5) You Shouldn't Be Here

219 26 9
                                    

Jack merupakan seorang pemuda yang tampan dan bekerjaya. Kehidupannya berjalan lancar. Dia mendapat pekerjaan dengan cepat selepas tamat belajar, dia mempunyai keluarga yang penyayang, tunang yang cantik dan rakan rakan yang baik.

Semuanya sempurna.

Tapi Jack memilih untuk bekerja di kawasan luar bandar. Jauh dari keluarga dan orang tersayang. Selain daripada gaji yang lumayan kerana tidak ramai yang mahu bekerja di sana, Jack juga mahu membantu penduduk di luar bandar.

Pada suatu hari, ketika pulang dari tempat kerjanya, kereta Jack tiba tiba berhenti di tengah jalan.

"Janganlah macam ni. Tak lawak!" kata Jack dengan bengangnya.

Ianya memang tidak lawak kerana Jack bekerja di pekan kecil. Manakala rumahnya terletak jauh di dalam kampung yang akan mengambil masa sekurang kurangnya 45minit untuk sampai dengan kereta.

Setelah usaha untuk menghidupkan kenderaannya tidak berhasil, Jack berputus asa. Dia sendiri tidak tahu apakah punca keretanya meragam.

Jam ditangan menunjukkan jam 6.45 petang.

"Kalau sempat sampai ke bus stop sebelum pukul 7, aku boleh naik bas terakhir untuk balik" kata Jack sebelum cepat cepat berkemas menuju ke stesen bas.

Jack pun berlari ke stesen bas.

"KEJAP! TUNGGU! TUNGGU SAYA!" jerit Jack sebaik sahaja bas itu sudah bergerak meninggalkan perhentian bas itu sebelum sempat dia tiba di situ.

"Dammit!" bentak Jack.

Dia duduk di kerusi perhentian bas dengan kepenatan. Lariannya hanya sia sia.

"Kalau tak ada bas jugak lepasni nampaknya kena tunggu bas pagi esok je la" kata Jack pasrah.

Jack melabuhkan badannya di kerusi itu. Matanya pula semakin berat. Kepenatan bekerja ditambah pula dengan masalah ini menyebabkan dia tidak terdaya untuk menahan mata.

****

Mata Jack terbuka luas apabila telinganya menangkap bunyi bas. Dia segera bangun apabila sebuah bas sudah berhenti di perhentian itu. Dia segera naik tanpa berfikir panjang.

"Ke kampung Denver" kata Jack kepada pemandu bas.

Jack menoleh untuk mencari tempat duduk di dalam bas.

'Ramainya' detik hati Jack.

Tiba tiba matanya menangkap satu satunya tempat kosong di dalam bas itu. Ianya di sebelah seorang perempuan yang sekitar umur Jack.

Jack pun melabuhkan punggungnya di situ tanpa apa apa niat untuk berbual dengan perempuan itu.

Cukuplah dia merasakan yang seluruh isi bas memandangnya dengan pandangan yang seolah olah dia langsung tidak layak untuk menaiki bas ini.

'Mentang mentang aku bukan orang sini' bebel hatinya.

"Kenapa awak naik bas ni?" soal perempuan itu sopan tetapi tetap menyakitkan hati Jack.

"Saya tau saya bukan orang sini. Saya cuma nak balik. Kereta saya rosak. Kalau awak rasa saya tak layak naik bas ni, saya boleh turun sekarang" marah Jack tiba tiba.

Bagi Jack kehidupannya sudah cukup susah. Seorang diri dengan kereta yang rosak, rumah yang jauh, sekarang dilarang untuk naik bas sedangkan dia cuma nak balik?

Sangat tak adil baginya.

Dia mula mempersoalkan kenapa dia menerima tawaran untuk bekerja di sini walaupun menerima gaji yang lumayan. Baginya kehidupan di sini menyusahkan.

"Tak, bukan macam tu. Jangan salah faham. Sebenarnya semua suka awak naik bas ni. Terlalu suka masalahnya" jelas perempuan itu yang masih berlembut.

"Maksudnya?" soal Jack pelik.

Suka apanya kalau pandang macam nak makan orang.

"Suka lah sebab awak lain daripada mereka. Awak lah satu satunya manusia atas bas ni. Dan mereka semua sedang kelaparan" kata perempuan itu sambil tersenyum.

Jack menelan air liur.

"Jangan merepeklah" kata Jack yang tidak mahu ditakut takutkan dengan cerita begini.

Baginya dia sudah cukup bermasalah harini. Dia cuma mahu pulang dan berehat sepenuhnya. Dia juga bercadang untuk mengambil cuti esok.

"Cuba awak tengok jam awak sekarang pukul berapa. Awak tau kan bas terakhir pukul 7?" kata perempuan itu lagi.

Jack melihat jam tangannya.

Mata Jack terbeliak apabila jam menunjukkan sudah pukul 1 pagi. Perempuan itu tersenyum. Jack mula panik. Dia dapat merasakan aura jahat dalam bas itu dan mata mata yang sedang memerhatikannya.

"Apa saya nak buat sekarang? Saya cuma nak balik. Saya janji takkan ganggu tempat ni dah" kata Jack cemas.

Dia sudah tidak merancang untuk tinggal di sini lagi. Dia mahu pulang kepada keluarganya. Dia mahu pulang dengan selamat.

"Saya boleh tolong awak. Tapi awak kena cepat" jawab perempuan itu masih tenang.

Jack mengangguk laju tanda setuju.

"Mereka akan makan awak apabila tiba di perhentian seterusnya macam mangsa mangsa yang lain. Sebelum sampai perhentian tu, bas akan diperlahankan ketika di jalan berlubang. Saya akan buka tingkap dan awak perlu terjun lepas dengar arahan saya" terang perempuan itu.

"Gila ke apa nak terjun dari bas?!" kata Jack yang tidak percaya dia akan melakukan perkara begini.

"Gila atau selamat. Awak pilih"

Jack tiada pilihan. Dia terpaksa bersetuju.

Ketika bas mula diperlahankan di jalan berlubang itu, Jack mula bersedia untuk melompat. Perempuan itu mula membuka tingkap.

"SEKARANG !" arah perempuan itu.

Jack segera terjun dari bas diikuti dengan perempuan itu.

Seluruh isi bas bangun dan marah kerana mereka berjaya keluar dari bas. Jack kini mampu menarik nafas lega kerana sudah selamat. Tiada yang dapat digambarkan kegembiraannya ketika itu.

"Terima kasih sebab tolong. Saya akan cuba balas balik jasa awak" kata Jack.

"Tak perlu" balas perempuan itu sambil ketawa.

"Hah?" Jack keliru.

"Sebab saya dah dapat habuan saya sendiri" katanya yang masih ketawa.

"Maksud awak?" soal Jack yang masih keliru.

"Lembab betul awak ni kan. Saya dah cakap dah awak sorang je manusia dalam bas tu dan semua yang ada dalam bas tu nak makan awak" terangnya yang terhibur.

"Jadi?" soal Jack sambil mengundur ke belakang dengan perlahan.

Dia seperti dapat menangkap apa yang perempuan itu ingin katakan.

"Jadi... lepas saya 'selamatkan' awak.. boleh la saya dapatkan awak untuk saya seorang. Tak perlu berkongsi" katanya lagi. Kini tanpa sebarang tawa.

Malam itu diisi dengan jeritan Jack ketika saat akhirnya tiba.

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now