Bab 1

155 16 0
                                    


Mungkin dulu kita masih tidak jelas dan kurang kesedaran tentang apa sebenarnya tujuan kita untuk hidup di muka bumi ini.

Aku yakin , ada yang tahu. Tapi memilih untuk berdiam diri. Berpura-pura buta dan menjadikan dunia sebagai sebagai sandaran utamanya.

Lupa bahawa ada akhirat yang kekal. Lupa bahawa ada azab yang menanti.
Lupa bahawa ada nikmat yang lagi hebat berbanding dunia.
Lupa , bukan lupa. Pura-pura lupa.

Yang tahu, memilih untuk berdiam diri. Yang kurang kesedaran, macam mana ?

Sini aku share beberapa ayat Al-Quran , yang mungkin kita lupa amalkan dan fahami.

📌 Surah 51 ; 56

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."

Firman Allah SWT dalam ayat ini sangat jelas dan terang. Apa sebenarnya tujuan kita untuk hidup di bumi Allah SWT. Bukan untuk melakukan kerosakan dan maksiat tetapi hanya untuk beribadah kepadaNya.

📌 Surah 6 ; Ayat 162

قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

"Katakanlah (Muhammad) , 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang seluruh alam'.

Familiar dengan ayat ini? Bukankah ayat ini acapkali kita sebut dalam doa iftitah ketika solat? Dan tahu apa maksudnya?

Ini janji kita kepada Allah SWT. Bahawa segala-galanya dari solat, ibadah, hidup dan mati hanya untuk Allah SWT.

Tapi kebanyakkan kita, tanya diri sendiri. Berjanji kemudian mengingkari?

Bukankah itu pedih?

Janji dengan Tuhan tidak sama berjanji dengan manusia sahabat.

Dakwah Dan TarbiahWhere stories live. Discover now