakan. Aku ambil tempat di sebelah cermin sebelum menyedut air bang bang chocolate yang ada boba dalamnya. Sambil-sambil tu aku melihat-lihat ke luar tapi siapa sangka aku boleh ternampak Jaemin dengan seorang kawan lelakinya berjalan menuju ke kafe ni. Aku terus memandang ke hadapan dan cuba berbuat biasa.

Dari tepi mata aku boleh nampak mereka membuat pesanan. Aku menunduk ke bawah, berpura-pura sibuk dengan telefon supaya kehadiran aku tidak di sedari Jaemin apabila dia meninjau-ninjau ke segenap cafe.

"Jieun?"

Dan jelaslah aku gagal di situ.

Perlahan aku mengangkat muka dan aku bertentangan mata dengannya. Mungkin aku gila sebab jantung aku tiba-tiba berdegup dengan laju. Oh tolonglah, tak mungkin aku otw nak suka dia pula.

"Kenapa tak balas mesej aku?"

Aku jadi gementar lalu periksa telefon aku. Oh aku tak perasan.

"Sorry. Kenapa mesej saya?" tanya aku tapi bila sedar dia masih berdiri, "Oh um, duduklah."

Aku letakkan telefon di atas meja, kedua belah tangan memeluk permukaan bekas minuman yang sejuk.  Aku cuba abaikan tatapan matanya dengan menyedut air daripada straw sambil membuang pandangan ke luar.

"Kau marah aku ke?" Aku mengeleng, masih tidak memandangnya. "Jadi kenapa kau macam ni? Kau marah aku kan sebab hampir ciu—"

"Taklah!" potong aku laju, serba-sedikit mengejutkannya.

"Saya tak marah pun cuma..." Aku hela nafas. "Segan."

Dan aku terus pandang ke tempat lain. Aku dapat dengar bunyi seperti sengihan daripadanya dan itu langsung tak membantu perasaan aku. Aku sedut minuman aku dengan laju sampaikan mulut aku penuh dengan boba. Ah, aku hampir tercekik—

"Yo Jaemin." Kawannya akhirnya datang ke sini dengan dua minuman di tangan. Dia mengerling aku, sebelah keningnya terjongket.

"Siapa ni? Aku tak pernah nampak pun," katanya meneliti aku.

"Jeno kalau aku cakap ni kau jangan terkejut tapi dia.." Jaemin tersengih. "Girlfriend aku."

Reaksi kawan dia mengelikan hati, riak wajahnya terkejut dan mulutnya sedikit ternganga. Aku yang sudah menghabiskan boba dalam mulut cuba menunjukkan senyuman kecil.

"Baek Jieun. Girlfriend Jaemin. Awak?"

Fake girlfriend, tapi dia tak perlu tahu pun.

"Lee Jeno. Bestfriend Jaemin."

jeno o-oppa 😳👉🏻👈🏻

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

jeno o-oppa 😳👉🏻👈🏻

apapun screen phone aku crack jatuh sebab kelam kabut nak tengok kdrama lmaooo i love being jisung!

Boyfriend Next Door » JaeminWhere stories live. Discover now