isi hati

1.1K 88 4
                                    

F.fang = female fang
Harap Korang faham ye..

"Macam mana kau tahu aku dari dunia lain??" Soal fang hairan "dan.. kenapa kau perempuan!!" Fang bagaikan tak terima apa yang dilihat. Rambut panjang paras bahu.. berikal maya bewarna purple cerah dan sedikit pekat di bawah , mata bulat bulu mata lentik hidung mancung dan bibir kecil yang mengoda.. lagi² badannya yang ramping dan dada yang agak besar

"Kenapa kau pandang aku macam Tue??" F.fang mula memandang fang garang " kau jangan tergoda dengan aku.. sebab aku bukan perempuan betul pun.. cuma sebahagian dari misi penyamaran!! cuma penawar berubah semula saja aku tak minum lagi" fang mula mengeluh lega.. ingatkan dia mesti jadi perempuan di dunia ni

"Aku dah dengar semuanya dari darkbot!! Jadi aku faham perasaan kau" f.fang menepuk bahu fang "dasar abang tak guna!! Sakit betul hati aku bila dia tampar kau!! Nak saja aku tumbuk muka dia.. muka kita nie untuk peminat bukan untuk ditampar" katanya dalam keadaan marah. Fang mula buat muka *macam tu pulak*

"Kalau kau nak tahu!! Aku benci abang aku!! menyampah..kalau boleh aku tak nak jadi adik dia" kata f. Fang membuatkan fang agak terkejut "kenapa kau benci abang??"

"Semua benda aku buat semuanya tak boleh!! Kalau buat misi mesti kena ada dia!! Dahlah makan hadap muka dia!! tidur pun nak tidur bersama nasib aku kunci dan tak bagi dia masuk nak bermain dengan yang lain pun kena ada dia di sisi!!" Luahnya membuatkan fang ternganga "abang aku tu ada brothers complex tahu tak!! Tak boleh nak cedera sikit mesti dia risau"

"Eek..takkan macam tu sekali!!"

" jadi boleh tak kau benarkan aku pergi ke dunia kau dan ambil tempat kau fang" f.fang mula mengemgam bahu fang kuat "aku tak suka dimanjakan.. aku nak bebas.. tolonglah aku.. setahun je.. eh tak dua tahun boleh lah" rayunya dengan manja

"Bagi sajalah fang.. tapi sebelum tu kau mesti bagitahu dulu kenapa kau nak duduk dunia ni baru kau kekal kalau f.fang dah ada sebab dan dah luahkan dekat kau!! Sekarang giliran kau pula kalau tak kau akan balik ke dunia kau sebab tak ada sebab" muncul darkbot secara tiba²

"Bukan kau dah tahu ke?" Soal fang kepada f.fang"aku cuma tahu dia tampar kau sebab kesalahan kecil kan dan kau mula benci dia kan"

"Tak aku datang sini nak bersama dengan abang.. nak manja dengan dia dan perhatian dia" f.fang terus buat muka "eee... gelilah aku nak bermanja dan perhatian masa kecik² bolehlah"

"Aku masa kecil tak pernah dimanjakan oleh abang.." f.fang terus rasa bersalah "maaf aku tak tahu"

"Kau nak dengar kisah aku ke??" F.fang menganguk

"aku dari kecil dimarah oleh abang.. aku tak ingat pun bila kali terakhir dia beri perhatian kat aku.. abang cakap aku lemah mengecewakan dan tak berguna.. membuatkan aku terus berusaha yang terbaik untuk menerima pujian dia.. walaupun sedikit aku harap sangat dapat pujian walaupun dengan perkataan bagus dan syabas.. tapi aku langsung tak pernah dengar dari mulutnya" air mata fang mula jatuh.. begitu juga f.fang "misi pertama aku ditinggalkan di bumi berjumpa boboiboy aku sunyi sehinggalah aku mula berkawan dan tak sanggup merampas jam kuasa dia sebab boboiboy lah kawan pertama aku dan disebabkan itu abang kata aku pengkianat dan tak boleh harap tapi abang tak tahu perasaan aku waktu itu.. aku sedih bila dia tak percayakan aku.. Akhirnya dia maafkan aku.. walaupun ambik masa yang lama itu pun dah cukup buat aku gembira"

"Kenapa tak luahkan saja perasaan kau dekat abang.. tak kira macam mana kau tetap adik dia dia mesti faham punya" fang mula mengeleng "tak dia tak akan faham" balas fang yang dah mula menjatuhkan mutiara jernih dari mata

"Apasal pulak" marah f. Fang

"Dia tak pernah mengaku aku sebagai adik.. cuma aku saja yang mengaku dia sebagai abang kepada yang lain" air mata fang semakin laju menurun "aku mula teringat pasal abang cakap dia tak suka aku jadi adik dia dan lebih rela boboiboy sebagai adik"

F.fang mula menagis lebih teruk dari fang membuatkan fang terkejut "sampai hati abang tak mengaku kita adik!!" Katanya tak terima "walaupun aku cakap aku benci tapi.. aku sayang" menagisnya f.fang makin kuat

Fang tersenyum.. diri dia yang lagi satu pun menyayangi abangnya walaupun tak mengaku sebab ego. Fang terus menenagkan f.fang sampailah beberapa minute baru lah dia tenang

"Aku akan tunaikan impian kau fang.. aku akan ke dunia kau.. aku harap kau bahagia bersama abang aku di sini" f.fang mula menyokong fang "tolong jagakan abang aku" katanya lagi

"Aku juga.." selepas saja diorang meluahkan terus saja f. Fang bercahaya. F.fang tersenyum "kita jumpa dua tahun nanti" belum sempat fang nak berkata f.fang mulai hilang

Okay ke tak hmmm.... entahlah nak aku sambung ke??

berbezaWhere stories live. Discover now