Bab 23

1.7K 102 7
                                    

Esoknya, disebabkan cuti, Ali dan Alicia datang ke akademi waktu pagi untuk tunggu Bakar. Mereka akan ke HQ untuk berjumpa General membincangkan tentang Rizwan yang mahukan Ace dan menjadikan Comot sebagai tebusan.

Sampai-sampai je, diorang nampak ejen muda yang lain lepak kat ruang legar. Diorang ada yang dah pulih, ada jugak yang ada sakit lagi sikit-sikit.

"Hai korang. Macam mana, dah okey?" Soal Ali.

"Hmm, macam nilah. Tu, tengok Roza. Hidung dia patah." Jet menunjuk pada Roza.

Ali dan Alicia nampak ada balutan pada hidung Roza kesan dari ditetak dengan senapang dia sendiri.

Iman pula dari tadi mengurut-urut ketingnya. Dia ditendang oleh Rizwan masa nak tolong Roza.

Kebanyakan dari diorang cedera sebab kena belasah dengan Rizwan. Cuma Ali, Alicia dan Rudy saja ejen muda yang lawan dengan Ace semalam.

"Ha Ali. Semalam kau cakap pasal apa dengan Alicia dan Ejen Bakar sampai nangis aku tengok?" Tanya Khai.

"Owh. Umm..... Co....Comot. Dia kena culik dengan Rizwan." Muka Ali mula sayu.

Semua terkejut. Lagi-lagi Iman.

"Hah! Rizwan culik Comot? Kenapa dia nak culik Comot pula? Apa yang dia nak?" Soal Iman.

"Haih, dia still tak puas hati dengan Ace. Sebab Ace dah berpaling tadah dari plan dia." Terang Alicia.

"Uhh pelik laa. Biaso dengar ore keno culik. Ni, kucing. Bakpolah lagu tu deh?" Kata Chris.

"So, apa yang korang nak buat sekarang? Bila nak selamatkan Comot?" Soal Moon pula.

"Kitorang tengah tunggu Uncle lah ni. Nak pergi jumpa General dan bincang pasal hal ni." Jawab Ali.

Akhirnya, Bakar sampai pada mereka. "Ha Ali, Alicia. Jomlah." Ajak Bakar. Diorang pun gerak ke HQ.

Selepas 10 minit, mereka tiba di control room di HQ. Mereka masuk. Tapi takde orang. Tiba-tiba, hologram General Rama muncul.

"Dey, kenapa datang sini. Kalau ada misi baru datang." Marah General tapi dalam nada yang tak berapa garang.

"Kami memang ada misi kali ni General." Kata Bakar.

"Misi apa? Komeng, kamu dah tangkap. Abang Bear, dah lama kena tangkap. Musuh baru kita Ace pun, dah ditahan. Sekali dengan konco Uno. Apa lagi misi kamu ni?" General mula hairan.

"Misi menyelamat General." Kata Ali.

"Misi menyelamat? Siapa yang kamu nak selamatkan? Dato Othman?" Tanya General. Gurau kasar ni.

Dengar je nama datuk bandar Cyberraya, Ali terus buat muka. Dalam hatinya. "Ceh, orang tua tak betul tu buat apa?"

"Bukan, tapi...Comot General." Terang Ali.

"Hah, kenapa dengan kucing kamu tu. Dah kena culik ke?" Tekaan yang betul dari General Rama.

"Ye General. Comot kena culik dengan Rizwan." Ali menundukkan kepala.

Bakar membuka Whatsapps dan mendengarkan General voice massage Rizwan.

"Jadi, kami nak minta kebenaran General untuk pergi jumpa Ace di sel tahanan. Kami akan bincang dengan dia elok-elok." Ali melihat muka General.

General letak tangan kat dagu dan berfikir sejenak. Memikirkan kesan kalau melepaskan tahanan mereka secara sengaja. Takkanlah tahanan tu tak terfikir nak larikan diri.

"Baiklah. Kamu boleh pergi jumpa dia di sel tahanan. Bincang elok-elok. Bila dia setuju, bawa dia ke sini untuk saya pula berbincang dengan dia. Bila di luar, awasi dia. Jangan biar dia lari. Kalau dia lari, kamu kena cari dia. Walaupun sampai ke lubang cacing sekali pun." Amaran yang amat panjang dari General.

Bakar, Alicia dan Ali mengangguk. Mereka bergerak ke sel tahanan. Di sana, mereka mencari sel yang Ace ditempatkan.

"Okey, biar aku je masuk." Ali memandang Alicia.

"Takpe ke ni Ali? Kalau Alicia masuk sekali, sekurang-kurangnya ada jugaklah back up kalau Ace tiba-tiba serang kau." Terang Bakar.

Mereka berbincang betul-betul depan sel Ace. Jadi, Ace dapat dengarlah apa yang diorang bincangkan.

"Ha, nak masuk. Buat apa? Tak cukup ke dah dapat tahan aku kat sini, nak belasah aku dalam ni pulak?" Gumamnya sendiri.

Akhirnya, pintu sel dibuka. Ali pun masuk. Ace cuma tengok saja Ali masuk dan duduk di kerusi depan tempat dia duduk. Sekarang mereka dah face to face.

"Hah, ada apa nak jumpa aku kat sini. Aku dah tak larat nak gaduh." Kata Ace acuh tak acuh. Malas nak layan Ali.

"Ace. Kami perlukan bantuan kau." Ali mula mengemukakan hasrat bertandang.

"Hah, bantuan aku. Kau, minta bantuan musuh. Buat apa?" Ace mula menjegil mata pada Ali.

Bakar dan Alicia di luar melihat dan sedikit risau takut-takut Ace tiba-tiba serang Ali.

"Rizwan. Dia masih tak puas hati dengan kau sebab kau tak ikut rancangan dia. Dia nak berentap lagi dengan kau. Dan, dia dah culik Comot. Kalau aku datang dekat tempat dia tanpa kau, dia akan bunuh Comot." Ali meninggikan nadanya.

"Kejap. Comot? Kucing kau tu ke?" Tanya Ace.

Ali mengangguk. "Tolonglah Ace. Kau dah diberikan kepercayaan oleh Rizwan untuk ikut dia walaupun kau berpaling tadah. Jadi, apa salahnya MATA bagi kepercayaan dekat kau untuk berkhidmat sementara?"

"Huh, yelah-yelah. Aku ikut." Ace bersetuju.    

"Kalau kau nak tahu, aku sebenarnya nak jaga jugak bandar Cyberraya ni. Tapi sebab nampak korang aje selalu datang selamatkan keadaan, aku rasa agak terganggulah. Thats why lah aku belasah korang." Terang Ace.

Ali bangun dan mendekati Ace. Dia memegang bahu Ace seraya berkata. "Baguslah kalau macam tu." Ali mengukirkan senyuman. Begitu juga Ace.

Bersambung...


Misi: AceWhere stories live. Discover now