Bab 7

7.3K 823 66
                                    

Beg sandang aku isi dengan barangan peribadi aku. Nombor telefon Alam kutekan.

"Assalamualaikum Embun, kenapa telefon? Rehatlah dulu. Embun penat sangat ni." Lembut suara Alam Uzayr di hujung talian.

"Aku dah janji nak jumpa parents kau plus aku ada benda nak cakap." Salamya tidak aku balas. Terus ke isi penting.

"Oh, kejap ya dalam 15 minit lagi Alam sampai. Ingatkan Embun tak jadi pergi tu yang Alam ambil balik motor dekat library. Dah nak sampai dah ni. Tunggu kejap ya?" Kedengaran nada suaranya teruja.

"Dah sampai, call. Aku turun." Aku terus mematikan talian. Aku akan matikan segala keterujaan dan beriya kau sekejap lagi Alam untuk kebaikan kau juga.

Sebuah buku aku tarik untuk bacaan aku sementara menunggu Alam Uzayr tiba. Tak sampai lima belas minitpun lagi, telefon aku sudah berbunyi.

Aku terus turun dengan baju kurung cotton biru berbunga putih dan rambut yang sudah siap disanggul bersama dengan beg galas tadi. Nanti aku pakailah crumple shawl dalam kereta tu. Aku mana ada tudung lain selain crumple shawl dan tudung putih tadi.

"Jom." Alam membuka pintu kereta untuk aku sambil tersenyum.

"Rumah kau ada siapa?" Aku terus bertanya.

"It's rumah kita now. Alam duduk sendiri sebelum ni. Dekat rumah tu tak ada orang." Jawabnya.

"Lepasni balik rumah kau. Aku ada benda nak bagitahu." Aku sedkit lega bila mendengar dia tinggal sendiri.

Alam mengangguk sebelum menutup pintu sebelah aku. Kemudian barulah dia berpusing dan duduk di tempat pemandu.

Senyap sunyi kereta sehingga kami tiba di tanah perkuburan. Aku terus mengekorinya melepasi kubur demi kubur sehingga Alam berhenti dan memberi salam.

"Assalamualaikum Mama, Papa. Hari ni Alam bawa seseorang. Dia cucu kawan Mama. Now she's my wife." Dia duduk berhadapan dengan dua kubur yang bersebelahan selepas menghamparkan tikar.

Aku juga selalu cakap seorang begini di kubur Nenda. Walaupun aku tahu tiada balasan yang akan aku terima.

Kitab Yaasin diserahkan kepada aku. Satu lagi dipegang oleh dia. Serius tak lawak. Aku tak lancar baca Al-Quran. Subjek agama yang perlukan hafalan dulupun aku hafal berpandukan Al-Quran yang ada terjemahan huruf arab kepada roman. Setakat Surah Al-Fatihah dan tiga Qul bolehlah lagi aku baca.

Alam Uzayr memulakan bacaan Yaasin dengan Al-Fatihah. Kemudian, barulah dia menyambung Surah Yaasin. Tanpa aku sangka, bacaannya juga tersekat-sekat dan tidak lancar. Beberapa kali dia ulang baris yang sama untuk mendapatkan sebutan yang tepat. Aku sangka dia mampu membaca Al-Quran dengan lancar. Dia ni macam hidup lebih islamik daripada aku. Lama aku perlu menunggu untuk dia tamatkan bacaan.

Apabila tamat bacaan, dia menadah tangan untuk berdoa. Aku turut sama menadah tangan walaupun doanya itu tanpa lafaz suara.

"Mama, Papa, Alam dah pandai ngaji sikit. Nanti bila dah lancar mesti Mama Papa bangga dengan Alam kan?" Alam Uzayr mengusap tanah di hadapannya. Dia bercakap persis anak kecil sedangkan usianya sudah mencecah 22 tahun.

Aku lupa, Alam Uzayr juga anak bongsu sepertiku. Kadang tingkah dan ayatnya manja tanpa dibuat-buat.

"Jom." Dia menguntum sebuah senyuman. Aku kenal senyuman itu. Senyuman untuk menolak masuk kembali air mata daripada gugur.

Aku ekori sahaja langkahnya.

Setelah masuk kereta, Alam Uzayr terus meneguk air.

"Sorry kalau Alam tak penuhi expectation Embun. Alam tak pandai mengaji sedap-sedap. Masih merangkak lagi sebab baru belajar." Katanya sambil memutar stereng kereta.

Embun AnggerikWhere stories live. Discover now