Chapter 4

5 0 0
                                    

Mata Jae Ha membulat sebaik sahaja dia melihat siapa yang hadir untuk blind date tersebut. It's Ji Min! Dan selain Ji Min ada Tae Hyung dan Jeong Kook.

"Kenalkan, ini Hae Na dan ini, Jae Ha." Ji Hyun memperkenalkan diri mereka kepada tiga orang lelaki di hadapan mereka itu dengan senyuman.

Jae Ha memandang Hae Na untuk mendapatkan penerangan. Hae Na hanya tersenyum kecil membuatkan Jae Ha rasa nak mencarut depan muka budak kecik tu.

"Tak sangka pula, kawan yang Jeong Kook nak kenalkan tu, sama sekolah dengan kita." Kata Ji Min sambil memandang Jeong Kook. Wajahnya seperti menginginkan penjelasan daripada Jeong Kook.

"Hahaha. Diorang yang suruh jangan bagi tahu... aku diam je lah." Balas Jeong Kook selamba.

"Macam mana korang boleh kenal?" tanya Tae Hyung sambil menjamah makanan yang telah dipesan di kedai makan itu selamba. Soalannya ditujukan khas untuk Jeong Kook dan Ji Hyun.

"Ah, kitorang kenal dekat game." Balas Ji Hyun selamba.

"Uwah... jinjja daedanhada..." Ji Min dan Tae Hyung bersuara serentak sambil memandang Jeong Kook dengan pandangan yang sama.

Jae Ha pula daripada tadi hanya mendiamkan diri. Dia sedang mencuba mengawal perasaannya daripada meletup dan dia baru mengawal dirinya daripada melakukan perkara yang sangat memalukan sekarang.

Tanpadia sedari, Ji Min memandang kearahnya. Senyuman terukir pada wajah Ji Minmelihat Jae Ha yang hanya mendiamkan diri daripada. Jae Ha langsung tidakmelihat kearah mereka dan hanya membuat halnya sendiri membuatkan Ji Minmerasakan dia sangat comel di situ.

First LoveWhere stories live. Discover now