h. Ppang!
Satu tamparan hebat singgah ke pipi seorang gadis berambut panjang, lurus melepasi bahu dihadapanku sekarang. Dapat aku dengar desahannya kerana kesakitan.
"Ada aku kacau hidup kau ke?"
Mataku mencerlung wajahnya tajam. Anak buah dia dibelakang sudah kecut dan hanya cuba melindungi ketua acah kuat mereka ni. Sok bangga, lawa dan hebat di sekolah untuk pandangan mata pelajar lain sahaja. Kena lempang sekali terus menikus.
Sejurus itu, mereka terus beredar daripada kelas. Bergegar lantai kerana hentakan kaki mereka. Fikir boleh buat gempa bumi tanda protes ke?
Aku mengemas semula barangan di atas meja. Malas pula nak sambung sekolah hari ini. Mesti cikgu letak aku di bilik denda sahaja.
Baru sahaja beberapa tapak menjauhi meja aku, seorang guru masuk bersama gadis acah lawa tadi. Jari telunjuk budak itu bersama konconya tidak henti menuding ke arah aku. Mataku dijegil ke arahnya.
Malas membuang masa, kaki diorak keluar daripada kelas melalui pintu belakang. Sahutan cikgu yang hanya sayup-sayup kedengaran aku abaikan.
Tidak mahu aku lama-lama disini.
YOU ARE READING
𝐩𝐚𝐩𝐞𝐫 𝐬𝐭𝐚𝐫 | 𝐣𝐮𝐧𝐠𝐡𝐨𝐬𝐞𝐨𝐤
Short StoryJUNG HOSEOK | SHORTSTORY [ C O M P L E T E ] °°° a prequel of "Rain" Asalnya aku tidak wujud di alam realiti. Aku hanya satu ilusi daripada ruang angkasa hasil imaginasi kau sendiri. - "until we meet again?" "i can't promise you." THYNGBOI ORIGINAL...